DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.
Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.
“Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.
“Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.
“Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun,” katanya.
Manakala lakonan terbaru PKR di Selangor pula...
Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah terkejut dan kesal dengan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendesak kerajaan negeri merombak barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai "mahkamah".
Beliau berkata Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat, perlu bertindak lebih proaktif untuk memahami dasar-dasar kerajaan negeri jika berasa tidak puas hati dan musykil terhadap pelaksanaannya.
"Puak PEROSAK Rakyat ni, agaknya perlu masuk kelas drama, biar profesional sikit taklah nak kantoi bila berdrama..
"Saya berharap YB Azmin Ali membuat siasatan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang tersalah sasaran," kata Yong dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Azmin meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak barisan anggota exco yang didakwanya gagal melaksanakan tugas.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat desakan berkenaan kerana antara lain dipercayai kecewa dengan pelantikan anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kegagalan barisan exco memajukan Selangor.
Azmin turut membidas fungsi MTES yang menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan prejudis, sekali gus dikatakannya tidak baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi Selangor.
Yong juga berkata Azmin tidak sepatunya menyalahkan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hanya kerana beliau mengumumkan senarai anggota PBT yang tidak lengkap bagi penggal 2009/2010.
"Kejadian ini berlaku kerana salah satu parti komponen (Pakatan Rakyat) tidak dapat menyelaraskan senarai anggota PBT parti tersebut pada masa yang ditetapkan dan mengakibatkan YB Ronnie Liu terpaksa membuat pengumuman pada tarikh yang dijanjikan oleh kerajaan negeri," kata beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri.BERNAMA