Barisan Nasional (BN) akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Julai ini namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah.
Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun BN turun selaku ’underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu.
“Kita tahu sebelum ini mereka (PAS) menang di sini, itu menjadikan kita underdog. BN mampu memberi saingan sengit pada pilihan raya kecil kali ini,” katanya Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN DUN Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini, semalam. - Bernama
Salam;
BalasPadamSempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak balik kampung, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.
Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...