Sudah tiba masanya dalam pemilihan nanti PAS menukar nama parti tersebut yang dianggap tidak relevan dengan keadaan semasa. PAS yang di daftarkan atas nama Parti Islam Semalaysia atau PIS patut menukarkan nama parti tersebut kepada Parti Kafir dan Islam Semalaysia atau (PKIS).
Pertukaran nama ini sebenarnya amat sesuai dengan tema baru PAS iaitu PAS untuk Semua atau PAS 4 ALL.. dengan terhapusnya slogan 'membangun negara Islam' dan 'bersama kepimpinan Ulamak' pertukaran nama ini akan memberi imej baru kepadan PAS.
Sebagaiman yang diketahui yang terbaru ialah permohonan Kelab Penyokong PAS untuk menjadi sayap di dalam PAS. Dengan sambutan hangat iaitu hampir 20,000 yang telah mendaftar sebagaimana yang dilaporkan the star PAS kini amat gembira dengan ahli-ahli kelab penyokong mereka. Namun ini tidak cukup setakat Kelab, bagi membuktikan PAS akan terus memerlukan mereka, maka fasa seterusnya akan meletakkan kelab tersebut dalam sayap PAS!.
Sebagai sebuah parti ortodoks sewaktu dahulu yang mengharamkan kerjasama dengan bukan Islam bahkan mengkafirkan mereka yang berkawan dengan bukan Islam sehingga menuduh UMNO sebagai kafir sebagaimana Amanat Hj Hadi... kini PAS pula patutnya menjadi kafir kerana berkawan dengan bukan Islam. Namun bagi PAS hukum Islam ini boleh berubah mengikut suka hati mereka! sekejap haram dan sekejap halal.. suka hati 'ulamak' mereka untuk mengubah makna ayat Quran demi kepuasan nafsu amarah mereka.. Ayat Quran dihina dan dipersendakan oleh bukan Islam dengan membacaya dalam ceramah dianggap tidak menghina Quran. Ayat Quran yang bermaksud 'tidak akan redho Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut agam mereka' hanya dibakul sampahkan! sehingga begitulah mereka sanggup menjual ayat-ayat tuhan demi politik mereka!.
Orang bukan Islam pula sepatutnya tidak melupakan siapakah yang menghina mereka sewaktu masa dahulu, siapakah yang memusuhi mereka masa ketika dahulu dan siapakah yang menentang mereka sewaktu masa dahulu? Mereka ialah PAS yang kini terpaksa mengikut telunjuk mereka.. PAS yang takut dan bacul demi undi.. Jika ini hendak dijadikan pemimpin menentang kebatilan maka lupakanlah.. pemimpin sebegini adalah pembohong dan tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana tidak teguh iman dan pendirian mereka.
Hudud tidak lagi menjadi perjuangan mereka, Negara islam jauh sekali dan inilah yang diakui oleh Nizar! Pembohongan demi pembohongan dibuat kepada rakyat yang menjadikan rakyat buta untuk melihat kebenaran. Imej Ulamak kini semakin terhakis, Puak Erdogan atau Pro Anuar kini mula menyelinap masuk di dalam PAS, PAS mungkin akan datang tidak lagi diterajui oleh PAS... JIka hendak ditanya, apakah salah Nasarudin mat Isa sehingga Mat Sabu dan Husam untuk menentang beliau?
Dimana pula sewaktu masa dahulu, perjuangan PAS untuk mengharamkan Arak, menghalang penjualan permit arak, di Selangor, kilang arak tidak pun ditutup bahkan digunakan untuk mebayar duit gaji YB PAS. Begitulah lemahnya moral pemimpin PAS, bukan stakat nak haramkan hendak mebuat usul pengharaman arak di sidang DUN pun takut.
Tidak terfikir oleh akal yang waras bagaimana muslimah boleh berada di belakang YB Eli yang jelas berzina dan mengadakan hubungan haram.. adakah ini Islam yang mahu ditonjol oleh PAS, Jika UMNO di keji kerana Islam hadharinya, jadi Islam jenis apakah yang dibawa oelh PAS ni, sehingga boleh berubah hukum sesuka hati? Inilah jenis Islam Sesat yang dibawa oleh PAS...
Manakala Nizar pula dilihat sebagai kuda tunggangan DAP, sanggup menentang Sultan Melayu, sanggup menggadai tanah kepada kaum Cina, membuat mogok lapar yang dilihat jelas sekali bertentangan dengan Islam...
Rasanya sudah cukup pembohongan PAS... nama Islam perlu digugurkan dari parti ini.. sudah cukup PAS mencemar dan menghina Islam.
Saya dah lama keluar pas kerana perjuangan pas sekarang hanyalah utk merebut kuasa. Sebab itu mereka sanggup memaki hamun saudara segama tetapi dalam masa yang sama bersahabat dengan kafirun harbi (dap. Hukum agama diletakkan ditelunjuk mereka. Ikut suka hati mereka meletakkan hukum. Cerdik pandai agama yang menyokong mereka diangkat sebagai ulama tetapi Dato Mufti yang menegur mereka pula dicaci. Goodbye pas for all, pas for kafirun harbi.
Saya dah lama keluar pas kerana perjuangan pas sekarang hanyalah utk merebut kuasa. Sebab itu mereka sanggup memaki hamun saudara segama tetapi dalam masa yang sama bersahabat dengan kafirun harbi (dap. Hukum agama diletakkan ditelunjuk mereka. Ikut suka hati mereka meletakkan hukum. Cerdik pandai agama yang menyokong mereka diangkat sebagai ulama tetapi Dato Mufti yang menegur mereka pula dicaci. Goodbye pas for all, pas for kafirun harbi.
BalasPadam