Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”
Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.”
Mengulangi gesaannya supaya wujud respons yang boleh membawa kepada pembaharuan dalam arkitektur kewangan bagi mencipta Bretton Woods 2, Najib yakin kesedaran telah muncul di kalangan negara-negara maju, misalnya seperti ketetapan mengenai isu keberkesanan sistem Bretton Woods yang dimasukkan dalam Deklarasi Washington Kumpulan 20 (G-20) baru-baru ini dan dicerminkan juga dalam kenyataan para pemimpin APEC pada sidang kemuncak di sini.
“Sekarang ini ekonomi mereka yang kena, jadi mereka sedar bahawa mereka sebenarnya telah tersilap langkah.
“Sekarang ini mereka sedar penyusunan semula kepada struktur kewangan dunia perlu dilakukan. Pembaharuan struktur kewangan ini perlu diambil kira sekiranya kita hendak membendung kemungkinan perkara seperti ini berulang lagi,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangaan berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.
Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.
“Tidak diketahui banyak mana yang sebenarnya yang telah diurus niaga setakat ini.
“Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya.
Krisis kewangan global setakat ini menyebabkan pakej menyelamat AS$750 bilion terpaksa diumumkan di AS manakala banyak bank dan syarikat di AS dan Eropah terpaksa diambil alih oleh kerajaan.
“Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.
“Oleh itu, sidang kemuncak APEC ini mencadangkan rangsangan fiskal dilakukan secara terselaras antara negara-negara APEC dan bukan APEC,” jelas Najib.
Beliau menambah, beberapa negara APEC seperti China dan Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan fiskal masing-masing tetapi “kita mengambil langkah ini berdasarkan keputusan domestik.”
Menurut Najib, terdapat kebimbangan para pemimpin pertubuhan itu yang menyuarakan tiada satu ketetapan dibuat berdasarkan kepada apa yang diperlukan oleh ekonomi global untuk mengelakkan dunia tergelincir dalam kemelesetan. Katanya: “Kalau ada satu perancangan yang lebih terselaras, maka suntikan daripada setiap negara APEC itu boleh dilihat dalam konteks menyelamatkan dunia daripada kemelesetan global.”
Para pemimpin pertubuhan yang mengamalkan dasar tidak terikat itu, kata Najib, bersetuju dengan saranan tersebut dan bersedia menyelaraskan pakej rangsangan fiskal anggota ekonomi masing-masing bagi menambah perbelanjaan selain meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada para pengguna. “Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan,” katanya.
Najib juga berkata, apa yang menarik dalam sidang kemuncak itu ialah setiap pemimpin negara APEC yang bercakap, tiada seorang pun yang tidak menyentuh mengenai bahaya dasar perlindungan terhadap ekonomi dunia. “Dalam menghadapi keadaan ini, apa yang perlu dilakukan adalah menentukan perdagangan dunia merupakan sistem yang bebas dan terbuka. Sehubungan itu sidang kemuncak ini juga menetapkan supaya segala usaha dilakukan bagi memastikan rundingan perdagangan bebas Pusingan Doha dapat dimuktamadkan pada bulan Disember,” katanya.
Rundingan Pusingan Doha yang dimulakan pada 2001 mencapai kebuntuan pada Julai lalu berikutan pertelagahan antara AS dan India berhubung perdagangan kapas.
kata aspirasi : Dunia kini telah mengakui kesilapan mereka 10 tahun lalu kerana tidak mengikuti langkah Malaysia untuk merombak struktur ekonomi Dunia... tapi terdapat seorang rakyat kita pada zaman tersebut yang terlalu mengangungkan IMF dan pengikut setia IMF. Pada hari ini yang kini menjawat jawatan ketua pembangkang Malaysia.. agaknya kalau beliau jadi PM pada masa tersebut nescaya ekonomi negara pasti lingkup sekarang ini... tapi ramai rakyat kita tertipu dengan tokoh ini.... Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim al-penipu
Popular Today
Isnin, November 24, 2008
PATUHI KELUHURAN PERLEMBAGAAN BUKAN SENTIMEN
Kebelakangan ini timbul dengan isu papan tanda pelbagai bahasa oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan juga pengharaman Yoga. Bagi isu papan tanda dan pengharaman yoga terdapat satu persamaan iaitu terdapat pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang menggunakan nilai-nilai universal untuk kepentingan mereka.
Bunyinya memang indah tetapi sebenarnya secara tidak langsung telah membelakangkan keluhuran perlembagaan negara yang sepatutnya menjadi amalan rakyat negara ini.
Bagi kes papan tanda memang terdapat isu sentimen yang jelas iaitu menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris... Apabila terlalu mengikut sentimen kita akan membelakangkan keluhuran perlembagaan di dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Apakah kita sebagai rakyat akan membiarkan bahasa Melayu ini dikebelakangkan dan ditinggalkan sebab yang memerintah terdiri dari kalangan bukan Melayu seperti di Pulau Pinang. Pencabulan secara jelas undang-undang dan perlembagaan negara sepatutnya sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.
Begitu juga dengan isu pengharaman yoga, Majlis fatwa telah memutuskan ‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah".
terdapat pihak juga yang memainkan sentimen dan mewajarkan atas alasan senaman untuk kesihatan tanpa melihat latar belakang dan amalan senaman tersebut. Di dalam Islam, sesuatu yang jelas apa yang baik dan tidak baiknya semua datang dari Allah SWT, kesihatan, kesakitan, kekayaan, kemiskinan dan sebaginya. Bagi amalan yoga kita tidak boleh mendakwa semata-mata kita baik dan sihat kerana amalan tersebut kerana ini bertentangan dengan prinsip Islam. Apa yang manusia buat ialah hanya usaha dan yang menentukan adalah Allah SWT. DiDalam Islam juga, terdapat satu prinsip yang tidak boleh dilanggar iaitu "tiada Tuhan Selain Allah". Maka jika sesuatu amalan yang mempunyai unsur-unsur walau sekecil manapun ianya dalah haram tanpa kompromi. Inilah prinsip utama iaitu beriman kepada Allah SWT. Oleh itu, perkara ini tidak boleh dipertikaikan pihak tertentu, khasnya pertubuhan yang bukan Islam kerana ini adalah urusan hal ehwal orang Islam yang mempunyai prinsip dan syariahnya tersendiri.
Seperti Isu papan tanda, protes terhadap pengharaman yoga juga sebenarnya ialah pencabulan terhadap Kedaulatan Undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi persekutuan. Apabila terdapat pihak di negara ini yang membuat keputusan dengan membelakangkan perlembagaan, pihak ini mestilah ditolak oleh rakyat. Kerana walau kecil sekalipun pencabulan ini pastinya jika dibiarkan ianya akan menjadi barah kepada rakyat apabila terdapat pihak yang membuat sesuka hati...
Sudah cukup pencabulan Perlembagaan setakat ini dan ianya perlu dihentikan.... tindakan tegas perlu diambil bagi memelihara keluhuran perlembagaan...

Langgan:
Catatan (Atom)