7.00 pagi – Cuaca di Mukah amat baik dan membolehkan pengundi-pengundi di DUN N.51 Balingian menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi.
7.15 pagi – Pengundi pertama, Tr Dadom dari Rh Dadom merupakan pengundi terawal yang sampai di di pusat pembuangan undi di PDM Bedengan![IMG-20140329-WA0010[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_u2Wq2Z4KB1RU1pKzBzyDwwEJP5-SBJpEgcvHMD4g99DKEFcwvOF95s33HY2mmWqciAomVwMA2_laJWxm3xS0dkG4jhzbfM3hDWzmd9hEptRVCY_Rd4NF3Zh8uKuqDHt0Zw-EtaxoUtUf8h9qOX_k8=s0-d)
8.02 pagi – Bekas ADUN Balingian, Ajis Majid turut berbaris bagi menunggu giliran mengundi di PDM Tellian Laut
8.15 pagi – ADUN Pujut, YB Fong Pau Teck dari DAP menunjukkan isyarat tangan no 2 kepada pengundi yang sampai di pusat pembuangan undi di PDM Mukah
8.30 pagi – Pengarah Operasi PRK N.51 Balingian Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah datang meninjau perkembangan proses pembuangan undi di PDM Judan![IMG-20140329-WA0040[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vIiI7piNv5_xNqLX3ke3K7EyJdwaxElUwjACqSbhTdSPjnKkpr2Ng1t-1zVQ0cnuFsXbUNcBNlygmdu2azpaLe3XHC_XMM5Ugs7E5pV74H7RAjDWsirnv9QIYNTOhVgT4BK8q1KgOkGmOh8ykUVkLc=s0-d)
8.50 pagi – Pengerusi SPR, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof memeriksa perjalanan proses pengundian di PDM Judan![IMG-20140329-WA0049[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tuiRBormg4u7BMzYduKtvfn5-yty653-VneCQ4Nbn2Wx-97CUfyvdPNk4HUhN0TwOsJ1Tl-RjxCqyvisEbMXI9XehREIk16GBtaL2cHrD1kucbG8KY9JyDnqYm-5e0pjBSMhIdk_KqNy6J2jpNQL2Imw=s0-d)
9.00 pagi – Calon BN Yussibnosh bin Balo tiba di pusat pembuangan undi di Kampung Tellian dalam PDM Tellian![IMG-20140329-WA0056[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tB8kdZTn2L32_PtC19xR1apX9dUvVSXMQ4NmQ8bJ75syJAQuhXSXHqaSjQlxMLRWoBq9W_ReJoiXPp9Q-lCwJISQACUetrVJj7-rsvR0ccWzFs-K-AI9VPt01XjBvNcKL6gt7eXszWtL4JaTmPIKyb=s0-d)
9.05 pagi – Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat jam ini ialah seramai 2,350 orang, 1,084 lelaki dan 1,266 perempuan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 17.58%. (Tidak termasuk PDM Kenyana kerana masalah talian komunikasi)
9.15 pagi – Kelihatan Datuk Sebatian Ting dan Ketua Pemuda SUPP, Tan Kai sedang melawat SJK Chong Boon di PDM Mukah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan