Halaman

Rabu, Ogos 12, 2009

UMNO Permatang Pauh tidak kemukakan calon

Mungkin ini adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat oleh UMNO Permatang Paub iaitu sebulat suara memutuskan untuk tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding di DUN Permatang Pasir. Ini bermakna calon akan diambli dari luar kepompong UMNO Bahaggian itu.

Menurutnya, calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan dan berumur antara 40 dan 60 tahun. "Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh," katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru. Menurutnya, nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini serentak dengan pelancaran jentera pilihanraya BN Permatang Pasir.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata penyokong PAS di Permatang Pasir seharusnya sedar bahawa parti itu tidak diberi pengiktirafan sewajarnya oleh kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang.

"Pada tahun 1999 MIC pernah menang satu kerusi sahaja tetapi tetap diberi jawatan exco dalam kerajaan negeri (pimpinan BN) dan ini menunjukkan semangat setiakawan dan keikhlasan antara parti komponen BN," katanya selepas menyuarat mengenai persediaan pilihan raya kecil itu malam tadi.

Tetapi, katanya, kerajaan Pulau Pinang sekarang mengetepikan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun Mohd Hamdan merupakan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri.

Ahmad juga berkata walaupun PAS menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum lepas, ia tidak bermakna penduduk kawasan itu tidak akan berubah fikiran pada pilihan raya kecil ini.

"Pada tahun 1995 kerusi Permatang Pasir dimenangi oleh BN. Pada tahun 1999, 2004 dan 2008 pula BN kalah kepada calon PAS. Ini bermakna fikiran rakyat sentiasa berubah," katanya.

Tindakan UMNO bahagian kali ini berbeza dengan yang dahulu.. nampaknya lebih matang dan bersatu padu.. mungkin kekerapan Pilihanraya kecil yang diadakan mengajar sesuatu kepada mereka...

Namun apa yang penting jika UMNO mampu memang pastinya ianya amat mengejutkan.. namun jika setakat dapat mengurangkan majoriti PAS dengan julah yang besar sudah memadai... tapi menang lagi bagus..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan