Halaman

Selasa, Mac 31, 2009

Pilihan pengundi : ikut Sultan atau ikut Penderhaka?

Siapa yang akan pengundi Bukit Gantang pilih?,

1. samaada taat setia bersama Tuanku (calon BN)iaitu keputusan Tuanku Sultan melantik BN sebagai Kerajaan Negeri baru Perak kerana kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh kebanyakan ADUN. Kita boleh melihat bagaimana Pakatan Rakyat tidak lagi mendapat kepercayaa di Jerai Kedah.



2. Atau mengikut penderhaka angkuh dan sombong (Calon PAS)yang derhaka titah sultan kerana dengan pertimbangan tuanku kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN maka Tuanku Sultan telah memerintahkan Nizar dan pembesarnya untuk meletak jawatan! tetapi dengan angkuh Nizar berkata "Mohon sembah derhaka".


Kenapa penderhakaan Nizar kepada sultan Perak sangat dahsyat?

Derhaka: Terengganu vs Perak
PsyTroopers

Terengganu

Perhimpunan menyokong Idris Jusoh dilakukan di kediaman rasmi MB, bukannya di depan istana. (Tajuk pun "Kediaman Rasmi MB Kecoh". Tiada batu dibaling ke arah kediaman rasmi MB.

Perak

Perhimpunan menyokong boneka DAP dilakukan di hadapan ISTANA. Bukannya di depan rumah Zambry. Kereta ISTANA habis dibaling batu. Siap ada skuad berani mati berguling atas jalan pegang bendera Palestin terbalik. Apa cerita? Derhaka tahap ultra dah tu. Habis ditahan kereta ISTANA.

Terengganu

Banner Idris Natang ditujukan oleh penyokong Idris kepada Ahmad Said memandangkan dibuat di depan kediaman rasmi MB. Bukan di depan istana. Jadi ianya tidak bermaksud ditujukan kepada Sultan. Tapi bagi saya penyokong Idris masih lagi bodoh dan bengap. Dah Sultan pilih Ahmad Said, akur je la kan. Tutup buku. Pandang depan tak payah tengok belakang lagi.

Perak

Banner online cerca Sultan dan mengatakan Sultan anjing, murtad dan segala maki hamun boleh dibaca di Buku Pelawat Pejabat Sultan Perak dan disiarkan para pendokong PR dan diapi-apikan para pemimpin dan aktivis PR. Blogger Hindraf (menyokong kuat PR) secara kurang ajar cakap Sultan anjing apa cerita?

Terengganu

Idris Jusoh telah memohon menghadap Agong, Pemangku agong dan MPPR demi memohon ampun dari pihak istana negeri dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan.

Perak

Nizar derhaka. Nizar Tidak memohon ampun tetapi memohon derhaka! Mengarahkan penyokong Pakatan laknat untuk turut sama derhaka kepada sultan! Karpal saman Sultan!. "Singh is King". Kepala hangguk dia. Ingat dia raja ke? Nizar heret kes ke mahkamah. Sivakumar heret ke mahkamah juga. Tak selesai cara baik pun. Tak ada niat langsung nak mohon ampun?
--------

Paling jijik diheret hingga ke Pilihanraya Kecil. Jadi calon semata-mata nak tunjuk kalau dia menang maknanya Sultan salah buat keputusan? Apa motifnya?

Nizar jadi calon (boneka DAP) di Bukit Gantang sebenarnya nak lawan siapa? Sultan atau BN? Kalau BN mengapa tidak mahu memohon ampun dari Sultan? Mengapa tidak mengarahkan Karpal memohon ampun dari Sultan sebab kurang ajar dengan Sultan?

Tapi sayang, ramai orang Melayu kita jadi bengap dan bodoh disebabkan terlalu taksub dengan DAP. Sanggup diperguna Karpal & Ngeh Nga!

Rujuk:
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/02/kesetiaan-kepada-raja-dan-negara.html
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/03/nizar-boneka-dap-sampai-mati-zambry.html
http://www.myKMU.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7746
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/03/pusat-tahfiz-di-setiap-daerah.html

Sumber : http://p59.bukitgantang.net

Pembangkang dikecewakan - 3 April...Najib Perdana Menteri baru

Pembangkang dikecewakan sekali lagi, usaha mereka untuk mengadu domba antara Pak Lah dan najib tidak percaya.

3April 2009, telah dijadikan sejarah untuk Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6

Semasa mengulong perbahasan di di Perhimpunan Agong UMNO Sabtu,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara jelas memberitahu seluruh para perwakilan UMNO di Dewan Merdeka PWTC beliau akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada Khamis 2 April ini bagi mendapatkan perkenaan melaksanakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun dalam sidang akhbar selepas perhimpunan itu berakhir masih ada wartawan yang nak pancing tarikh beliau akan serah kuasa kepada Najib.

Malah selepas Majlis Pelancaran Puncak Baru Sempena Pembangunan Semula Tapak Pasar Minggu Kampung Bharu ,Kuala Lumpur Isnin beliau terus diajukan dengan soalan yang hampir sama.

''Tunggu ajelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya kerana peralihan kuasa akan berlaku," kata Abdullah menjawab soalan berkenaan.

Difahamkan Perdana Menteri tidak dapat menyatakan tarikhnya kerana secara rasmi beliau perlu mendapat perkenaan tarikhnya dari Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu.Atas sebab itu beliau hanya dapat menyatakan tarikh mengadap Seri Paduka sahaja.

Apapun sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Isnin jika tidak ada aral melintang majlis angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri baru akan berlangsung di Istana Negara pada jam 9 pagi Jumaat 3 April ini.

Sumber : AgendaDaily

Zaman gelap bangsa Melayu

Adakah P.059 menandakan bermulanya zaman gelap Bangsa Melayu dan Institusi diRaja...

Melihat dari senario semasa dengan isu dan putar belit yang sedang dicanaikan oleh Pakatan pembangkang serta disokong oleh segolongan pengikut fanatik dan serta mereka yang terpengaruh dengan dakyah Pas maka b oleh dibuat kesimpulan ianya adalah zaman kegelapan Melayu yang kecil sebelum berlakunya zaman kegelapan yang besar jika PAS menang dalam pilihanray kecil Bukit Gantang.

Ini kerana sebagaimana yang dikatakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bahawa terdapat hakikat kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu yang boleh dilihat pihak tersebut ialah Pakatan Rakyat untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Dengan jelas resipi yang mahu diubah oleh Pakatan Rakyat itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.

Kita boleh melihat dengan jelas usaha PAS dan PKR yang bergabung dengan DAP yang membentuk Malayan Union baru yang mahu hapuskan kekuatan orang Melayu dan menjadikan orang Melayu berpecahbelah.

Dan ini ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat lebih merbahaya dari Malayan Union

“Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai.

“Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja,”katanya.

Inilah sebenarnya bermulanya zaman gelap bagi orang Melayu akibat politik rakus Pakatan Rakyat yang tidak menghiraukan latar belakang sejarah, budaya dan sensitiviti kaum di negara ini.

Melayu pakatan rakyat hari ini dilihat sebagai alat untuk DAP, mereka yang sanggup dihadapan bila melakukan demosntrasi sedangkan kaum Cina tidak pernah pun bersama mereka pada setiap demonstrasi yang mereka lakukan.

Melayu jugalah yang biadap dan sembah derhaka serta menyanggah titah sultan. Nizar pada sidang media Pakatan Rakyat Perak telah berkata "Tuanku mentitahkan saya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, tetapi saya tidak setuju"

Sebagai seorang Menteri Besar yang sepatutnya taat setia kini menjadi jebat derhaka. Bukan sahaja beliau menderhaka bahkan membawa rakyat seluruhnya menderhaka terhadap sultan.

Apakah maknanya jika titah sultan tidak lagi dihormati dan digunapakai oleh mereka yang telah dilantik oleh baginda untuk taat setia. Apakah jenis manusia seperti ini, seperti seorang tuan telah memberi sesuatu alat (jawatan)untuk dipinjamkan tetapi boleh mengaku bahawa alat itu dia yang punya!Ianya sangat memalukan!

Oleh itu amat penting bagi umat Melayu sedar dan bangkit dengan segala kedajalan yang sedang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Mereka sanggup menggadai apa sahaja walaupun Tanah Milik Orang Melayu, Hudud dan sebagainya. Mereka sanggup merobek kekuatan dan budaya bangsa Melayu.

Pas panik!

Pas panik sehingga Ismail berjalan dengan jentera parti komponen pun dipersoalkan... Teruk sangat dah panik Pas ni..

Mereka terlupa Barisan Nasional ini telah lebih 50 tahun hidup bersama parti komponen. BN juga merupakan sastu institusi dan entiti yang sah di sisi undang-undang. Bukannya sebagaimana Pakatan Rakyat, dahlah berkesedudukan haram tanpa akad, apatah lagi haram disisi undang-undang.

Ismail mengulas dakwaan pengarah pilihan raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali hari ini bahawa beliau tidak berdikari dan terpaksa bergantung kepada pemimpin parti komponen untuk menjayakan kempennya pada pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Calon Barisan Nasional (BN) Ismail Saffian selesa dengan pendekatan kerjasama pemimpin parti-parti komponen dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

"Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk saya bekerjasama dengan pemimpin parti komponen lain dalam pilihan raya kecil ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Baru Temerloh dekat sini petang ini, Ismail berkata BN bekerja sebagai satu pasukan berdasarkan kepada semangat pemuafakatan dalam BN.

"Saya fikir tidak salah saya berjalan dengan pemimpin MCA, pemimpin Gerakan sebab mereka sebenarnya lebih rapat dengan masyarakat Cina... jadi saya kena bekerja dengan mereka.

"Itu semangat yang kita gunakan dalam BN, sebab itu kita ada BN," katanya kepada pemberita selepas kempen rumah ke rumah di Kampung Baru Temerloh dekat sini hari ini.

Mereka terlupa Pakatan Rakyat tu baru setahun... tu pun tak de akad nikah pun, kira bersekedudukan haram sahaja. Satu hari nanti jika dah puas dan bosan mulalah cari yang lain.. khasnya PAS... berapa banyak parti politik telah menjadi pemuas nafsu PAS.. sering bertukar ganti.. kalau dulu Semangat 46, lepas tu Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat.

Nak ada akad duduk bersama tidak boleh.... agama lain-lain, nikah tak sah... kira duduk bersedudukan sahajalah...

Berita baik buat BN - angin perpaduan mula bertiup dalam BN!

Nampaknya angin perpaduan terus bertiup dalam BN. Selepas UMNO menunjukkan kesatuan dan perpaduan. Kini diikut oleh MCA pula..

MCA juga dilihat ke arah penyatuan, apabila orang nombor dua parti dan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek muncul membantu Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah and Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Melihatkan penampilan dan mood, nampaknya timbalan presiden MCA itu telah mengetepikan "perbezaan" beliau dengan presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat untuk hadir bersama-sama membantu rakan-rakan mereka dalam BN menghadapi PKR di Bukit Selambau dan PAS di Bukit Gantang.

Dr Chua, bersama-sama dua naib presiden MCA Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada hakikatnya hadir dengan pemimpin komponen BN lain semalam semasa proses penamaan calon untuk pilihan raya negeri Bukit Selambau, untuk memberikan sokongan kuat kepada calon BN Datuk S. Ganesan daripada MIC.

Pada masa yang sama, Ong dan delegasi MCA menyertai pemimpin komponen parti BN lain yang diketuai timbalan presiden Umno yang baru dipilih Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi calon BN Ismail Saffian ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Taiping untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pada proses penamaan calon di Bukit Selambau, Dr Chua mempunyai jadual yang sibuk dengan berucap pada majlis makan malam anjuran MCA Merbok, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Inilah bukti tranformasi UMNO dan terus diterjemahkan dalam BN. Sebab itu Pas semakin panik melihat perubahan yang berlaku dalaman BN.

Ini merupakan berita baik untuk BN dan rakyat seluruhnya.. angin perpaduan dan kesatuan terus bertiup dalam BN.

Hidup BN... wadah bangsa Malaysia bersatu!

Harga ayam turun lagi esok - terima kasih daun keladi

KUALA LUMPUR: Harga ayam daging akan turun lagi sebanyak 30 sen sekilogram di seluruh negara mulai esok, pengumuman kedua penurunan harga selepas yang pertama, Khamis lalu. Pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia Kwei Yew Tong, berkata harga ayam ladang turun daripada RM3.30 kepada RM3 sekilogram, harga borong daripada RM4 kepada RM3.70 sekilogram dan harga runcit daripada RM4.70 kepada 4.40 sekilogram.

Harga borong ayam bersih akan turun daripada RM4.70 kepada RM4.35 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM5.55 kepada RM5.20 sekilogram.

Dalam kenyataan beliau di sini hari ini menyatakan bahawa harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM6.90 kepada RM6.50 sekilogram.Katanya harga ayam turun disebabkan bekalan ayam berlebihan di Semenanjung berikutan dengan kegawatan ekonomi.

Beliau berharap pengguna mengambil peluang dengan penurunan harga ini agar membeli lebih banyak ayam untuk mengurangkan bekalan berlebihan.

Bagaimanapun penurunan harga ini hanya bagi ayam pedaging untuk kegunaan tempatan dan bukan untuk eksport. - Bernama

Isnin, Mac 30, 2009

PAS mula mengamalkan politik keji di masjid sekitar Bukit Gantang

Orang kampung terpaksa berundur.... petugas luar PAS mula mengawal masjid di sekitar Parlimen Bukit Gantang. Hanya mereka sahaja yang boleh melaksanakan program politik sempit mereka di masjid.

Menurut penduduk kampung, walaupun mereka telah merancang program dan kegiatan untuk orang kampung tetapi telah dihalang oleh petugas luar PAS ini. Sudahlah mereka ini orang luar tetapi mebuat perkara celaka terhadap ahli qoriah di masjid tersebut. Mereka ingat masjid ini mereka yang punya..

Mereka kena ingat Islam adalah agama bukan parti politik. PAS bukan Islam dan Islam setentunya bukanlah Pas!..

Mereka yang menyamakan Islam dan PAS boleh dipertikaikan akidahnya.... begitulah kejinya Pas!.. mencemarkan kesucian Islam.... sebagaimana Dewan Ulama PAS telah mencemarkan Islam dengan membenarkan perkataan Allah digunakan untuk Agama lain. Inilah yang disanggah oleh Taib Azamudin tentang keputusan Dewan Ulama PAS!

Pas lebih pentingkan politik dari kesucian Islam!..

Nampaknya ini strategi PAS yang seterusnya supaya boleh menguasai masjid dan menjadikan kubu kempen durjana mereka. Menurut maklumat juga ini disebabkan ahli jawatankuasa masjid ramai di kalangan Ahli PAS khasnya selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak ini..


Masya Allah... berikanlah mereka hidayah, hindarkanlah mereka membuat kerosakan dan kebencian di dalam rumah Mu.. Ya Allah!

Hati-hati penipuan PAS!

Satu lagi tindakan keji dan taktik kotor PAS dan sekutu mereka!

Kali ini mereka meyebarkan vcd yang berlatarbelakang BN dan Calon BN. Namun sebenarnya VCD tersebut ialah terbitan penerangan Pakatan Rakyat Perak. Modus operasi mereka ialah mereka akan mencampakkan dari rumah ke rumah oleh jentera mereka. VCD ini telah disebarkan dikawasan Changkat Jering.

Nampaknya sekali lagi mereka menggunakan strategi kotor untuk meraih undi rakyat.

Jika lihat vcd ini, 'tong sampah' kan sahaja.

Kemasukan Dr M pulihkan kepercayaan rakyat

KOTA BHARU: Keyakinan rakyat kepada Umno dan kerajaan akan kembali kukuh sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai Umno, kata anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap suasana politik negara dan ia mampu menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin menurun sebelum ini.

"Pengaruh Tun Mahathir bukan sahaja mampu menarik bangsa Melayu menyokong semula Umno tetapi turut memberikan keyakinan kepada bukan Melayu untuk menyokong kerajaan," katanya selepas majlis pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun ke-59 Keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Ibrahim mengulas pengumuman Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini akan menyertai semula Umno pada satu tarikh sesuai.

Katanya pengaruh Dr Mahathir itu bukan sahaja mempunyai erti yang sangat besar kepada rakyat negara ini tetapi juga turut diakui oleh masyarakat antarabangsa dan sebab itu Umno perlu menerima pandangannya jika pemimpin itu kembali ke dalam Umno.

"Saya rasa tidak lama lagi Tun (Mahathir)...akan menyertai semula Umno dan kini sedang melihat perkembangan dalam parti itu," katanya.

Ibrahim yang rapat dengan Dr Mahathir juga turut membayangkan akan membuat "satu kejutan" terhadap senario politik dan juga menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman itu.

"Saya orang kerdil dan tidak penting, tapi Tun yang lebih penting (untuk masuk Umno)," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Dr Mahathir itu dan katanya ini menunjukkan bahawa beliau sangat sayangkan parti terbesar bangsa Melayu itu.

"Umno sentiasa buka pintu kepada Tun dan mampu berperanan penasihat kepada kepimpinan baru negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Pada majlis pengurniaan itu, Dr Ahmad Zahid adalah penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mustapa Mohamed pula menyifatkan kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno satu petanda yang baik untuk penyatuan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani amat berharap Dr Mahathir segera berbuat demikian untuk memperkukuhkan bukan sahaja parti tetapi memberi kekuatan kepada kerajaan.

"Negara perlukan buah fikiran bernas daripada pemimpin seperti Tun dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai kemampuan tinggi untuk membawa negara ke mercu kejayaan," katanya. - Bernama

PKR Jerai dibubar - hilang kepercayaan kepada Anwar!

PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama.

Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.

Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu kerana
mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.

Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.

Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.

Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk berdiri atas tiket PKR.

Nampaknya sedikit demi sedikit semakin nampak keretakan dalam PKR. Pemimpin PKR mula gilakan kuasa dan kecewa bila tidak diberikan kuasa....

P.059 Bukit Gantang hidup mati Institusi di Raja Perak dan Bangsa Melayu!

Sebenarnya Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang ini ialah penentuan hidup mati Institusi diRaja Perak dan Bangsa Melayu keseluruhannya.

Kalau BN kalah maknanya rakyat perak sendiri menolak sultan dan bangsa mereka kerana dengan pertimbangan Sultan Perak dan perjumpaan sorang-perseorangan ADUN-ADUN yang menyokong BN barulah baginda membuat keputusan untuk BN menubuhkan kerajaan dan melantik Menteri Besar daripada BN.

Menolak BN maknanya menolak keputusan dan titah Sultan Perak!

Apa maknanya seorang Sultan jika keputusan dan titahnya mengikut keluhuran perlembagaan Akta Tubuh negeri Perak ditolak!

Ianya untuk melihat sejauh mana penyokong PAS mentaati dan junjung Setia kepada Sultan Perak atau kepada Anwar Ibrahim!

Inilah hidup mati Institusi diRaja Melayu.... Adakah rakyat akan tolak Institusi diraja Perak..

Maknanya jika PAS menang, Anwar pula akan menjadi raja.. ketuanan rakyat akan menolak Institusi Beraja Melayu...

Ini sebenarnya boleh memberi kita gambaran apa yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat jika menang Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, jika mereka menang dalam pilihanraya Negeri Perak ataupun jika memerintah negara ini.... Mereka akan meminda akta tubuh kerajaan Negeri Perak! ataupun perlembagaan kerajaan persekutuan.. maka akan berkuburlah Institusi diRaja negara ini!


Terima Kasih Pak Lah

Ni aku pinjam ipohmalay punya...

Pak Lah
Kami bangga teramat sangat
Dirimu berundur dengan martabat
Demi kehendak mereka rakyat
Yang sudah pandai menulis riwayat
Dengan fitnah seumur hayat

Janganlah ini menjadi sebab
Akan bermula singkapan hijab
Naik turun menjadi kerap
Tukar PM andai tersilap
Kekuatan bangsa menjadi malap

Chedet tidak memegang tangan
Namun dirimu dibuang jangan
Khairy meragut darimu ketenangan
Dirimu tetap berhati ringan
Ambil langkah mencuci tangan

Cekalkan hati kuatkan sabar
Politik begini memang mencabar
Jalannya sempit bukanlah lebar
2004 tidur 2008 sedar
Ketentuan itu bersukat kadar

Kini dirimu telah bebas
Besarlah hati bergema syabas
Terpasang layar di laut lepas
Tanpa gelora datang menghempas
Lupakan politik usah diimbas

Ipoh Malay
Kg. Malay Reserve,
Tambun, Ipoh.

tindakan keji Nizar

Takut kalah dan main kotor!

Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sanggat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.

"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.

Muslimat PAS mula memberi beras dan duit kepada pengundi?

Nampaknya PAS kali ini sanggup menggunakan apa cara walaupun menggunakan politik wang ataupun rasuah pengundi untuk mendapatkan undi rakyat.

Parti yang diwar-warkan bersih rupanya bukanlah bersih sangat. PAS telah memberikan beras dan wang RM 50 kepada setiap pengundi melalui program lawatan rumah ke rumah yang dibuat oleh Muslimat PAS. Penduduk kampung Tebok, Permatang Raja mendakwa PAS menggunakan strategi kotor ini untuk mendapatkan undi mereka.

Guru di Sek. Keb. Padang Gajah Trong dikesan berkempen untuk pembangkang

Baru hari pertama berkempen, tindakan guru berkempen dengan menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim di Sekolah Kebangsaan Padang Gajah telah di kesan oleh ibubapa murid-murid sekolah tersebut.

Menurut maklumat, ibu bapa murid-murid mendakwa guru atau usataz mereka menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar sambil meminta ibubapa murid-murid tersebut mengundi calon Pas.

Tindakan guru yang pro pembangkang ini sememangnya menjadi aktivis pembangkang di dalam kawasan sekolah sejak lama lagi. Sebab itu, hari ini mereka lebih cenderung mengajar murid-murid berpolitik di sekolah dari mengajar mata pelajaran yang sepatutnya diajar.

Mereka ini umpama duri dalam daging dalam perkhidmatan kerajaan, kerana tidak bersama dengan matlamat dan aspirasi kerajaan. Mereka ini patut cari kerja lain dan jangan makan gaji bersama kerajaan jika tidak membawa aspirasi kerajaan. Tidak mungkin aspirasi kerajaan akan terlaksana jika guru-guru ini membuat tindakan yang sebaliknya.

'Raja Ngah'



Beginilah rupanya kerajaan Boneka DAP......

Sabtu, Mac 28, 2009

Tarik diri atau dah dapat imbuhan?

Calon Bebas tarik diri bertanding, sokong PKR, Seorang peniaga yang sudah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menarik diri sehari sebelum hari penamaan calon.

Mohd Reduan Md Isa, 52, berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lalu, tetapi kemudiannya menukar fikiran selepas berbincang dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Biasanya perangai calon bebas ni mereka sengaja tawarkan diri sebagai provokasi semata-mata... kalau dah dapat imbuhan tu kira selesai lah... sebab calon bebas ni bertanding biasanya ada udang seblik mee...

Dr Mahathir Mengesahkan Beliau Akan Sertai Semula UMNO

KUALA LUMPUR, 28 MAC (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau akan menyertai Umno semula.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri hari terakhir perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Sabtu.

-- BERNAMA

Tun Mahathir kembali ke UMNO!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 di sini hari ini.

Beliau memasuki Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Timbalan Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggulung perbahasan pada hari terakhir persidangan.

Tan Sri Mahyudin mengalu-alukan kedatangan Tun Mahathir, secara spontan beliau mengatakan bahawa Tun akan kembali ke pangkuan UMNO...

UMNO kini kembali bersatu....... semoga dengan penyatuan akan kembali kekuatan UMNO dan bangsa Melayu.

Fakta penderhakaan PAS yang disembunyikan

PAS sengaja menyembunyikan fakta penderhakaan tahun 2009 yang sengaja mereka tidak meletakkan dalam pemplet dan risalah Mereka.

6 Fakta penderhakaan 2009 ialah Nizar juga dengan jelas menderhaka kepada DYMM Sultan Perak melalui perbuatan, tindakan dan percakapan beliau antaranya:

1. Enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah dititahkan oleh DYMM Sultan Perak.
2. Enggan menyerahkan kereta hak milik Kerajaan Negeri Perak.
3. Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan DYMM Sultan.
4. Orang Melayu pertama yang menyembah MOHON DERHAKA KEPADA SULTAN yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sekalipun. Tindakan biadab ini mencemarkan Kedaulatan Raja-raja Melayu
5. Memalukan Sultan, Kerajaan dan rakyat Perak apabila mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
6. Nizar melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar melalui Perkara 47 (1) iaitu melanggar sumpah semasa dilantik menjadi ADUN dengan menyatakan SESUNGGUHNYA SAYA NIZAR JAMALUDDIN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN Persoalan Adakah Nizar Layak menjadi Pemimpin Yang Akan Memperjuangkan Bangsa Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu, Memelihara Agama Islam dan berlaku adil kepada semua kaum seperti termaktud dalam PERLEMBAGAAN NEGARA????

Jumaat, Mac 27, 2009

Yes Sir! as your command sir!

Kemenangan Tan Sri Muhyidin memberi kelegaan terbesar di`dalam UMNO dan luar UMNO. Rakyat mahu melihat pemimpin yang berani menyampaikan hasrat akar umbi dan itulah di TS Muhyidin.

Reaksi keseluruhannya TS Muhyidin sangat diterima sangat baik oleh ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apa yang penting sejauh mana TS Muhyidin boleh menghidupkan dan menyemarakkan jentera UMNO dan mengembalikan kepercayaan kepada UMNO dan BN.

Baru sahaja memganag tampuk kerusi Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat pertama kalinya akan mengetuai kempen Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi tiga pilihan raya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Batang Ai serta kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Katanya, keputusan itu diambil ketika beliau dan tiga naib presiden yang baru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertemu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam.

"Saya diarahkan oleh Datuk Seri Najib untuk mengambilalih peranan pilihan raya kecil di di tiga kawasan itu dan naib presiden juga dibahagikan tugas untuk bersama-sama turun ke bawah," katanya pada sidang akhbar di Bilik Negeri Sembilan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Katanya Ahmad Zahid diberi tanggungjawab "menjaga" kerusi Parlimen Bukit Gantang, manakala Hishamuddin dan Shafie masing-masing di DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Air.

Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.


Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. -

Usaha pembangkang gagal - Pak lah beri sokongan padu kepada Najib

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru supaya Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.

Presiden UMNO itu yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya, beliau menyerahkan tanggungjawab negara kepada Najib yang merupakan “nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.”

Abdullah dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai presiden parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini turut memberi nasihat berasaskan pengalamannya sebagai presiden parti dan Perdana Menteri, bahawa tugas dan amanah tersebut amatlah berat.

“Ada kalanya keputusan yang dibuat boleh mencetuskan kontroversi, ada keputusan yang tidak mendapat persetujuan seratus peratus.

“Tanggungjawab utama seorang pemimpin adalah menentukan sesuatu yang terbaik untuk warga dan negara meskipun ada keputusan yang tidak akan disenangi,” katanya.

“Namun pemimpin itu perlu diberikan keyakinan dan kestabilan minda supaya terus bersikap rasional dan objektif. Jika kita tidak memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya, jika kita pula memilih menyerang dan mempersendakan peribadinya, kita sebenarnya bertanggungjawab melemahkan parti kita;

Khamis, Mac 26, 2009

Tabik spring buat mukhriz!!!

Inilah seorang pejuang yang berjiwa besar, tidak pernah kenal erti kecewa..... bahkan sentiasa mahu memberi sumbangan yang berertai buat parti dan bangsa.

Ditanya adakah beliau akan bersuara dan menegur jika kepimpinan baru parti melakukan kesilapan, sepertimana dilakukannya sebelum ini, pemimpin muda itu berkata: “sudah tentu”.

“Jangan kerana ada peralihan kuasa maka saya akan berdiam diri. Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) tahu,itu sifat saya.

“Saya akan tegur bukan kerana tidak suka tapi untuk kebaikan parti dan rakyat,” kata Mukhriz yang mengenakan baju Melayu merah dengan mafela Palestin di atas bahunya yang menjadi “ciri” pemimpin muda itu selama ini.

“Saya tetap akan menyumbang kepada parti, walaupun tiada jawatan,” kata anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Bernama ketika melawat bilik operasi agensi berita itu yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mukhriz masih muda dan mempunyai masa yang panjang... dan kekalahan ini bukan bererti karier politiknya akan berakhir... masa akan menentukan...

Mahu larikan diri: SPRM tahan ADUN PKR

Kantoi!.. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

ADUN PKR tersebut dikatakan ditahan pegawai imegresen ketika mahu larikan diri ke Singapura.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan timbalan I ketua menteri Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus Khairuddin dikesan di kompleks imigresen Johor malam tadi sebelum dibawa ke pejabat SPRM Johor untuk diambil keterangan.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," kata Syukri kepada Bernama hari ini.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu."

MB lanjutkan cuti eli - membazir wang rakyat!

Kerajaan PKR negeri Selangor memutuskan untuk terus melanjutkan cuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sehingga 15 April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan keputusan mengenai status Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu akan diputuskan sebaik sahaja tempoh lanjutan cuti itu berakhir.

''Keputusan ini diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini.

''Keputusan ini wajar memandangkan siasatan polis masih belum selesai dan ia juga telah mengambil kira perbincangan antara antara beliau dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu pada minggu lalu...

Adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk melanjutkan cuti isu Elizabeth bogel ini. Isu penyebaran gambar bogel dan tindakan yang tidak bermoral adalah isu yang bertentangan...
Isu moral di sini sangat jelas, dan tidak perlu untuk siasatan polis lagipun Eli telah mengaku bahawa gambar bogel ini adalah diri beliau.

Tindakan melanjutkan cuti ini hanya membazir wang rakyat, yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang lain apatah lagi jika cuti ini ditaja oleh kerajaan negeri.

Wanita, Pemuda dan Puteri! masa untuk bersatu hati dan bekerja keras

Maka pada malam ini rasmilah keputusan pertandingan sayap UMNO pada Persidangan Agung UMNO 2009.

Memang lumrah dan adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang kalah perlu berjiwa besar untuk bersama-sama bekerja kuat untuk UMNO manakala yang menang pula di bahunya terpikul tanggungjawab besar untuk dilaksan dan dijayakannya dengan sempurna.

Maka jangan dibawa perasaan emosi dan gundah gelana yang berpanjangan.. kepada Tan Sri Rafidah, Mukhriz Mahathir, Dato' Seri Khir Toyo , Datin Ismalina Ismail, Shahaniza Shamsudin, Ida Rahayu, Saarah dan Bibi Sharliza terima kasih semua di atas sumbangan yang telah diberikan. Jangan serik untuk terus memberi sumbangan kepada UMNO, Melayu dan Islam selagi hayat dikandung badan.

Kepada yang menang Dato' Seri Shahrizat, Khairi Jalalluddin dan Datuk Rosnah Abd Rashid, jangan bangga diri. Pikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. UMNO perlukan tranformasi untuk diremajakan kembali, memberi nafas baru yang segar pendekatan, strategi dan program kepada rakyat Malaysia dan memberi khidmat kepada agama, bangsa dan negara dengan penuh ikhlas tanpa mengira masa dan tenaga.

Kembalilah bertaut dan bersatu, mulalah bekerja keras untuk UMNO mendapat segala keyakinan kembali dari semua lapisan rakyat.

Ayuh jangan toleh lagi ke belakang dihadapan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan!

Rabu, Mac 25, 2009

Pen'Dajal' undang-undang negara

Mereka ini perlu di ajar untuk menghormati undang-undang.. memahami apa itu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Mereka ini umpama 'dajal yang sangat jahat' yang mahu merobek keluhuran perlembagan negara serta menghasut rakyat untuk bersama menjadi dajal seperti mereka.
Dari titah sultan Perak meminta Nizar meletakkan jawatan Menteri Besar, arahan untuk memulangkan kereta Rakyat Perak, sehinggalah memohon permit penganjuran ceramah - mereka telah dijadikan untuk menentang dan melawan undang-undang, kecuali undang-undang itu mereka yang buat.

Dakwaan tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri adalah sesuatu yang mustahil kerana berlakunya perundingan sebelum apa-apa tindakan yang dilakukan.

Mereka inilah pendajal undang-undang negara, bagi mereka hanya suara mereka adalah undang-undang mereka... mereka seperti kaum quraish yang sentiasa menentang kebenaran dan peraturan.

Selasa, Mac 24, 2009

Jeff Ooi pula letak jawatan pentadbiran DAP Pulau Pinang? - the star

Speculation rife that Jeff Ooi to quit as chief of staff
By TAN SIN CHOW


GEORGE TOWN: Speculation is rife that prominent blogger Jeff Ooi is quitting his position as chief of staff to Penang Chief Minister Lim Guan Eng.

Ooi did not deny the speculation when asked, but pointed out that when he agreed to the post last March, he had made a pact with Lim that the appointment would be only for one year, or “once the (state) administration is on the right track.”

Ooi, also the Jelutong Member of Parliament, refused to comment further.

If he does resign, he would be the second person from the Penang Pakatan Rakyat state administration to resign within a week.

On Saturday, Mohammad Fairus Khairuddin had tendered his resignation as deputy chief minister I and state executive councillor effective April 8.

Malaysiakini tidak diberi pas untuk PAU2009

Malaysiakini has been denied media accreditation by Umno to cover the party's annual general meeting beginning today

At least six new media publications including Malaysiakini have been denied media accreditation by Umno to cover the party's annual general meeting beginning today.

No official reasons were given for the party's decision in denying official access to these news organisations to cover the five-day meet.

Apart from Malaysiakini, the other organisations denied official access are The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah, Merdeka Review and Chinese website Laksou.

Malaysiakini submitted its applications on Feb 27 and was unofficially informed yesterday that it would not be granted accreditation.

Officials at the party headquarters today informed Malaysiakini journalists that the decision to deny the official media tag was made at a higher level.

Umno executive secretary Husainy Hashim said Malaysiakini had been barred because the online website's coverage of previous party meetings was "not friendly

Apa yang nak terkejut dulu utusan pun pernah di halang untuk mengadakan liputan. Jika Malaysia kini pun dihalang. Apatah lagi kalau dilihat laporan Malaysiakini berbeza bagi setiap bahasa Melayu, Cina dan Inggeris bagi setiap isu yang dilaporkan.

BN akan berdepan penderhaka Sultan dan pengkhianat bangsa

PAS telah mengishtiharkan calonnya iaitu dikenali sebagai penderhaka raja dan pengkhianat bangsa.

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 pada majlis mengumumkan calon di padang Taman Kota Jaya, Simpang di sini malam ini.

Nizar dipilih mungkin kepada faktor simpati kepada beliau, selain itu pula beliau memang menjadi kegemaran kebanyakan kaum Cina kerana beliau adalah dari keturunan kaum tersebut dan lebih bersifat perkauman.

Isu-isu utama yang akan dibawa oleh PAS ialah sebagaimana diketahui mengenai krisis negeri Perak dimana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh majoriti ADUN.

Namun dengan cara keji, PR Perak telah mengemukakan dokumen palsu mengenai perletakan jawatan 3 ADUN bebas yang telah dikemukakan oleh Speaker haram jadah kepada SPR. Tujuannya ialah bagi menghalang ketiga-tiga ADUN bebas bersama ADUN BN membuat undi tidak percaya kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Jika cara keji ini tidak dilakukan nescaya krisis negeri Perak telah selesai lebih awal.

Pembangkang juga mempertikaikan mengenai isu lompat ketiga-tiga orang ADUN Pakatan Rakyat. Sebagaimana diketahui bahawa yang mengajar lompat-melompat ialah Anwar Ibrahim el-juburi, bermula beliau melompat ke kerusi isteri beliau di Permatang Pauh. kemudian janji hendak bawa ahli parlimen BN melompat ke PKR untuk merealisasikan tarikh lompat 16 September 2008.

Rakyat juga ingat peristiwa melompat sebelum itu iaitu YB dari Parit yang melompat sekejap ke PKR dan mendapat pujian melangit dari pemimpin dan penyokong pakatan rakyat. Namun apabila berlaku sebaliknya, mereka menghina dan mengeji tindakan ADUN yang melompat kepada BN.

Dan Antara tindakan keji yang lain ialah tindakan Speaker haram jadah yang sekali lagi membuat undang-undang hutan, kerajaan negeri pasir 2 butir yang melarang Dr Zambri dan EXCOnya dari menghadiri sidang DUN .... sekali lagi tujuannya, Pakatan Rakyat bimbang jika semua ADUN BN dan ADUN bebas bergabung maka tumbanglah kerajaan PR Perak.

Namun sekali lagi tindakan keji diambil oleh PR Perak apabila menafikan hak sultan untuk melantik menteri besar yang baru dimana baginda yakin dan percaya bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang keyakinan oleh majoriti ADUN sebab itu baginda jumpa satu persatu untuk mengesahkan sendiri perkara tersebut dan akhirnya beliau mengambil keputusan yang hikmah dan bijaksana bahawa kerajaan negeri yang sah ialah kerajaan negeri BN yang telah mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

Kemudian mereka berkata bahawa kerajaan BN tidak kuat kerana hanya lebih 3 kerusi, namun mereka terlupa bagaimana kerajaan PAS negeri kelantan boleh bertahan dengan beza satu kerusi pada tahun 2004-2008. Semua ini ialah pembohongan mereka terhadap rakyat.

Pada pilihanraya ini ialah penentuan kepada masa depan Sultan Perak itu sendiri atau Institusi beraja secara keseluruhannya. Iaitu Pilihanraya yang menguji sejauh mana ketaatan dan kesetiaan rakyat Perak terhadap Sultan Perak.

Pakatan rakyat telah menuduh Sultan Perak bodoh, alat BN, sultan dipengaruhi BN dan sebagainya... itulah yang mereka maksudkan apabila mereka berkata sedemikian sebab Sultan Perak ialah antara Sultan paling dihormati, terpelajar dan mahir dalam bidang undang-udang kerana baginda pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Inilah pembohongan pakatan rakyat yang sedang dijaja di mana-mana di muka bumi ini. Bahkan menghasut rakyat untuk bersama derhaka kepada sultan dengan pelbagai alasan.

Kini sangat jelas, bukan lagi sejarah dan sedang berlaku dan tidak payah hendak diungkit mengenai isu UMNO derhaka kerana itu semuanya sudah berlalu,

Sekarang, pada masa ini umat Melayu sedang menghadapi penderhaka dan pengkhianat bangsa.. kejadian dan tindakan derhaka sedang berlaku apabila Nizar sembah derhaka dan membelakangkan titah sultan...

Orang Melayu perlu bersatu menentang penderhaka dan pengkhianat bangsa, pastikan penderhaka tersungkur dibumi Bukit Gantang ini. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Isnin, Mac 23, 2009

Media pemfitnah no.1 digantung

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

Fairus akui konspirasi PKR atas tekanan DAP!

" I will be back!" say Fairus

Mohammad Fairus Khairuddin, who resigned as Penang Deputy Chief Minister on Saturday, said he is a victim of a conspiracy within Parti Keadilan Rakyat (PKR) and would strike back once he has gathered enough evidence against the plotters.

Mohammad Fairus told Nanyang Siang Pau on Thursday he was victimised by people from within PKR and denied allegations that the Mercedes Benz and BMW he owns were bought with cash.

On Saturday, after resigning from the No. 2 post in the state, he revealed to Nanyang the identity of the main conspirator and said he was gathering evidence.

Mohammad Fairus, whose whereabouts remain a mystery, said once he has enough evidence he would appear in the public to clear his name, name the conspirators, and return to Penang to launch a counter-attack.

He said although those who have conspired against him are heavyweights in Penang PKR, some grassroots and colleagues are rallying behind him to help him though this difficult time.

The Penanti assemblyman, who also told the daily in an sms on Saturday night that he was "not locked up somewhere", said he would not appear in the public for now for fear the incident would be turned into an issue by the Barisan Nasional in the coming by-elections.

"I cannot come out (from hiding)! This is not the time to come out to make clarifications, the BN will turn it into an election issue," he told the daily by phone.

He said although he was misunderstood and there were false accusations against him, he was willing to make sacrifices for the sake of the party and the various races in the state.

He also urged the daily's reporter to convey to the public the message that he is fine and that he is innocent.

"Please tell everyone that I have spoken to you through the phone. Tell them I am innocent. For (the sake proving) my innocence, I will be back! You must help me," he said.

Jadi memang sahlah ianya konspirasi dan ini yang ke-5 selepas  Arumugam (Bukit Selambau), Alizabeth Wong (Bukit Lenjan), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaludin Md Radzi (Behrang) kini giliran Mohamad Fairus.... 

Kita ingat apa yang berlaku kepada mereka ini setiap peristiwa adalah sebahagian masalah dalaman PKR... kemungkinan besar ianya adalah tindakan orang dalaman PKR?


(sumber The SUN)

Pakatan Rakyat lebih merbahaya dari Malayan Union ? - Dr Mahathir

Agaknya itulah yang Tun mahathir mahu sampaikan apabila beliau menyebut keadaan Melayu hari ini lebih merbahaya dari Malayan Union

Katanya pada masa itu orang Melayu boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh mereka sebagai racist.

“British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian.”katanya.

Dalam ucaputamanya di perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Kuala Lumpur Ahad beliau berkata sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

Menurut Dr Mahathir negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India.

“Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai.

“Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja,”katanya.

Pkatan Rakyat umumnya dan DAP khasnya patut dilabelkan racist/ perkauman kerana menghasut kaum Cina takutkan kepada UMNO, menabur pelbagai fitnah dan tohmahan kepada UMNO supaya kaum Cina membenci UMNO. sebab itu mereka kini lebih bahaya dari Malayan Union..

Ahad, Mac 22, 2009

Saya bercakap kerana Melayu hadapi tekanan dan penghinaan - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberanikan diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini walaupun akan dituduh sebagai perkauman kerana mereka kini dilanda pelbagai masalah dan ancaman.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi, mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri.

Beliau berkata, bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

"Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri.

"Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," katanya ketika menyampaikan ucapan Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.

Perhimpunan sehari yang dianjurkan Pribumi Perkasa Negara itu turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.

"Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi," katanya sambil menambah apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang diwujudkan.

Mempertahankan bangsa Melayu sebagai racist?

Hari ini Tun Mahathir sekali lagi mempertahankan hak Melayu di dalam Program Perkasa, di dalam satu Artikel Malaysian Insider terus menuduh dan menghentam TDM sebagai racist kerana mempertahankan hak bangsanya. Begitulah dengan komen-komen mengenai ucapan TDM ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad played the race card today, warning the Malays could lose their political power.

The former prime minister told a gathering of more than 1,000 at a rally organised by right wing Malay group Perkasa that the community was under threat from "various parties" which he did not specifically name.

He said that the Malays were being unfairly described as racists who practised apartheid but he contended that the community was only protecting their own rights.

"Malaysians have forgotten about the nation's history and have abused the kindness of the Malay people."

"Malays are even called immigrants in their own country. Other immigrants cannot be called immigrants. If anybody were to call them immigrants then they must apologize but no apologies are needed if they call Malays immigrants," he said.

Dr Mahathir instead accused the Chinese educationist group Dong Jiao Zong (DJZ) as racists who practised apartheid.

"That is apartheid, not us. We proposed that everyone study together in one school then only can you have bangsa Malaysia.

"But they did not want this. They did not want to mix with the other races especially the Malays. They did not want their children to mix with Malays and that is apartheid, not us."

Dr Mahathir's administration had proposed the formation of Vision Schools to group national, Chinese and Tamil primary schools in one single compound, but his idea was opposed by DJZ and only a few such institutions were ever set up.

The former prime minister also defended the rights of the Malays to speak up for themselves.

"I would like to say a little bit about the Malay people in Malaysia even though I might be accused of being racist. If the Malay people are not allowed to speak about their problems then they might become a race that do not have any rights in their own country.

"These dangers are true because we can already see the pressure and insults against our people when they are made as minorities in their own community," he explained.

Mahathir told the audience that Malays were lucky because they held political control in the country.
"Even though the Malays were divided by different political parties, there were able to unite and retain power. Malays were respected and feared but now they no longer control the country's power.

"Nowadays people no longer respect us. Whatever is asked by others, even if they are winners or losers and even if they are right or wrong, we have to entertain them. We must respect others, even a little mistake we must apologize on behalf of the Malay race...


Hakikatnya kaum lain sangat suka Melayu lemah dan berpecah supaya setiap tuntutan mereka dapat ditunaikan, dengan lemahnya Melayu mereka boleh mengugut bangsa Melayu yang mahu mempertahankan bangsanya, dan mereka sanagat suka kepada Melayu yang menggadai bangsanya... kerana mereka mudah untuk memperkudakannya, sehingga tanah rezab Melayu pun boleh diberi sehingga 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh Negara China, Taiwan dan Hong Kong, apatah lagi Singapura....

Orang Melayu kini sedang menghadapi kaum bukan Melayu yang sedang bersatu untuk meruntuhkan benteng Melayu... Bangkit dan bersatulah..... sebelum bumi dipijak milik orang..

Ucapan Tun Dr. Mahathir Di Perhimpunan Dan Sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara

1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.

3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Malays harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.

11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.


13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu saja. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.


14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.

19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.

20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.

21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi.. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua.
22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.

23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.

24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.

25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.

26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.

28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.

29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.

30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.

31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.

32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging babi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.

33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.

34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.

36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.

37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.

38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.

39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.

41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.

43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.

44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.

45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.

46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?

47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.

48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.

49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.

50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.

51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.

52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.

54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.

56. Itulah kenyataan yang sebenar.

57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.

60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?

63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.

64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.

67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.

69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.

70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.

72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.

75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.

76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.

77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.

78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.

79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

83. Malu kata mereka.

84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.
86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.

88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.

93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.

98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.

99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.