Popular Today
Khamis, Februari 11, 2010
Royalti Minyak : PAS Kelantan bacul
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan dilihat semakin buntu dalam memperjuangkan isu mendapatkan royalti minyak untuk negeri itu daripada Kerajaan Pusat.
Malah, beberapa pemerhati menyifatkan kerajaan negeri sebagai cuba berlaku tidak adil kepada penduduk Kelantan kerana enggan akur dengan langkah Kerajaan Pusat memberikan wang ihsan untuk dinikmati oleh penduduk negeri itu.
Antara faktor yang dianggap menjadikan tuntutan oleh kerajaan negeri itu semakin lemah ialah penjelasan meyakinkan oleh Kerajaan Pusat bahawa daripada segi perundangan dan geografinya, Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak.
Kerajaan negeri juga dilihat cuba melengah-lengahkan pemberian wang ihsan ini dengan membangkitkan isu-isu lain.
Pensyarah Sosiologi dan Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nik Ahmad Kamal Nik Ahmad berkata, beliau hairan kenapa secara tiba-tiba Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat cadangan supaya diadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu Islam.
"Soalnya kenapa tiba-tiba menukar isu. Adakah kerana tiada jalan lagi untuk dipolitikkan isu royalti itu setelah Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan RM20 juta sebagai menggantikan royalti minyak pada Mac ini. Ia bukti Pusat bersifat adil kepada rakyat," katanya.
Nik Ahmad Kamal berkata, kemungkinan juga PAS belum mempunyai langkah seterusnya berhubung isu royalti itu walaupun sudah sekian lama Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan akan mengambil tindakan mahkamah dengan melantik panel peguam.
"Namun sehingga kini tiada apapun tindakan dilakukan," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan bahawa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak itu kerana operasi carigali di dua telaga yang dikatakan "milik Kelantan", berada lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.
Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan, sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.
Nik Ahmad Kamal berkata, PAS mungkin hanya melihat kepada Akta Petroleum serta perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975 dan tidak melihat undang-undang lain secara keseluruhan.
"Tekanan ditambah lagi dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyokong Kelantan layak mendapat royalti dan bukannya wang ihsan padahal beliau dilaporkan pernah menyokong pemberian wang ihsan kepada Terengganu ketika Pas memerintah negeri itu pada 1999-2004. Kenyataan Tengku Razaleigh itu mematahkan isu royalti Pas sekali lagi," katanya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan Kelantan perlu melihat beberapa akta mengenai sempadan perairan sesebuah negeri sebelum menuduh Kerajaan Pusat tidak berlaku adil dalam isu tuntutan royalti minyak ini.
Beliau berkata, Akta Ordinan Darurat 1969 dan Akta Tanah Negara jelas menyebut hak perairan sesebuah negeri tidak melebihi tiga batu nautika dari pantai.
"Ini bermakna Kelantan tidak berhak mendapat wang royalti minyak kerana dua telaga minyak, satu daripadanya terletak di kawasan tuntutan bertindih dengan Thailand, melebihi ratusan batu dari pantai negeri itu," kata Awang Adek.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan Kelantan menolak untuk bersama Kerajaan Pusat membincangkan rancangan pembangunan hasil daripada peruntukan wang ihsan RM20 juta itu.
"Kita mahu bincang dan melihat apakah keperluan kerajaan negeri tetapi mereka menolak menyertai Jawatankuasa Pengurusan Wang Ihsan. Namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat PAS enggan menerima pelawaan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana dengan berbuat demikian mereka lagi tidak dapat mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak itu.
"Kalau mereka sertai seolah-olah mereka bersetuju terima wang ihsan," katanya.
Ibrahim berkata, kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royalti minyak hanyalah menyentuh aspek moral tapi isu sebenar dalam soal tuntutan royalti itu adalah perundangan. "Sebab itu ia mesti selesai di mahkamah," katanya. - Mstar
Zulkifli : DAP angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial
Zulkifli Nordin terus dengan pendirian beliau membidas DAP.. dengan menyatakan banyak keslahan DAP dan rakyat akar umbi pun mula loya bagai nak muntah terhadap DAP... lihat kenyataan beliau dibawah ini:
Tahniah Zulkifli Nordin kerana terus berani menegakkan kebenaran!!!
Apa pun, saya masih berpegang kepada kenyataan bahawa Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP ini kerana pada pendapat saya kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat. Ramai rakyat bawahan yang saya temui sudah mula mencurigai DAP, dan merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang saperti kaduk naik junjong!Nah itu dia.. PKR lepas ini akan lingkup.. ini adalah manusia Melayu dan Islam yang sedar diri mereka hanya diperbodohkan DAP..
Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 08 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman diantara Pakatan Rakyat; dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh DSAI sendiri. Antaranya:
1. tindakan YB ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar;
2. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng;
3. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan PKR terhadap kerajaan YAB Lim Guan Eng;
4. kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat melantik YB Ust Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir kedalam Exco ataupun sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan didalam pilihanraya kecil Permatang Pasir;
5. aduan tiga orang YB ADUN-ADUN di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak;
6. tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;
7. tindakan YB Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam;
8. tindakan YB Ronnie Liu yang tidak menghormati langsung YB Speaker Teng Chang Kim dalam sidang jawatankuasa Selcat mengenai aduan terhadap perbelanjaan peruntukkan YB Ronnie Liu yang mencurigakan;
9. Tindakan YAB Lim Guan Eng yang mahu YB Datuk Seri Zahrain Hashim dipecat sebagai Pengerusi KGBJ selepas dikritik dengan tegas oleh YB Datuk Seri Zahrain;
10. Perisytiharan dasar 'Middle-Malaysia' oleh YAB Lim Guan Eng yang pada asasnya bercanggah dengan dasar dan aspirasi Pakatan Rakyat;
Dan banyak lagi insiden, kelakuan, tindak-tanduk kepimpinan DAP yang jelas membuktikan mereka memang bersikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis, diktatorial dan, meminjam kata-kata YB Datuk Seri Zahrain, berfikiran ala komunis.
Dan yang paling peliknya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. Apakah kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan 'untouchables', sehingga menyebabkan keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi mutakhir ini!
Pada saya, demi masa depan Pakatan Rakyat, dan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara, maka Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan DAP didalam pakatan ini. Saya khuatir sekiranya tiada tindakan tegas dan jelas diambil, rakyat akan menolak Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Malahan saya mengulangi seruan supaya PAS, PKR dan UMNO duduk semeja berbincang untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah merugikan umat dan negara. Tidak ada salahnya kita membuang yang keruh, mengambil yang jernih demi untuk kepentingan umat dan rakyat negara ini.Wassalam. Adios amigos. Grasias.Zulkifli Bin Noordin [rujuk sini]
Tahniah Zulkifli Nordin kerana terus berani menegakkan kebenaran!!!
News : Isu kalimah "Allah": Raja-Raja Melayu ambil maklum permintaan
KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 yang berlangsung semalam dan hari ini, mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka mengenai penterjemahan perkataan "God" kepada "Allah".
Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini, penterjemahan itu telah banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
"Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri di negara ini.
"Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum-kaum lain.
"Raja-raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.
Raja-Raja Melayu juga berpandangan sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan sama sekali berlaku.
"Perbuatan-perbuatan khianat yang didorong oleh emosi wajib dihentikan kerana tidak direstui malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama.
"Perbuatan tersebut adalah perbuatan jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia yang telah bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
"Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha-usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam hendaklah diberikan sokongan sepenuhnya," kata kenyataan itu.
Raja-Raja Melayu juga mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan, menurut kenyataan itu lagi.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak Tuanku Azlan Shah turut membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Utusan Malaysia
Zulkiflli bakal menjadi mangsa kotor DAP
AnUwar mengatakan tindakan tegas ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.. inilah akibatnya jika menentang DAP, sahabat kesayangan ALjuburi...
"Itu pandangan peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar pakatan pembangkang serta PKR," katanya selepas menghadiri prosiding berkaitan kes perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. [rujuk sini]
Nampaknya pandangan Zulkifli tidak disenangi oleh ANuwar dan Pakatan.. adakah pemimpin yang berjuang atas landasan Islam akan dihukum oleh liberalis dan sekularis..
Adakah ini yang dimahukan oleh PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam... atau PAS bukanlah memperjuangkan Islam tetapi memperalatkan Islam sahaja untuk politik sempit mereka. PAS tidak pernah seriuspun untuk memperjuangkan Islam..
Tindakan PAS terhadap Islam sangat bertentangan dengan slogan yang dilaung-laungkan... PAS hanya berdiam diri ketika kalimah ALlah dipermainkan, PAS berdiam diri ketika isu Kartika mahu disebat, PAS juga berdiam diri mengenai isu negara Sekular pakatan dan PAS berdiam diri isu penguatkuasaan arak di Selangor, PAS berdiam diri gerai Melayu dirobohkan DAP, PAS kini berdiam diri isu Hudud dalam Pakatan..
Bahkan PAS juga berdiam diri terhadap hukuman Pemimpin Pakatan yang memperjuangkan Islam.. jadi di mana perjuangan Islam PAS yang sebenar...
Kuku DAP dapat dilihat dalam Pakatan, DAP tidak boleh disentuh dan dikritik, DAP adalah deposit pakatan rakyat untuk memerintah Malaysia.. PKR dan PAS tidak peduli hak Melayu dan Islam.

Bukti kerajaan DAP tindas penjaja Melayu, Melayu terus diperbodohkan DAP
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DMMPP) membidas kerajaan negeri DAP kerana berbohong mengenai tindakan DAP menindas peniaga Melayu Pulau Pinang.
Rizal Faris Mohideeen Abdul Kader berkata statistik darpada majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun lalu (2009) rampasan jualan penjaja tanpa lesen melibatkan 152 gerai milik peniaga Melayu, Cina 84 Gerai dan India 17 gerai. Manakala pada tahun 2008 tindakan sama mengikut kaum, 132 Melayu, 110 Cina dan 17 India.
Perbandingan ketara rampasa dibuat kepada kaum Melayu dan Cina. Melayu daripada 132 pada tahun 2008 meningkat kepada 152 gerai iaitu sebanyak 20 kes, manakala Cina pula berkurangan sebanyak 26 kes iaitu daripada 110 berkurang kepada 84 kes.
Beliau mempersoalkan tindakan negeri yang masih menipu Melayu kenapa fakta ini disembunyikan.
Manakala bagi lot perniagaan pula, terdapat 3,077 lot perniagaan. Di pasar sebanyak 1,726 disi oleh kaum Cina, 423 kaum Melayu dan 128 kaum India.
Manakala 2,762 tapak penjaja sejumlah 1,792 diberi kepada kaum Cina, Melayu (419) dan India (97).
Lim Guan Eng telah memperbodohkan orang Melayu dantelah menymbunyikan fakta yang sebenar. Ini adalah jelas sikap hipokrit dan penipu LGE. Melayu terus ditindas oleh DAP bangsat dan diperbodohkan. Dan paling malang terdapat orang Melayu yang rela diperbodohkan oelh DAP.
Kenyataan Zulkifli, kenapa DAP berdiam diri?
Biasanya tindakan berdiam diri dilihat sebagai tanda bersetuju dalam sesuatu perkara. begitu juga apa yang berlaku dalam DAP.. apabila DAP mengakui dengan 'diam' terhadap isu yang di katakan Zulkifli.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kecaman Zulkifli juga bukannya sesuatu yang penting untuk diambil kira oleh pihaknya. "Manusia memang banyak mulut, kita pun tak boleh nak tutup mulut orang yang mengata kita.
"Bagi saya ini (kecaman Zulkifli) tidak penting sama sekali,". Rakyat nampak kebenaran yang dikatakan Zulkifli terhadap DAP. DAP tidak mahu mengulas kerana ianya membangkitkan lagi perbincangan terhadap salah laku DAP. Contoh seperti kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai "duri dalam daging" bagi pakatan pembangkang.
Ini adalah kebenaran.. tindakan tidak mahu mendengar aduan dan pandangan pemimpin pasti akan memberi kesan buruk kepada Pakatan.. ini menunjukkan Patakn tidak mahu mendengar pandangan rakyat dan Pakatan tidak boleh dikritik.. jadi tindakan berdiam diri ini menunjukkan DAP mengakui salah laku DAP.. Ini semua telah dikatakan oleh ramai pemimpin Pakatan Rakyat.. DAP tidak boleh dikritik..

Kerjasama UMNO-PAS, ikhlaskah PAS?
Ini mungkin berita yang ditunggu oleh ramai bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.. ini menandakan mungkin permainan ' Pakatan Rakyat' terhadap bukan Melayu akan 'check mate' apabila melayu mula bersatu tidak kira diatas platform apa sekali pun... tidak kira dipanggil muzakarah, dialog atau sebagainya.. namun ianya permulaan baik untuk kesatuan Melayu.
Namun berita ini juga mengundang rasa tidak puas hati terhadap kesatuan Melayu dan Islam yang akan mencabar agenda Pakatan Rakyat.. pasti ada pihak yang menentang khasnya mereka yang pro-reform dalam PAS atau Pro Erdogan.. yang sentiasa tidak senang kesatuan melayu dan Islam dalam konteks yang lebih besar... kerana kesatuan ini akan dilihat memberi kerugian kepada Pakatan..
Jika dilihat konteks yang lebih besar sebenarnya pakatan gagal membawa suara melayu dan Islam dengan kukuh dan mapan. Banyak isu-isu tentang Melayu dan Islam dilihat semakin dibiarkan.. Isu seperti kuat kuasa penjualan arak, gerai peniaga Melayu dirobohkan dan Isu kalimah Allah yang banyak menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Bangsa melayu dan umat Islam
Pas Selangor mengambil langkah wajar, iaitu bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan tersebut amat baik sekiranya mampu mengukuhkan perpaduan rakyat dan agama Islam di negara ini. [rujuk sini]
Ia dibuat atas alasan untuk menamatkan permusuhan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti yang mewakili orang Melayu itu.
Pastinya tindakan PAS Selangor ini akan menimbulkan pelbagai reaksi namun yang paling kuat kedengaran ialah suara yang menentang. Isu Hasaan Ali pro UMNO, beneka UMNO, kuda trojan atau pro muzakarah pasti akan timbul kembali. Ini semua adalah suara yang dengki dan tidak senang terhadap kesatuan Melayu dan Islam.
Namun kita akan lihat sejauh mana ikhlasnya PAS dalam isu kesatuan Melayu dan Islam ini.. adakah ia hanya cakap politik ataupun ianya satu komitmen terhadap perjuangan Islam...

Langgan:
Catatan (Atom)