Halaman

Isnin, Disember 01, 2008

Alahai Fairus... Pemimpin Umno dulu pun tak seteruk budak ni...

"Pemimpin Umno dulu pun tak seteruk budak ni, dia dah melampau ni,".. inilah antara kata-kata seorang mangsa Fairus yang juga seorang korporat yang dikatakan ditipu oleh Mr Fairus ini... Tokoh korporat ini begitu kesal apabila mendapat tahu dia ditipu si budak Fairus.

Wang sebanyak RM 15,000 yang mereka sumbangkan si budak Fairus untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri DUN Penanti, yang diadakan pada 12 Oktober lalu, telah digunakan untuk kepentingan peribadi si budak Fairus-masuk koceknya. Sebaliknya perbelanjaan untuk majlis rumah terbuka berkenaan si budak Fairus menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Majlis berkenaan menelan belanja sebanyak kira-kira RM16,000.

Koperat berkenaan itu juga mendakwa telah menyumbang sejumlah RM40,000 kepada si Fairus termasuk membantu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh. Apa yang sebenarnya berlaku, si budak Fairus mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai TKM mengumpul dana peribadi daripada tokoh tertentu, dengan alasan kononnya untuk membantu rakyat bawahan. Mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat, tanpa banyak soal akan segera menghulur bantuan.

Korporat tersebut adalah salah seorang daripada sejumlah mangsa penipuan Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihaknya juga jelas korporat berkenaan sedang menimbang untuk melaporkan hal berkenaan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). "Dia juga minta kami belikan dia kereta BMW berharga RM275,000.00 di mana ansuran bulanannya kami yang tanggung.

Pendedahan seperti amat penting untuk rakyat mengetahui kebenaran tokoh-tokoh yang bertopengkan rakyat.... seperti pemimpin PKR ini. Lagi banyak pendedahan seperti ini mengenai kepimpinan PKR lagi baik. Sebelum ini beberapa orang pemimpin PKR negeri Perak dikaitkan isu rasuah duit dan rasuah seks.

Artikel berkaitan :
alahai fairus
Mangsa Fairus : Aku akan maki dan ludah muka dia
Lim: Tiada rombakan libatkan Fairus

SUDAH SUDAHLAH PKR...JANGAN BOHONG RAKYAT LAGI!

Setelah projek 16 September 2008 gagal kini PKR menyeru ahli-ahlinya dan orang ramai tetap optimis dengan usaha parti itu membentuk kerajaan baru persekutuan seperti sedang diusahakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai rakyat negara, saya berkata "cukup cukuplah, jangan bohong rakyat lagi!". Rakyat telah puas dibohong dan ditipu oleh PKR dengan dunia fatamorgana mereka. Berapa kali lagi rakyat akan ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin PKR. Rakyat mengetahui bahawa projek 16 September hanyalah sebagai laluan Anwar untuk memenangi Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan tidak lebih dari itu. Tiada harapan baru, tiada kerajaan baru semuanya hanyalah pembohongan semata-mata demi Anwar Ibrahim, isteri dan anak beranak...

Cukuplah maruah dan martabat Melayu dan Islam digadai, cukuplah orang Melayu dan Islam diperbodohkan dan telah sampai masanya rakyat menolak mereka dan mengambil iktibar dari negeri Pakatan Rakyat. Mereka menjolok satu tetapi mengambil 10 dari rakyat... Tiada satupun masalah rakyat khasnya demi bangsa Melayu yang telah diselesaikan bahkan harga sewa rumah semakin meningkat dan perkhidmatan yang semakin buruk diterima oleh rakyat. Suara rakyat tidak didengari lagi oleh pemimpin PKR.

Rakyat negara ini rakyat yang matang dan bukan mudah untuk ditipu oleh pemimpin PKR yang jelas tindakan bertentangan dengan sistem demokrasi negara ini. Rakyat telah memutuskan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008. Adakah PKR akan membelakangkan suara rakyat dan menipu rakyat sepanjang masa.