Begitu hebatnya penangan Pilihanraya Kecil Penanti.. Media pro pembangkang semua menyebut Calon PKR menang besar... tetapi tentang jumlah peratusan keluar yang sikit dan penurunan undi calon PKR sebanyak 1,294 undi tidak langsung disebut, begitulah juga blog yang pro pembangkang. Agaknya jumlah yang sedikit ini sangat mengguri hati penyokong pembangkang.
Cuma aku tertarik ada satu blog pmbangkang yang komen tentang penanti;
"Pilihanraya di Penanti di menangi oleh calon PR dari PKR dengan mendapat 5,200 undi, pilihanraya kali ini juga menyaksikan suatu yang busuk kerana tiada mendapat kerjasama di antara parti-parti dalam PR. Saya menjangkakan bahawa kerjasama di dalam PR juga akan berkubur tidak lama lagi jika inilah sikap yang di tunjukkan oleh anggota-anggota di dalam PR
karangan ~PakKaramu"
Begitulah rungutan seorang bloggers pembangkang... mungkin perasaan ini dikongsi oleh ramai lagi penyokong PAS yang lain... Nampaknya kerjasama antara jentera dalam Pakatan Rakyat tidak secantik yang diharapkan.. beliau mengulas :
"Saya menjangkakan bahawa kerjasama di dalam PR juga akan berkubur tidak lama lagi jika inilah sikap yang di tunjukkan oleh anggota-anggota di dalam PR"
Begitulah terdesaknya PR untuk mendapat kerjasama antara dalaman parti mereka. Kesimpulannya yang boleh dibuat ialah, tanpa UMNO mereka tidak mungkin boleh bersama. Kerjasama mereka ialah kosmetik semata-mata ataupun tujuan ad-hoc. Bukanlah kerjasama yang kukuh sebab itu Pakatan Rakyat hanya mengharapkan 'understanding' antara pemimpin mereka. Pemimpin setiap parti pun tak tertakluk dengan parti-parti lain. Bukan ada undang-undang yang menulis mereka mesti bekerjasama pada setiap waktu dan masa.
Jadi ini ialah sebahagian gambaran kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat pasa masa akan datang.. jika mereka ikhlas untuk bersama dan berjuang memanglah mereka perlu ikatan yang jelas sesama mereka. Jika sekadar suka-suka, kerjasama yang bila-bila masa boleh berkubur... tu lah lain kali nikah lah secara sah... jangan main duduk bersama secara haram... tuhan marah!
Ape2 aje le,
BalasPadamsila klick pejuang