Halaman

Jumaat, Mac 27, 2009

Usaha pembangkang gagal - Pak lah beri sokongan padu kepada Najib

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru supaya Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.

Presiden UMNO itu yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya, beliau menyerahkan tanggungjawab negara kepada Najib yang merupakan “nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.”

Abdullah dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai presiden parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini turut memberi nasihat berasaskan pengalamannya sebagai presiden parti dan Perdana Menteri, bahawa tugas dan amanah tersebut amatlah berat.

“Ada kalanya keputusan yang dibuat boleh mencetuskan kontroversi, ada keputusan yang tidak mendapat persetujuan seratus peratus.

“Tanggungjawab utama seorang pemimpin adalah menentukan sesuatu yang terbaik untuk warga dan negara meskipun ada keputusan yang tidak akan disenangi,” katanya.

“Namun pemimpin itu perlu diberikan keyakinan dan kestabilan minda supaya terus bersikap rasional dan objektif. Jika kita tidak memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya, jika kita pula memilih menyerang dan mempersendakan peribadinya, kita sebenarnya bertanggungjawab melemahkan parti kita;

6 ulasan:

  1. PAS nakkan Pak lah dan najib bergaduhh..dan ahli UMNO bergaduh..ha!ha! tak kesampaian..Utu lah ropenya manusia yang bertopengkan Sy...suka orang berkelahi..suka adu-domba...suka buat fitnah..diharap semua kepimpinan UMNO ..perjuangkan Islam...tapi bukan macam cara PAS..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah !!!

    usaha anak cucu cicit syaitan untuk menjadikan bangsa kita bergaduh tidak berjaya.

    tahniah kepada Presiden baru UMNO ! moga kita akan lebih baik lagi hari esok berbanding semalam.

    setiap pemimpin ada baik dan buruknya..

    sama macam kita juga, jadi nak kata apa ?

    hargai yang baik, maafkan yang buruk !

    itu sikap orang beriman dalam menjadi makmum kepada imam.

    BalasPadam
  3. UMNO tetap kuat dan padu. Ini jelas terpapar dalam persidangan agung UMNO baru-baru ini,. Rupa-rupanya mereka yang selama ini asyik menghentam UMNO luar dan dalam adalah terdiri dari mereka yang membanci khianat dengan UMNO kerana tidak berpeluang selaku pemimpin dalam parti keramat tersebut. Dimasa mendatang ini tidak ada lagi alasan kerana sejak bulan januari lepas keahlian UMNO terbuka kepada semua bangsa melayu dan bumiputera Sabah melalui internet. Mmasuklah Melayu dan bumi secara beramai-ramai dan pilihlah Bahagian UMNO yang anda minati.

    BalasPadam
  4. betul tu aspirasi


    inilah perpaduan di dalam UMNO !! meletakkan kepentingan bangsa melayu lebih tinggi

    BalasPadam
  5. Salam aspirasi dan kwn...

    Satu pertanda baik bermula dari Pak Lah dan Najib....syabas!!!

    Mari sama2 kita perkuatkan Umno/BN.
    BPN pertingkatkan peranan dalam memberi penjelasan sebeanr kpd pembaca2/pengunjung2 blog...

    BalasPadam
  6. Setuju... Segala penghormatan yang perlu diberi kepada Pak Lah!

    BalasPadam