7.00 pagi – Cuaca di Mukah amat baik dan membolehkan pengundi-pengundi di DUN N.51 Balingian menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi.
7.15 pagi – Pengundi pertama, Tr Dadom dari Rh Dadom merupakan pengundi terawal yang sampai di di pusat pembuangan undi di PDM Bedengan![IMG-20140329-WA0010[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_ukjmNaJcKXEnpwSu-JDXljWkPHEuGAhK-W27nIVZLkpwOvIN1OtPjBKjLu54yLSDPyv0lAyMa1r85f7ySvCm1Xhh4exfwua95lHckfHXJJ2-hLLVBEyPyuzsVCr3qomsL07jid0nPQl4hptx0xnsI=s0-d)
8.02 pagi – Bekas ADUN Balingian, Ajis Majid turut berbaris bagi menunggu giliran mengundi di PDM Tellian Laut
8.15 pagi – ADUN Pujut, YB Fong Pau Teck dari DAP menunjukkan isyarat tangan no 2 kepada pengundi yang sampai di pusat pembuangan undi di PDM Mukah
8.30 pagi – Pengarah Operasi PRK N.51 Balingian Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah datang meninjau perkembangan proses pembuangan undi di PDM Judan![IMG-20140329-WA0040[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sv8trboLyBbLtHse1HxP8MG3Hd0r9I12tJ8dKtv8EzLiqgfzh2AESVSO94RSZhcLKVXwUEzmMdVZmLGRum6047x6PPHA82DuD8FzZ5fWg3vd-2N8BC9i5fpMGkhauFniBgS9HRwJXAeR5FT-2gmCaY=s0-d)
8.50 pagi – Pengerusi SPR, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof memeriksa perjalanan proses pengundian di PDM Judan![IMG-20140329-WA0049[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_t5kM_0OIu5HTHSRVw1YQ4e_F9ZF3FLUonv6qvZidEe8AV4YiNaT6wiHcpXNGUmk9ruKScJgin5dv7y4LjqpMGfEf3bpYXNbvt1LGi8a1AvxBVeufD5nC1EFZa5q13r10IxTna2R-M3wyTksp248H2-SA=s0-d)
9.00 pagi – Calon BN Yussibnosh bin Balo tiba di pusat pembuangan undi di Kampung Tellian dalam PDM Tellian![IMG-20140329-WA0056[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_s1ZhdRhH-Nd2o-VPfYlqbPRKxs_-KyfOaJUEqIYUiD3ZWn6D2arXD1eVmKYjA2WKgy8q-Tb113k5Yr-Pt2dph7aLvbqLnkVXJsCYxjWgw5Wsg8hHIFcs0N-MNL5ZuFGFxZkYon8o-PdpIb4zEwMGFk=s0-d)
9.05 pagi – Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat jam ini ialah seramai 2,350 orang, 1,084 lelaki dan 1,266 perempuan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 17.58%. (Tidak termasuk PDM Kenyana kerana masalah talian komunikasi)
9.15 pagi – Kelihatan Datuk Sebatian Ting dan Ketua Pemuda SUPP, Tan Kai sedang melawat SJK Chong Boon di PDM Mukah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan