Halaman

Selasa, Jun 02, 2009

Perang terhadap Husam

Tadi saja-saja je dok belek blog pembangkang ni... tiba-tiba terbaca la pulak satu blog yang hentam Mohd Sayuti Omar atau nama glamornya MSO lah.. kerana MSO ada komen sikit tentang husam ni kat laman blog beliau. Ramai penyokong Husam yang melenting.. memang tak boleh dicuit langsung Husam ni... Ya lah... bakal Timbalan Presiden PAS... Budak kesayangan Anwar...

Antara yang diusik ialah artikel yang bertajuk Apakah Makna Dan Ertinya Semua Ini:

BARU sekejap tadi salah seroang calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menghubungi saya bertanya mengenai siapakah calon timbalan presiden yang akan mengadakan pertemuan di Batu Gajah Malam ini. Beliau menjelaskan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau.

Kata Bang Mad malam ini dia akan berada di Penanti menyelia pilihan raya kecil itu untuk malam terakhir. 11:43 am.

JAM 8:48 satu pesanan rengkas (SMS) masuk ke dalam telefon saya.

Bunyi SMS itu ialah; Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon). 8:48 am 30/05/09.

Nama dan nombor telefon yang berkenaan saya sembunyikan takut timbul fitnah, maklumlah musim ini musim fitnah.

Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!

Apakah majlis dialog itu sekadar dialog saja tanpa makan dan minum? Apakah mereka yang dijemput itu membawa makan dan air dari rumah? Tidak pula diarahkan supaya berbuat demikian.

Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan.Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu.

Dialog mengenai apa, mengenai balak?Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik.

Untuk mengetahui siapa calon timbalan presiden yang akan berdialog dijemput ramai-ramai hadir! [wm.kl 11:20 am 30/05/09]

Begitulah antara kandungan blog tersebut, namun biasalah barua Husam pun jawab balik blog MSO ni sperti berikut:

from Malaysia Waves by Tulang Besi

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor.

Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian.

Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebut harga dari sumber lain.Apabila dicari sebut harga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebut harga adalah RM900 seekor.

Maka, Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato' A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.

Jadi aku belek-belek hujah ni.. alasannya hanyalah tenatng kambing sahaja... ini yang ditulislah tetapu aku percaya mungkin ada yang lebih dalam lagi yang mungkin tidak diketahui umum. Jadi nak sedapkan cerita dikaitkan kambing tu dengan UMNO... takkan pasal kambing je kot..

Tapi aku sebenarnya tertarik dengan artikel MSO ni.. mereka ni macam biasalah mesti yang buruk tu nak kaitkan dengan UMNO. Walaupun kekadang memang tiada kaitan langsung,... iaitu berkaitan majlis dialog dan jamuan, MSO menulis:

Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!

Nampakaya yang terang lagi bersuluh.. Rosaknya UMNO kerana Anwar dan rosaknya PAS kerana budak suruhan Anwar, Husam Musa... iaitu Politik Wang... tapi PAS sebut Politik Hadiah!... sama je la kan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan