Halaman

Isnin, Jun 01, 2009

Kekejaman, pengkhianatan komunis tidak boleh dimaafkan

RAKYAT negara ini tidak boleh menerima kehadiran Chin Peng untuk kembali ke tanah air. Jika ditanya kepada wira-wira pejuang dalam pasukan Angkatan Tentera dan juga pasukan polis yang pernah bertempur dengan gerila komunis pimpinan Chin Peng semasa negara ini diancam pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, tentunya mereka akan terkenang betapa peritnya cabaran yang telah dilalui sehinggakan ribuan nyawa terkorban.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat tersandung jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Oleh itu, seluruh warga Skuad 69 PDRM Sarawak yang pernah berjuang dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) untuk menjaga keselamatan awam ketika negara dalam keadaan darurat dahulu tidak pernah lupa betapa kejamnya gerombolan pengganas komunis ini yang menjadi 'bajingan' membunuh banyak nyawa, sehingga negara dan rakyatnya turut merasakan terancam.

Tentunya Chin Peng akan mereka cipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka sebelum ini. Negara yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah dinafikan oleh Chin Peng. Mereka enggan meletakkan senjata untuk meraikan kemerdekaan pada tahun berkenaan. Pada kami, semangat patriotik cintakan negara ini tidak tertanam dalam sanubari pemimpin PKM. Ia sebenarnya mahu mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Chin Peng terpaksa mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya - TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Benteng pertahanan negara terpaksa diperkuatkan di perbatasan tanah air kita kerana PKM telah bertindak ganas memusnahkan balai polis, merampas senjata, mengugut rakyat marhain malah mereka bertindak kejam membunuh sesiapa saja yang dilihat pro kepada pasukan keselamatan.

Oleh itu sekali lagi kami warga Skuad 69 PDRM Sarawak menggesa pihak kerajaan supaya tidak melayan kerenah Chin Peng. Kami tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang mahukan supaya kerajaan menerima semula kehadiran bekas pemimpin PKM ini, dengan beralaskan hujah kemanusiaan.

Kita mahu Chin Peng memahami aspirasi rakyat negara ini yang tidak boleh memaafkannya lagi kerana terlalu banyak angkara khianat yang telah dipalitkannya terhadap negara ini. Kami bertegas dengan pendirian ini, kerana kami merupakan antara barisan hadapan yang telah membentengi perbatasan negara dalam menghadapi ancaman musuh utama Negara pada masa itu.

Sesungguhnya negara ini tidak perlukan lagi spesies seperti Ching Peng.

Kisah kekejaman Komunis Malaya 4



Dia bukannya pejuang kemerdekaan tetapi berjuang untuk menegakkan fahaman komunis dan menjadikan Malaysia sebuah negara komunis.– Che Md. Noor


MINGGUAN: Bolehkah Datuk Seri mengimbas sejarah negara dalam memerangi keganasan komunis?

CHE MD. NOOR: Tahap pertama perjuangan komunis ialah pada tahun 1948 hingga 1960 manakala tahap kedua ialah pada tahun 1968 sehingga 1989. Selepas darurat pada tahun 1948 hingga 1960, kita anggap perjuangan mereka sudah terhenti kerana mereka menjadi lemah dan berundur ke selatan Thailand.

Namun begitu pada tahun 1968, berikutan kemenangan komunis di Vietnam, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengeluarkan apa yang dipanggil ‘Arahan bulan Jun’ dan mereka kembali semula kepada revolusi bersenjata bagi mengambil alih negara Malaysia daripada pemerintahan demokratik kepada pemerintahan komunis.

PKM pada tahun yang sama cuba menunjukkan kehadiran mereka dengan melancarkan satu serangan di Bukit Berapit, Keroh atau kini dikenali sebagai Pengkalan Hulu. Dalam serangan hendap itu kalau tidak silap saya, seramai 21 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) terkorban. Peristiwa berkenaan menjadi detik permulaan kebangkitan semula PKM. Sejak itu pelbagai keganasan dilakukan oleh PKM termasuklah peristiwa 13 Mei 1969 yang pada pandangan saya mempunyai pengaruh terhadap kegiatan komunis.

Kegiatan komunis selepas itu meningkat dari semasa ke semasa termasuk di Sarawak. Semua itu adalah sebahagian daripada jaringan komunis antarabangsa bagi menjajah dunia. Saya percaya anda semua pernah mendengar cerita dipanggil paksi Peking, Hanoi, Jakarta. Ia adalah sebahagian daripada perancangan komunis untuk menjajah dunia, kegiatan komunis di Jakarta gagal pada tahun 1965 berikutan kejatuhan Parti Komunis Indonesia (PKI).

Semasa bertugas apa pula pengalaman Datuk Seri dalam memerangi komunis?

CHE MD. NOOR: Sebagai salah seorang pegawai tentera berpangkat kapten dan bertugas sebagai pegawai perisik di Ipoh pada tahun 1968, saya dapat melihat bagaimana kejamnya PKM melakukan pembunuhan ke atas anggota polis dan serang hendap yang dilakukan tanpa henti-henti daripada Jeli dan Tanah Merah di Kelantan sampailah ke Perlis. Mereka melakukan banyak pengeboman termasuk di Jambatan Kokma di Padang Besar, sekarang jambatan itu sudah tidak ada lagi. Pada tahun 1969 selepas peristiwa 13 Mei mereka melakukan serang hendap di Sintok, Kedah menyebabkan enam anggota tentera daripada Empat Rejimen Askar Melayu terbunuh. Saya tahu peristiwa itu kerana saya sendiri pergi melihat kejadian berkenaan.

Chin Peng pengganas kejam

Saya sekadar ingin berkongsi polemik yang nampak kecil tetapi besar di mata rakyat biasa seperti saya. Isu membawa Chin Peng balik ke negara ini sebagaimana yang disarankan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr. Teng Hock Nan, baru-baru ini, adalah satu lagi bentuk dan sikap tidak bertanggungjawab rakyat yang melupakan sejarah negara yang didiaminya.

Sebenarnya, kalau bercerita mengenai komunis ini, masih segar rasanya peristiwa jiran saya di kampung yang putus kedua belah kakinya akibat penangan jerangkap samar. Pilu benar melihat jiran yang sebelumnya aktif, akhirnya terpaksa menjalani kehidupan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) lantaran perbuatan komunis durjana.

Komunis pada masa itu menjadi duri dalam daging negara. Tidak siapa menafikannya kecuali mereka yang bersimpati.

Di sekolah, guru kita mengajar mengenai kekejaman pengganas, mengenai Chin Peng dan gerila komunis yang dipimpinnya. Wujud rasa benci yang meluap-luap tatkala guru menerangkan bab demi bab mengenai komunis. Sejak sekian lama komunis ditunjuk sebagai anasir yang paling dibenci oleh semua rakyat di mana-mana.

Terlalu banyak jiwa yang melayang akibat perbuatan subversif komunis. Kasihan, ada di antara mangsanya yang hidup merana sepanjang hayat. Isteri terpaksa bergelut dengan kehidupan tanpa suami manakala anak-anak terpaksa menerima hakikat bahawa mereka telah berstatus 'anak yatim'. Dan, jika diputar kembali mesin masa, imbasilah kepada peristiwa hitam Bukit Kepong yang sungguh menyayat dan memilukan itu.

Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya menayangkan kembali filem-filem genre patriotik seperti Bukit Kepong agar ditonton oleh generasi terkini Malaysia daripada semua peringkat keturunan.

Diharap nanti akan terbit rasa kesedaran terhadap kesan kemusnahan oleh pengganas komunis yang di ketuai Chin Peng pada masa lalu. Segarkan kembali semangat patriotisme yang telah semakin terhakis.

Seperkara lagi, saya menyeru kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meningkatkan pemeriksaan dan penelitian ke kedai-kedai buku ternama yang sejak sekian lama giat menjual buku-buku berunsur komunis. Lihat juga ke Central Market, Jalan Petaling dan Bukit Bintang yang begitu luar biasa aktifnya menjual baju-T yang memaparkan wajah Chin Peng atau pun simbol perjuangan mereka 'Bintang Tiga'.

Janganlah sampai anak-anak kita pula memakainya ketika bersolat Jumaat atau menghadiri majlis-majlis bercorak patriotisme!

Saya memohon kepada semua pihak agar tidak lagi membangkitkan isu untuk membawa Chin Peng masuk ke negara ini. Bagi saya dia adalah perosak dan pemusnah keharmonian negara yang kekal terpahat di jiwa rakyat di negara ini.

Dan, kalau kita terlupa, renunglah kembali siapa dalang di sebalik peristiwa 13 Mei 1969. Sedarlah bahawa Chin Peng bukan wira tetapi pengganas kejam yang telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah keharmonian bangsa Malaysia. Kepada pihak-pihak yang berwajib, pastikan Chin Peng tidak kembali.

Prof Dr Ahmad Atory : Isu rasuah boleh jejaskan Pas pertahan Manek Urai

1. Isu rasuah politik yang dikatakan menular dalam Pas boleh memberi kesan terhadap usaha parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini. Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata ini kerana pengundi dan penyokong parti itu di DUN berkenaan mungkin sukar bertolak ansur dengan pemimpin rasuah.

2. Walaupun DUN Manek Urai terletak di luar bandar dan kebanyakan penduduk bekerja kampung dan penoreh getah, cara mereka berfikir dan menilai sesuatu sudah jauh berbeza berbanding lebih 30 tahun lalu. Malah, katanya, mereka boleh mendapat dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber dan tidak terhad kepada ceramah parti saja.

3. Beliau mengulas sama ada isu rasuah yang dikatakan mula menular dalam Pas menjelang Muktamar Agung Tahunan parti itu mulai Jumaat hingga Ahad ini akan memberi kesan langsung kepada parti itu pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai. Isu gejala rasuah dalam Pas mencuri tumpuan umum menjelang muktamar agung parti itu apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, mendedahkannya bulan lalu.

Komen Khir Toyo tentang kemenangan PKR di Penanti


1. Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan PKR sebagai 'gila talak' apabila hampir saban hari sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Penanti, tetap menghentam dan menyerang Umno dan BN walaupun calonnya tidak bertanding.

2. "Kata mereka ketiadaan BN menyebabkan ramai tidak berminat keluar mengundi," tulis ketua pembangkang DUN Selangor itu dalam blognya hari ini.

3. "Sungguh melucukan ada pula pemimpin muda mereka yang bersedia menghalang mana-mana bas keluar dari Penanti ketika hampir hari pembuangan undi. Jika dulu mereka kata pengundi hantu lalu halang bas masuk ke kawasan pilihanraya kecil. "Hari ini mereka mahu halang bas keluar pula kononnya hendak halang pengundi yang sah dari keluar kawasan pilihanraya. Mereka menentukan peraturan, mereka membuat keputusan dan mereka melaksanakan penguatkuasaan.

4. "Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah 'politik bogeyman'," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini. "Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN.

5. "Kecenderungan ini sudah nampak dalam pilihanraya di DUN Penanti. Sungguhpun media alternatif seperti Malaysiakini dan Harakahdaily memaparkan kenyataan bahawa PKR menang besar, namun realitinya sungguh berbeza. "Selain jumlah keluar mengundi yang rendah, jumlah undi kepada PKR juga merosot lebih seribu undi. Pada 2008, (Mohammad) Fairus (Khairuddin) dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi. "Realitinya, sokongan terhadap PKR di kubu kuatnya sendiri sudah berkurangan. Mungkin sudah ramai yang bosan dengan taktik kempen menjadikan BN sebagai boogeyman ini. Hanya masa akan menentukan," tulis Dr Mohd Khir.

Perkataan Islam pada PAS patut digugur

  • Sudah tiba masanya dalam pemilihan nanti PAS menukar nama parti tersebut yang dianggap tidak relevan dengan keadaan semasa. PAS yang di daftarkan atas nama Parti Islam Semalaysia atau PIS patut menukarkan nama parti tersebut kepada Parti Kafir dan Islam Semalaysia atau (PKIS).
  • Pertukaran nama ini sebenarnya amat sesuai dengan tema baru PAS iaitu PAS untuk Semua atau PAS 4 ALL.. dengan terhapusnya slogan 'membangun negara Islam' dan 'bersama kepimpinan Ulamak' pertukaran nama ini akan memberi imej baru kepadan PAS. 
  • Sebagaiman yang diketahui yang terbaru ialah permohonan Kelab Penyokong PAS untuk menjadi sayap di dalam PAS. Dengan sambutan hangat iaitu hampir 20,000 yang telah mendaftar sebagaimana yang dilaporkan the star PAS kini amat gembira dengan ahli-ahli kelab penyokong mereka. Namun ini tidak cukup setakat Kelab, bagi membuktikan PAS akan terus memerlukan mereka, maka fasa seterusnya akan meletakkan kelab tersebut dalam sayap PAS!.
  • Sebagai sebuah parti ortodoks sewaktu dahulu yang mengharamkan kerjasama dengan bukan Islam bahkan mengkafirkan mereka yang berkawan dengan bukan Islam sehingga menuduh UMNO sebagai kafir sebagaimana Amanat Hj Hadi... kini PAS pula patutnya menjadi kafir kerana berkawan dengan bukan Islam. Namun bagi PAS hukum Islam ini boleh berubah mengikut suka hati mereka! sekejap haram dan sekejap halal.. suka hati 'ulamak' mereka untuk mengubah makna ayat Quran demi kepuasan nafsu amarah mereka.. Ayat Quran dihina dan dipersendakan oleh bukan Islam dengan membacaya dalam ceramah dianggap tidak menghina Quran. Ayat Quran yang bermaksud 'tidak akan redho Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut agam mereka' hanya dibakul sampahkan! sehingga begitulah mereka sanggup menjual ayat-ayat tuhan demi politik mereka!.
  • Orang bukan Islam pula sepatutnya tidak melupakan siapakah yang menghina mereka sewaktu masa dahulu, siapakah yang memusuhi mereka masa ketika dahulu dan siapakah yang menentang mereka sewaktu masa dahulu? Mereka ialah PAS yang kini terpaksa mengikut telunjuk mereka.. PAS yang takut dan bacul demi undi.. Jika ini hendak dijadikan pemimpin menentang kebatilan maka lupakanlah.. pemimpin sebegini adalah pembohong dan tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana tidak teguh iman dan pendirian mereka.
  • Hudud tidak lagi menjadi perjuangan mereka, Negara islam jauh sekali dan inilah yang diakui oleh Nizar! Pembohongan demi pembohongan dibuat kepada rakyat yang menjadikan rakyat buta untuk melihat kebenaran. Imej Ulamak kini semakin terhakis, Puak Erdogan atau Pro Anuar kini mula menyelinap masuk di dalam PAS, PAS mungkin akan datang tidak lagi diterajui oleh PAS... JIka hendak ditanya, apakah salah Nasarudin mat Isa sehingga Mat Sabu dan Husam untuk menentang beliau?
  • Dimana pula sewaktu masa dahulu, perjuangan PAS untuk mengharamkan Arak, menghalang penjualan permit arak, di Selangor, kilang arak tidak pun ditutup bahkan digunakan untuk mebayar duit gaji YB PAS. Begitulah lemahnya moral pemimpin PAS, bukan stakat nak haramkan hendak mebuat usul pengharaman arak di sidang DUN pun takut. 
  • Tidak terfikir oleh akal yang waras bagaimana muslimah boleh berada di belakang YB Eli yang jelas berzina dan mengadakan hubungan haram.. adakah ini Islam yang mahu ditonjol oleh PAS, Jika UMNO di keji kerana Islam hadharinya, jadi Islam jenis apakah yang dibawa oelh PAS ni, sehingga boleh berubah hukum sesuka hati? Inilah jenis Islam Sesat yang dibawa oleh PAS... 
  • Manakala Nizar pula dilihat sebagai kuda tunggangan DAP, sanggup menentang Sultan Melayu, sanggup menggadai tanah kepada kaum Cina, membuat mogok lapar yang dilihat jelas sekali bertentangan dengan Islam...
  • Rasanya sudah cukup pembohongan PAS... nama Islam perlu digugurkan dari parti ini.. sudah cukup PAS mencemar dan menghina Islam.

Komunis ialah pembunuh bukan pejuang!

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

TERNYATA sekali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, isu-isu berkaitan dengan perkauman seolah-olah menjadi bahan paling laris bagi sesetengah pemimpin politik untuk menjajanya.

Bermula dengan sokongan kepada pertubuhan haram Hindraf, kini ia 'merebak' pula kepada isu menuntut kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke tanah air.

Isu kepulangan bekas ketua pengganas itu pada mula hanya dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Gerakan (salah satu komponen dalam Barisan Nasional) tetapi apabila ia dilihat mampu memberikan keuntungan politik maka parti-parti pembangkang pula menyokong saranan berkenaan.

Ternyata sekali, sokongan dan gesaan yang dibuat bukanlah atas dasar kemanusiaan tetapi disebabkan ada agenda politik tersembunyi. Justeru keputusan kerajaan menolak gesaan sebegitu adalah amat tepat. Puak-puak yang menyokong kepulangan Chin Peng ini hakikatnya sengaja meletakkan diri mereka untuk dianggap sebagai kelompok yang buta sejarah. Chin Peng adalah pengganas dan pernah mengepalai sekumpulan manusia melakukan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya ke atas anggota keselamatan dan rakyat negara ini semata-mata untuk menegakkan perjuangan komunisnya.

Oleh itu, apakah dosa-dosa tersebut harus dilupakan begitu sahaja hanya semata-mata kerana berpendapat dia sudah uzur dan mahu mengakhiri riwayatnya di negara ini? Bagaimana dengan pembunuhan yang dilakukan olehnya sama ada secara langsung atau melalui arahan kepada pengikut-pengikutnya ketika zaman darurat dahulu.

Ingatlah Chin Peng adalah pengganas kejam yang membunuh ribuan rakyat negara ini, malah tanpa belas ihsan menyerang setiap sudut anggota keselamatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru mengapakah dengan mudah kekejamannya hendak dimaafkan begitu sahaja?

Dalam isu Chin Peng, soal kemanusiaan tidak harus sama sekali menjadi pertimbangan kerana dia sendiri suatu ketika dulu tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan akibat taksub kepada perjuangan komunis. Justeru janganlah mengeluarkan hujah dangkal dengan mengatakan kerajaan boleh membenarkan Chin Peng pulang dengan syarat kerajaan memastikan dia sudah meninggalkan doktrin komunisnya.

Pembunuhan

Kalau itulah hujahnya, bagaimana jika sesiapa juga yang melakukan pembunuhan dan kini berada dalam penjara atau menanti hukuman mati boleh dibebaskan dengan syarat mereka ditanya, apakah mereka mahu membunuh lagi atau tidak?

Mungkin pihak-pihak terlibat menganggap ia suatu perbandingan tidak wajar tetapi apa istimewanya Chin Peng, bukankah dia juga adalah seorang pembunuh dan sudah banyak membawa kesengsaraan kepada negara ini. Memang benar Chin Peng uzur dan sakit tetapi sekurang-kurangnya dia masih insan yang tidak cacat anggota badannya. Ini berbeza dengan ribuan anggota tentera yang kini masih hidup tetapi mengalami kecacatan sepanjang hayat akibat jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis dari Padang Besar hinggalah ke Tanah Merah, Kelantan.

Adakah ketika Chin Peng melakukan semua kekejaman berkenaan dia terfikir bahawa suatu hari kelak dia akan merempat dan mengemis untuk kembali ke tanah air bernama Malaysia ini? Kenapa Chin Peng perlu dilepaskan daripada segala perbuatan kejamnya?

Justeru kepada puak-puak yang masih mahu memperjuangkan Chin Peng ingatlah bahawa bekas ketua pengganas itu tidak mempunyai sekelumit pun jasa kepada negara ini. Daripada puak-puak yang buta sejarah itu memperjuangkan nasib Chin Peng adalah lebih baik jika mereka berusaha menggesa kerajaan mempertingkatkan lagi bantuan kepada bekas-bekas anggota tentera dan keluarga yang menjadi mangsa akibat kekejaman komunis.

Kalaupun hendak mencari keuntungan politik ia bukanlah melalui cara hendak memperjuangkan nasib seorang bekas ketua pengganas, banyak lagi insan-insan lain yang harus dibela. Kenapa perlu bercakap soal kepulangan Chin Peng sedangkan terdapat banyak lagi isu lain yang perlu diperjuangkan bagi memastikan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup aman dan damai.

Percayalah, mungkin ada segelintir sahaja yang menyokong gesaan untuk membenarkan Chin Peng kembali tetapi terdapat jutaan lagi rakyat Malaysia menentang keras langkah tersebut. Puak yang menyokong itu adalah terdiri daripada mereka yang bukan sahaja buta sejarah tetapi berfahaman liberalisme, mereka tidak tahu apa itu komunis.

Apa pun, dalam memperkatakan soal ini, ia jelas membuktikan isu-isu berkaitan perkauman semakin mendapat tempat di kalangan parti-parti politik tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang. Masing-masing berpendapat kononnya hanya melalui isu tersebut sahaja mereka akan mendapat sokongan politik.

Lebih memualkan, dalam menghalalkan tindakan mereka, puak-puak itu menggunakan slogan Satu Malaysia sebagai asas, seolah-olah melalui pendekatan terbaru kerajaan itu segala-galanya harus dibenarkan untuk semua kaum, termasuklah juga membenarkan Chin Peng pulang. Akibat kedangkalan pemikiran pemimpin-pemimpin politik seperti itulah yang menyebabkan dari semasa ke semasa wujud pelbagai pihak yang cuba menjadi wira kepada kaum tertentu. Perkara seumpama ini jika dibiarkan ia akan menjadi virus yang boleh menghancurkan perpaduan kaum di negara ini. Isu Chin Peng hanyalah salah satu daripada keberanian tidak bertempat sesetengah ahli politik dalam membangkitkan perkara berkaitan dengan perkauman. Sebelum ini sudah banyak isu termasuklah yang melibatkan kepentingan orang Melayu disentuh.

Kelompok yang membangkitkan isu berkaitan perkauman itu berbuat demikian kerana mereka sudah tidak ada lagi perasaan untuk menjaga sensitiviti mana-mana kaum terutamanya orang Melayu. Apatah lagi mereka melihat ada sahaja pemimpin Melayu yang atas dasar kepentingan politik sempit sanggup menyokong apa yang mereka lakukan. Kesudahannya, isu-isu perkauman terus dimainkan seolah-olah ia bukanlah isu yang sensitif. Dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang maka semua pihak terutamanya dalam parti kerajaan harus patuh kepada pendirian itu. Mereka tidak perlu membangkitkan lagi isu-isu sensitif seumpama itu hanya semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan sesebuah parti.

Fahamilah kekejaman komunis dan belajar memahami sejarah, jangan jadi kelompok yang sengaja memadamkan sejarah semata-mata kerana kepentingan politik kepartian.

Menentang kedurjanaan

Dalam ruangan ini, minggu lalu Awang mengulas permintaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr. Teng Hock Nan agar kerajaan membenarkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke tanah air.

Tanpa ragu-ragu Awang sebagai suara insan kecil menentang permintaan itu. Jika Chin Peng mahu pulang, beliau mesti memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan dihadapkan ke muka pengadilan atas kekejamannya (sama ada secara langsung atau tidak langsung) sebagaimana yang dihadapi oleh Pol Pot di Kemboja.

Seminggu berlalu, banyak pihak kemudiannya memberikan respons kepada isu tersebut. Bagi pihak yang menyokong Chin Peng dibawa pulang khususnya pembangkang, mereka asyik memainkan sentimen kemanusiaan dan kemaafan. Pada Awang, ini bukan setakat isu kemanusiaan kerana ia mencakupi pelbagai aspek, yang kesannya cukup besar. Persoalannya apakah alasan kemanusiaan mahu digunakan bagi mewajarkan kepulangan Chin Peng?

Pada Awang, beliau dan pemimpin PKM lain seperti Rashid Maidin mesti dihukum sebagaimana rakyat Malaysia yang lain termasuk pemimpin Al Maunah, Mohd. Amin Mohd. Razali yang dihukum gantung sampai mati. Kalau dibuat perbandingan, dosa dan kesalahan Mohd. Amin tidaklah sedahsyat dan semudarat apa yang dicetuskan oleh pemimpin PKM. Kemungkinan Chin Peng dijatuhi hukuman mati jika dihadapkan ke mahkamah adalah besar maka adalah lebih baik Chin Peng, 85, meneruskan sisa hidupnya di luar negara.

Kezaliman PKM bukan sahaja mengakibatkan puluhan ribu rakyat terkorban, cacat anggota, cedera dan menanggung trauma. Malah negara juga terpaksa membelanjakan berpuluh bilion ringgit sepanjang tempoh darurat 1948-1960 dan 1968-1989, yang wang itu sepatutnya boleh disalurkan untuk faedah rakyat termasuk membasmi kemiskinan. Ancaman PKM turut menjejaskan ekonomi negara hampir empat dekad. Pernah seorang penganalisis Singapura dalam satu seminar menyatakan kejayaan republik itu selepas kemerdekaan antara lain disebabkan faktor keamanan dan tiadanya ancaman pengganas komunis seperti yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia.