Popular Today

Selasa, November 25, 2014

ISMA : Pak Samad buta fakta!

6 Komen!!!



Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melancarkan serangan keras kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang didakwa bertindak bagi “pihak tertentu” berhubung isu ancaman terhadap Islam dan Melayu.

Merujuk kenyataan Samad bahawa isu itu ditimbulkan secara bermusim, ISMA berhujah, mereka tidak faham kenapa penulis itu berkata sedemikian.

“Jika kenyataan itu datang daripada ahli politik yang menggunakannya sebagai alasan, ia boleh difahami, kerana mereka sering lakukannya untuk menyembunyikan kebenaran,” kata Ketua Unit Kajian Dasar ISMA Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Beliau mendakwa Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad dan beberapa pemimpin Melayu sudah dimanipulasi oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan hak kewarganegaraan.

Badhrulhisham mempersoal jika tokoh Melayu itu “buta atau naif berhubung fakta itu”.

“Bukti jelas, acara dan petisyen untuk mencabar Islam dan Melayu sudah ada sejak beberapa tahun di negara ini, menunjukkan ada ancaman yang benar,” katanya.

Samad semalam berkata dakwaan bahawa Melayu dan Islam sedang terancam hanya timbul secara bermusim menjelang pilihan raya dan perhimpunan agung Umno.

Walaupun lakonan Azmin Ali tetap berbangga

0 Komen!!!


SHAH ALAM: Azmin Ali mendakwa dalam tempoh 63 hari beliau menjadi Menteri Besar Selangor, negeri itu semakin bersih, harmoni dan menyaksikan ekonomi makin berkualiti.

"Kami turun ke lapangan. Kami terjun dan terjah demi menyantuni dan menyelami aspirasi rakyat.



"...bagi pastikan semua masalah berkaitan kerja-kerja pembersihan awam dan sisa pepejal, sampah pukal, longkang tersumbat dan pokok-pokok di bahu jalan yang tidak diselenggara, diselesaikan segera untuk jamin kesejahteraan rakyat," katanya ketika membentangkan Bajet Selangor 2015, hari ini.

Rumusan dari saya.... x de dasar baru yang dibuat oleh Azmin.. banyak lakonan depan kamera jek..






Kongsi Link Anda