Halaman

Rabu, Ogos 12, 2009

Isu artikel Murtad majlah Al-Islam - penganut Katholik masih tidak berpuas hati

Sebagaimana Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat aduan polis berhubung isu penyamaran wartawan majalah itu Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Selepas membuat laporan polis lebih sebulan, penganut Katholik masih tidak berpuas hati dengan kelewatan tindakan terhadap wartawan Al-Islam yang didakwa menghina agama itu. "Sampai hari ini tidak ada apa-apa. Sedangkan kita dimaklumkan siasatan telah selesai. "Tidak dengar pula hendak dakwa (wartawan itu) atau bagaimana," kata seorang penganut agama itu Sudhagaran Stanley.

Tindakan Muhd Ridwan mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Sudhagaran berkata, beliau dan Persatuan Peguam Katholik akan mengunjungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin depan bagi menyatakan kekecewaan mereka itu.

Mengulas siasatan terhadap aduan mereka di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Sudhagaran berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa siasatan kes itu sudah selesai.

"Cuma, katanya, hanya tunggu arahan atasan (untuk tindakan selanjutnya)," kata Sudhagaran.

Artikel kontroversi itu "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" diterbitkan dalam edisi Mei lalu.

Artikel itu yang menceritakan pengalaman wartawan di gereja dimuatkan di halaman 28-30 yang menfokuskan isu "Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

"Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

"Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir," artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

"Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

"Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati," tulis Muhd Ridhwan.

"Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu."

Jika dilihat dari artikel yang dikeluarkn oleh Majalah AlIslam sebenarnya tiada unsur untuk menghina Katholik, cuma apa yang dibuat hanyalah untuk menyiasat, merisik dan mencari kebenaran dan bukanlah memalsukan laporan berita atau memberi gambaran buruk kepada katholik... hanya yang dipertikaikan adalah adegan memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi, bukanlah menghina Katholik sebagaimana penulisannya..

Dalam perlembagaan Persekutuan walaupun agama lain boleh diamal "Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4)". Jika mereka mengamalkan agama dengan mamtuhi undang-undang dan tidak bersalah dengan undang-undang.. jadi amalkanlah agama mereka... tiada sekatan... inilah tolak ansur yang telah diamalkan beberapa dekad lamanya. Namun jika menyalahi peraturan barulah ianya akan dilarang pada perkarang yang menayalahi undang-undang.

Apapun tahniah sekali lagi kepada wartawan Al Islam untuk mencari kebenaran..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan