Halaman

Jumaat, Mac 27, 2009

Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.


Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. -

3 ulasan:

  1. -ingat..!!!!
    -jgn jadi lembu..!!!

    -tapi lembu x mer0kok...
    -lembu buang najis atas jalan...
    -baring atas jalan...

    -manusia ikut sifat lembu..??
    -b0leh ke..???
    -lembu baring atas jalan..
    -manusia baring atas jalan..

    -huhuhuhuhu...
    -bab tu...
    -nik aziz x marah..??

    BalasPadam
  2. Nik Aziz dah tua nyanyuk. Elok berhenti dan ganti orang yang lebih muda dan cergas serta tidak bertutur tidak menentu. Nik Aziz tak berani kata Elizabeth macam lembu kerana bersetubuh secara bebas macam Lemabu. Manusia mesti membuat perlakuan secara berperaturan. Jika tidak kita tidak dikatakan manusia. Kita akan dikatakan binatang. Kenapa Nik Aziz tak umpamakan Elizabeth spt binatang?

    BalasPadam
  3. aku sokong kenyataan nik aziz ni. tapi bagi aku orang hisap rokok lebih hina daripada babi.

    sesiapa yang menghisap rokok boleh dichap kafir.

    dah tahu rokok merosakkan kesihatan, buat apa hendak diambil juga. malah syarikat rokok juga adalah kepunyaan yahudi.

    KATAKAN TAKNAK KEPADA ROKOK. SETIAP PEROKOK ADALAH LEBIH HINA DARIPADA BABI DAN BOLEH DICHOP KAFIR.

    BalasPadam