Rakyat Johor telah sinonim antara rakyat mempunyai pendidikan agama terbaik negara.
Johor adalah negeri pertama menjadikan pendidikan agama di bawah kerajaan negeri semenjak awal 1900 lagi.
Rakyat Johor sehingga kini masih berbangga dengan sistem pendidikan agama mereka.
Apabila terdapat sesuatu isu seperti parti liar ini sememangnya tidak boleh diterima oleh rakyat Johor.
Akhirnya mereka telah bangkit dan menentang parti liar tersebut.
Akhirnya pihak penganjur parti tersebut telah membatalkan program jahiliah tersebut.
Inilah kelebihan rakyat Johor kerana mereka bersatu..
Pihak MPJBT juga telah buat laporan polis dan bersedia bersama pihak polis dan pejabat agama untuk buat tindakan.