Popular Today

Selasa, Jun 03, 2014

Wajar letak kepercayaan pd Jakim

4 Komen!!!

Berhubung isu coklat Cadbury, saya berpendapat:

1) Rakyat Malaysia beragama Islam wajar meletakkan kepercayaan kepada bahagian Halal JAKIM yang merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia. Saya yakin SOP mereka dan juga tahap profesionalisme mereka di dalam isu pelabelan halal boleh diyakini. Sebarang penyalahgunaan label mereka adalah di luar kawalan makmal mereka. Keputusan JAKIM yang mengesahkan bahawa dua jenia coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi (porcene) adalah tidak benar dan status kehalalannya kekal adalah wajar dipercayai dan diiktiraf oleh rakyat Malaysia beragama Islam.

2) Keputusan Jabatan Kimia menguatkan lagi dan mengesahkan lagi kredebiliti pengesahan JAKIM. Jabatan Kimia merupakan pihak yang tiada kepentingan di dalam isu ini, dan pihak yang lebih lama mempunyai reputasi dan kredebiliti di dalam hal ini. Hasil kajian mereka sewajarnya diterima dan dijadikan kata pemutus berhubung penemuan DNA babi di dalam dua jenis coklat Cadbury. Kedua-dua JAKIM dan jabatan Kimia adalah 'ahl dhikr' (pihak yang mempunyai autoriti di dalam bidang mereka) yang wajar dijadikan rujukan oleh rakyat Malaysia beragama Islam di dalam isu halal dan haram.

3) Pihak KKM wajib bertanggungjawab untuk bersikap telus demi menjaga kredebiliti mereka. Sumber coklat yang mereka uji, pihak yang telah menyerahkan sampel tersebut dan juga pihak yang telah membocorkan maklumat hasil kajian mereka kepada media sosial yang sepatutnya dirujuk kepada JAKIM sebagai pihak yang berautoriti perlulah didedahkan dan mengambil tanggungjawab. Hal ini amat perlu berteraskan konsep transparency (ketelusan) dan akauntabiliti. Tindakan ini juga perlu memandangkan apa yang berlaku dan ditumbilkan oleh pihak KKM telah menyebabkan suasana tidak tenteram dan kegelisahan melampau di kalangan rakyat Malaysia beragama Islam.

4) Pihak Cadbury sebagai sebuah syarikat pengeluar coklat bertaraf antarabangsa wajar diakui ketinggian integriti mereka, terutamanya di dalam proses pengeluaran dan persijilan. Kekeliruan yang timbul tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menjatuhkan langsung nama dan juga reputasi syarikat berkenaan yang telah bersikap profesional dan tidak gopoh di dalam mendepani isu tersebut. Walau bagaimanapun, demi memperbaiki kerosakan imej mereka yang kritikal di kala ini, samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, mereka perlulah menubuhkan badan penasihat Syariah atau Halal advisory council untuk memantau proses pembuatan mereka dan memberikan keyakinan kepada para pelanggan Muslim samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Penubuhan Syariah advisory council di pihak Cadbury juga akan meningkatkan kredebiliti Cadbury untuk jangkamasa yang panjang.

5) Bagi pihak konsumer Muslim di Malaysia pula, sikap kepekaan dan sensitiviti berhubung halal haram  berhubung isu Cadbury amatlah dihargai. Hal ini menunjukkan bahawa penjagaan Syariat, walaupun dalam isu terpilih, masih mengalir di dalam pengamalan rakyat Muslim terbanyak. Walau bagaimanapun, sikap reaksi melampau sesetengah pihak yang merupakan kesan normal di kalangan rakyat Melayu Muslim di dalam berhadapan isu yang berkaitan sentimen perlulah diperbaiki di masa-masa hadapan. Konsep bertenang dan tidak mudah melatah, sikap profesional di dalam menerima sebarang maklumat di media-media sosial dengan bersikap kritikal dan memastikan kesasihan sumber perlu dipertingkatkan. Islam amat menitil beratkan sikap profesional dan sikap berhati-hati di dalan menerima maklumat, bertindak di atas maklumat yang tersebar mahupun di dalam membuat apa-apa hukuman ke atas pihak yand dituduh aehinggalah bukti dan juga penghukuman telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti.

6) Di samping itu, umat Islam juga perlu mengelakkan menghukum sebelum sesuatu isu itu diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab perlu diamalkan. Sikap kegopohan dan tidak cermat di dalam membuat kenyataan seperti ingin membakar kilang Cadbury, ingin menyaman, memaksa Cadbury menanggung prosea penyucian darah dan juga menyebarkan teori konspirasi bahawa pihak musuh Islam ingin merosakkan umat Islam melalui coklat Cadbury ataupun lebih malang menuduh bahawa JAKIM atau kerajaan BN mempunyai kepentingan di dalam syarikat Cadbury adalah terlalu emosional, tidak berjejak di atas fakta dan terlalu prejudis serta tidak Islamik. Sikap tidak Islamik seperti ini tidak akan membantu umat Islam mahupun agama Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, dengan bersikap profesional, ia tidak bermaksud umat Islam tidak perlu peka dan tidak sensitif di dalam isu-isu pengguna. Umat Islam wajib pro-aktif di dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan dan isu halal-haram berdasarkan tuntutan prinsip 'Islah' yang sentiasa lestari di dalam Syariat Islam.

7) Berdasarkan sikap pro-aktif di dalam isu halal haram, umat Islam di Malaysia juga wajib meluaskan momentum mereka di dalam memerangi riba, rasuah, penyalahgunaan wang awam dan juga ketirisan di dalam penggunaan dana negara. Keharaman riba, rasuah dan salahguna wang rakyat di pihal mana sekalipun adalah lebih besar dari isu coklat Cadbury.

8) Golongan intelektual Muslim perlulah menjadi kumpulan yang memberikan pencerahan, bimbingan dan panduan ketika rakyat dilanda kegelisahan kolektif kerana dilanda isu sensasi yang berkait dengan sentimen. Mereka tidak seharusnya bersikap gopoh, melatah dan terlalu populis dengan mengikuti arus yang timbul tanpa berpihak di atas fakta, metod yang sahih dan juga tahap profesionalisme yang tinggi.

Dr Maszlee Malik
Pensyarah kanan
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh,
Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Syabas!!! Akhirnya DS Najib saman Malaysiakini

1 Komen!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung pembaca komen yang disiarkan oleh portal berita itu.

 Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.

 Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan; Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

 Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh. Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun.

WAN AZIZAH BUAT LAWAK.. HAHAHA

0 Komen!!!

KESIAN JIJAH NI.. NAMA SAHAJA PRESIDEN TAPI DUNGU.. DAH NAMA PEMILIHAN PKR.. MESTILAH AHLI SAHAJA YANG BOLEH MENGUNDI.. NI NAK TUDUH PIHAK LUAR YANG TIADA KUASA UNTUK MENGUNDI BUAT KECOH PULAK... 





PAS gunakan isu halal untuk tutup isu kegagalan Hudud

0 Komen!!!
49a3a5f69fc67d347b288aaffef3c554
HARAKAH mula memainkan peranannya mengelirukan rakyat berhubung isu penemuan DNA babi dalam coklat Cadbury apabila memutar belitkan fakta setelah JAKIM semalam mengesahkan tiada DNA babi dijumpai dalam sampel yang diambil di kilang pengeluaran coklat tersebut.

Cara selamat yang digunakan Harakah ialah dengan memetik beberapa kenyataan beremosi oleh pengguna laman sosial berhubung isu sama, dengan mereka sendiri sekadar mengulas di permukaan saja, tidak langsung menyentuh aspek teknikal yang diperlukan bila membincangkan hal-hal sedemikian.

Sebetulnya tidak ada apa yang perlu dikelirukan.

Pertama, yang mula-mula menjumpai DNA babi ini ialah Kementerian Kesihatan, bukan JAKIM.  Kedua, prosedur yang digunakan kedua agensi ini mungkin berbeza kerana Kementerian Kesihatan menumpu kepada aspek keselamatan makanan, sementara JAKIM menumpu kepada aspek halal/haram.

Yang diperlukan sekarang ialah untuk Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan pula bagaimana mereka memperolehi keputusan yang menunjukkan penemuan DNA babi itu dan dari mana sampel itu diperolehi.  Ada kemungkinan sampel itu diperolehi dari coklat yang dikeluarkan bukan dari negara ini atau pencemaran semasa ujian dijalankan.

Itu saja.

Lagipun apa nak kecoh-kecoh sebab dalam soal halal/haram makanan ini, pokok pangkalnya ialah keyakinan kita.  Kalau tidak yakin, lebih baik jangan makan, senang, apa yang susah sangat?  Coklat cardbury ini bukan makanan ruji pun, makanan sampingan saja.

Bercakap tentang para di atas, inilah antara yang buat penulis susah sangat nak faham kenapa Harakah bersungguh-sungguh mempolitikkan isu ini?  Adakah kerana nak jatuhkan kredebiliti kerajaan atau nak jatuhkan kredebiliti JAKIM saja?

Maklum sajalah, sejak jawatankuasa untuk mengkaji perlaksanaan hudud ditubuhkan antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan yang diwakili JAKIM, agensi itu memang menjadi serangan penyokong PAS yang tidak berpuas hati kenapa parti kesayangan mereka perlu merujuk kepada JAKIM untuk melaksanakan hudud.

Seolah-olahnya ulama dalam PAS tak cukup ilmu sehingga perlu merujuk kepada JAKIM.  Tak sebut lagi, isu hudud ini ditimbulkan kembali semata-mata untuk menjaga air muka Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub yang berjanji meletak jawatan kalau hudud tidak dilaksanakan sepanjang dia berkuasa, bukan betul-betul nak laksana pun.

Tapi nak kondem terang-terang tak berani, biasalah PAS, sebab itu isu coklat ini dijadikan peluru untuk menjatuhkan kredebiliti JAKIM, supaya bila perbincangan hudud ini mencapai jalan buntu besok, JAKIM boleh dipersalahkan kerana tidak layak dan sebagainya dengan mengambil isu DNA babi ini sebagai contoh.

Nampak macam tak berkaitan (coklat & hudud) tapi bagi siapa yang biasa dengan politik PAS, ini bukanlah satu keganjilan, tapi memang modus operandi yang biasa.

sumber : Mykmu

Tahniah Kerajaan Negeri Johor berjaya lancarkan Pelan Suara Hati Johor!!

0 Komen!!!


Kerajaan negeri Johor, baru-baru ini telah melancarkan Pelan Suara Hati Johor dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Selanjutnya ikuti kenyataan penuh dari YAB. Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, berkaitan Pelan Suara Hati Johor yang telah beliau lancarkan, Sabtu lalu.

"Pelan Suara Hati Johor yang saya lancarkan pada Sabtu merupakan pemacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan usahanya menangani segala permasalahan rakyat masa kini dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Pelan ini merupakan satu pelan pencapaian yang berlandaskan permantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani tuntutan semasa rakyat sekaligus menjurus ke arah pembangunan negeri yang mapan  secara berterusan sehingga tahun 2018. Budaya dipacu prestasi akan terus menjadi budaya baru dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan semua projek dan program mempunyai sasaran yang boleh diukur.

Tidak ada lagi retorik, omongan politik dan pembangunan kosong, semua projek dan program akan melalui proses penilaian

Kita buka ruang untuk rakyat Johor menyatakan apa yang mereka perlukan. Kita perhalusi setiap cadangan dengan tekun. Kita bincang bagaimana sesuatu itu boleh dilaksanakan dalam konteks pembangunan mengikut acuan kita

Setiap exco yang bertanggungjawab diberikan petunjuk prestasi tahunan sebagai sasaran untuk dicapai. Mereka kemudiannya akan dipantau dan diukur prestasi masing-masing menggunakan indeks dikenali sebagai Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) oleh badan bebas yang dilantik.

Tujuh fokus itu adalah meningkatkan tahap keselamatan, menyediakan perumahan mampu milik, menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur, memartabatkan agama Islam, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan.

Fokus pertama membabitkan keselamatan selepas semua rakyat menyatakan keprihatinan terhadap keselamatan kerana masing-masing mendambakan Johor yang bebas jenayah.Rakyat mahukan keadaan keselamatan dipertingkatkan dan saya berjanji akan meletakkan keselamatan negeri di atas segala-galanya.

Fokus kedua pula mengenai pertumbuhan ekonomi yang mapan secara adil kerana rakyat mahukan pekerjaan dan bukan ihsan, malah memerlukan kehidupan lebih bermaruah dengan pendapatan yang membolehkan mereka berdikari.


Ketiga pula membabitkan tempat berlindung sebagai hak asasi yang mana memiliki rumah bukan lagi keperluan, tetapi hak yang mesti mampu dimilikiSaya memahami betapa peritnya untuk melihat sektor perumahan tumbuh dengan pesat, tetapi tujuannya untuk ditawarkan kepada warga asing dengan harga yang amat luar biasa tingginya.

Keempat pula mengenai kos kehidupan di Johor yang diharapkan lebih munasabah dan sesuai dengan pendapatan.Rakyat merasa terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan dan perlu ditangani

Ramai yang merasakan kemudahan awam Johor jauh dari memuaskan, sedangkan Johor yang maju dan moden mesti mempunyai prasarana setara negara maju sebagai perkara asasi sebagai fokus kelima.

Kemudahan kesihatan yang baik dan bermutu tinggi menjadi fokus keenam kerana rakyat bukan sahaja memerlukan kemudahan kesihatan yang mudah didapati, malah kepakaran yang terbaik.

Akhirnya, di sebalik semua keperluan material dan asasi, rakyat juga mahukan pemerintahan dan masyarakat Johor yang Islamik serta berpegang kepada agama dan nilai. Semua ini adalah hasrat sebenar rakyat Johor. Ia adalah setulusnya suara hati rakyat Johor, tetapi saya tidak boleh hanya menjadi pendengar yang baik sahaja.

Saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran negeri mesti respons secara objektif, praktikal, terancang dan mempunyai impak kepada tujuh fokus utama ini. 

- YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Besar Johor.

Dibawah: Gambar sekitar Hari Terbuka Pelan Suara Hati Johor yang telah berlangsung di Madini Mall, Nusajaya pada Sabtu, 31Mei lalu.









sumber : Mael Pengerang

Kongsi Link Anda