Bila penentang rasuah menerima rasuah... Buruk betul rupanya....
Al kisah... bagi mempertahan tindakan yang EXCO Perak yang korup, seluruh kepimpinan PKR dan DAP khasnya dinegeri Perak menuduh ianya merupakan konspirasi kerajaan BN untuk melemahkan kerajaan Pakatan DAP, PAS dan PKR.
Terkini, BPR pula dituduh menjadi agen BN. Dengan pantas, Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan penahan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mempunyai kaitan dengan politik.
Itu biasalah tuduhan mereka yang pendek akal. Bagi pihak yang rasional tentunya tindakan BPR ini adalah sebahagian tugas profesional... bertindak atas maklumat orang ramai demi menjalankan sistem keadilan di negara ini.
Katanya beliau kecewa dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh agensi itu sengaja menahan kedua-dua Exco tatkala demam pilihan raya kecil Permatang Pauh berlangsung.
"Saya kecewa apabila BPR dituduh konspirasi, sekongkol dengan parti pemerintah, itu tak benar. Ini kes jenayah, kita dah tangkap ramai, bekas ketua pengarah Imigresen, pegawai kanan polis pun, kita terpaksa.
"Takkan kerana dekat pilihan raya (kecil)... kita simpan dulu (kes), duit dah bagi". "Bukti sudah ada jadi kita tahanlah mereka," Ahmad Said berkata BPR telah menjalankan siasatan terhadap kedua-dua Exco berkenaan lebih dua hingga tiga bulan lepas dan hanya secara kebetulan tangkapan dilakukan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh.
BPR menahan dua anggota Exco Perak bersama empat orang lagi kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta.
-- BERNAMA
2 ulasan:
MEMANG PEMIMPIN MEREKA PUN MACAM TU SO ANAK BUAH DIA PUN SAMA JUGA LA . AKU RASA IMEJ PAKATAN RAKAYAT @ PENIPU RAKYAT SUDAH TERCEMAR DI SELURUH NEGARA ..
RASUAH CUKUP SINONIM DENGAN ANWAR DAN PEMIMPIN KEADILAN.DALAM SIRI CERAMAH LOKMAN NOR ADAM,BELIAU SENDIRI BERITAHU APABILA ADA PILIHANRAYA KECIL ,PEMIMPIN PKR ATASAN PASTI PALING GEMBIRA KERANA DUIT2 LUAR DAN SUMBANGAN DITERIMA DAN AKAN MASUK KEPADA MEREKA. DI DALAM PARTI MEREKA SENDIRI PUN BERLAKU PENYELEWENGAN DAN CAKAP MEREKA BERSIH . GENG YANG KELUAR KEADILAN SUDAH MULA KE SELURUH PERMATANG PAUH UNTUK BONGKAR SKANDAL INI . ANTARA YANG DITAHAN BPR PERAK MENGENAI RASUAH TERSEBUT ADALAH AMT PKR.
PKR PARTI KUAT RASUAH
rakyat mula menilai siapa sebenarnya Anwar... siapa tidak kenal Anwar dahulu masa didalam UMNO...
dialah yang mulakan politik wang... Orang UMNO semua tahu perkara itu.. bagaimana di membayar setiap cawangan untuk menjatuhkan Tun Ghafar baba
Sejarah silam pasti tidak akan dilupakan..
Catat Ulasan