Popular Today

Selasa, Januari 05, 2010

Hari ini dalam sejarah : NGO Islam sepakat sokong rayuan KDN

0 Komen!!!

Dah tiba masanya untuk umat Islam bersatu dalam isu Kalimah Allah. semalam 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyokong penuh tindakan kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly.

Perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom semasa sesi perbincangan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama kumpulan NGO itu.

“NGO-NGO Islam juga menyokong semua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara serta semua penganut agama tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hari ini pula, Menteri Dalam Negeri telah secara rasmi mengemukakan permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi di sini berhubung keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan.

Permohonan tersebut difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi di kaunter pejabat pendaftaran Rayuan Kuasa-Kuasa Khas pada pukul 12 tengah hari tadi.

Tarikh untuk mendengar permohonan tersebut akan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Nik Isfahanie Abd. Rahman pada pukul 2.30 petang ini.

Ini bukan soal UMNO atau PAS.. tetapi ini soal akidah umat Islam. Semoga dengan perpaduan dan kesepakatan ini, kalimah Allah berjaya diselamatkan.. jangan sehingga tergadai... jika tergadai rasanya banyak kejadian tidak diingini akan berlaku.

– Utusan

PKR jahanam menyokong Majalah Herald gunakan nama Allah

3 Komen!!!
Hari ini PKR menjelaskan pendirian mereka mengenai penggunaan nama Allah, iaitu menyokong penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam:

Penjelasan PKR Mengenai Isu Kalimah “ALLAH”

–Kenyataan Akhbar–

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.


kenyataan tersebut telah diterbitkan di Laman WEB Pemimpin Keparat mereka DSAI, oleh Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA,)Parti KeADILan Rakyat.

Pendirian PKR jahanam ini memang tidak mengejutkan kerana ANwar secara terbuka menyokong perkara ini kepada pertubuhan Kristian Sabah pada akhir 2007 dahulu.
Perkara ini juga berlaku kerana ada kaitan Anwar mengenai perkara ini, sehigga bukan Islam berani dan biadap terhadap Islam kerana ada si Munafiq Anwar dan sekutunya!!..

Pelaksanaan Islam dilihat semakin longgar di zaman PKR, Islam semakin dicarik-carik oleh PKR... ANwar pula yang diketahui disokong oleh Kristian dan Yahudi... PKR ialah agen Kristian dan Yahudi di negara ini.

Hujah mereka bahawa bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan dan menyokong dengan ayat AlQuran. “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38), “Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Namun perlu difahami, pengertian ayar Quran di atas membawa makna kepada kesucian Nama Allah, Allah Maha Esa... bukan untuk disyirikkan sebagaimana yang mahu digunakan oleh majalah Herald. Perkara ini perlu dibezakan.. begitulah syiar Islam semakin lama semakin terhapus di negara kerana ada manusia berwajah Yahudi ini yang semakin hari semakin mencabut keistimewaan Islam di Negara Ini.

Ini semua bukan kerana nama Allah yang mahu mereka menyokong, PKR tidak hirau nama ALlah dihina, apa yang dimahukan PKR ialah undi bukan Islam dan mereka mahu dilihat sebagai hero untuk perkara ini.

Kenapa ianya berlaku sekarang dan bukan 50 tahun dahulu, Mashitah berkata Tindakan majalah mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mereka adalah berunsur provokasi terhadap umat Islam di negara ini, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, pihak terbabit menyedari Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dikuatkuasakan di negara ini jelas menunjukkan penerbitan bukan agama Islam tidak dibenarkan menggunakan kalimah berkenaan.

"Sudikah mereka ini menggunakan dalam bahasa Inggeris juga ditukar 'The No God Except Allah' macam itu, tetapi mereka hanya hendak menggunakan dalam bahasa Melayu saja,"

Tindakan PKR ini sangat keji, kita harus menyelidiki tujuan sebenar gerakan Kristianisasi...

Umat Islam harus bangun menentang PKR Jahanam ini... jangan biarkan Agama Islam terus dihina dan dikeji!!!

Bila Sultan Kelantan pun di'temberang' Nik Aziz

3 Komen!!!
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mempersoalkan laporan panel kesihatan yang merumuskan tahap kesihatan ayahandanya tanpa melawat dan memeriksa baginda.

Beliau yang menyangkal laporan panel yang dibentuk oleh kerajaan negeri itu, percaya ada motif tertentu di sebalik laporan itu yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Sejak ayahanda dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, mereka tidak pernah melawat dan menjalankan pemeriksaan.

"Bagaimana mereka boleh mengeluarkan laporan yang merumuskan tahap kesihatan terkini ayahanda," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Menurutnya, tahap kesihatan baginda lebih baik berbanding apa yang digambarkan oleh panel berkenaan.

Hari ini, Nik Abdul Aziz mengadakan sidang akhbar di pejabatnya mengenai laporan kesihatan baginda yang dikeluarkan oleh panel berkenaan yang merumuskan bahawa keadaan Sultan Kelantan itu stabil dan boleh dibawa pulang untuk rawatan susulan di tanah air.

Menurut laporan panel itu, baginda masih tidak dapat menggerakkan tangan dan kedua kaki manakala daya penglihatan dan pertuturan baginda masih lemah.

Tambah Nik Abdul Aziz, laporan itu menyebut baginda kini diberi makan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Menurut Tengku Muhammad Fakhry, penubuhan panel perubatan itu tidak pernah dimaklumkan kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Al-Marhum Tengku Abdul Hamid.

"Saya tidak tahu bagaimana panel ini boleh memantau dan menyediakan laporan perubatan. Lebih-lebih lagi memandangkan baginda tidak pernah memperkenankan apa-apa maklumat perubatannya kerana kesemua ini adalah hak peribadi tuanku," katanya.

Pada sidang akhbar berkenaan, Tengku Muhammad Fakhry yang merupakan anakanda ketiga Sultan Kelantan turut membacakan laporan mengenai keadaan kesihatan baginda yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan.

Antara isi kandungan yang dibacakan beliau menunjukkan bahawa keadaan baginda adalah lebih baik berbanding laporan perubatan yang dikeluarkan oleh panel yang dilantik kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya dalam tempoh terdekat ini untuk mengambil tindakan.

Beliau mendakwa, Nik Abdul Aziz sendiri tidak pernah mematuhi titah baginda yang dibuat melalui panggilan telefon sebanyak dua kali pada penghujung Disember lalu meminta Menteri Besar itu menghadapnya.

"Saya percaya sekiranya Menteri Besar berbuat demikian, maka beliau boleh melihat sendiri perkembangan kesihatan baginda atau mendengar sendiri titah baginda," jelasnya.

Ps: Dengan Tuhan pun Nik Aziz dah temberang,.. ni apakan lagi dengan Sultan... biasa dah tuh..

Sumber : Utusan Malaysia

Kongsi Link Anda