Popular Today

Isnin, Februari 23, 2009

Pakatan Rakyat ialah Malayan Union alaf baru

Beriut adalah antara butiran penubuhan Malaysan Union :-

Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja.

Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan.

Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor.

Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.

Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.

Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam.

Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'

Apa pandangan anda, rasanya banyak persamaan Malayan UNION dengan Pakatan Rakyat:

1. Pakatan Rakyat mahu hapuskan sistem beraja lebih dahsyat dari Malayan Union.

2. Mahu menghapuskan Hak Keistimewaan orang Melayu pun sama macam Malayan Union

3. Meletakkan kaum Melayu sama taraf dengan kaum bukan Melayu ataupun pendatang.

4. Warganegara mempunyai hak-hak yang sama sama seperti membenarkan tempat ibadat Islam sama taraf dengan bukan Islam sebagaimana di Selangor.

5. Menghapuskan DEB dan memberi hak sama rata tanpa diskriminasi pun sama macam Malayan UNION.

Kesimpulannya memang sah Pakatan Rakyat ialah Malayan Union alaf baru.... jadi Melayu perlu bersatu dan singkirkan mereka... kan senang hidup.

19 ulasan:

Syammil berkata...

masih ramai lg melayu yg buta..sedih..

Mohd Kamal Adzrin berkata...

Idea bangang saper nih? Setahu aku UMNO yang telah menarik kekebalan raja2 melayu thn 1993. Bacala rang undang2 1993 yg disampaikan oleh mahathir dulu. Terang2 dia telah menghina raja melayu. Apakah korang ni buta sejarah? Saper yg banyak hina raja melayu kalau bukan UMNO. skarang pulak korang nk jd jaguh pembela melayu konon....ppttuuihhh

Tanpa Nama berkata...

wow syammil n kame! korang dua yg buta and bangang sebenarnya.. sume org tahu anwar yg MEMPERJUANGKAN rang undang2 tu bengong!! tujuan rang undang2 tu disebabkan tindakan bodoh sultan johor bunuh caddie dier.. lain kalo bc sejarah.. itu laaa dah taksub sgt ngan parti politik sampai betul ngan salah pon x tau nak beza

red rooster berkata...

Salam bro,
Toksah la nak bertengkar. Tengok kepada apa yang berlaku di Perak bila PR berkuasa, memang susah lah nak dipersetujui bahawa PR boleh dijadikan sbg option kpd Melayu.

Tai berkata...

hahaha, cuba tengok, pembangkang ni memang sah buta sejarah. Dia dok kira kes 1993. Apa yang dilakukan pada 1993 ialah nak menjaga raja-raja dan sultan supaya tidak dibenci rakyat. Pada masa itu, anak sultan johor ada buat hal. Masa itu juga hangat kes jurulatih hoki kena pukul dek anak raja. Ada baca sejarahkah? jadi mahu atau tidak mahu, demi menyelamatkan raja dan sultan supaya tidak dibenci rakyat, sedikit pindaan perlembagaan dibuat untuk menjaga kedudukan raja dan sultan di Malaysia ini.

Tanpa Nama berkata...

buat pencacai umno...sapa kata Pakatan rakyat sama denganMalayan Union

1.UMNO hapuskan imuniti raja melayu....1983,1993...tabalkan raja sendiri kat kelantan...kata sultan binatang tahun 2008....bergaduh dengan sultan perak...sapa lagi bekas MB...ayah Tajol rosli.......masa tu pas? pkr? DAP? yang perintah malaysia?barua umno buat apa masa tu? buat blog ke? kakaaahhh

2.hapuskan hak keistimewaan melayu
mana.....mana dia tuisan jawi sekarang?..mana dia biasiswa untuk anak melayu sekarang.....kuota matrikulasi dah bukak untuk bangsa cina India...mana dia tanah rizab melayu yang semakin susut...tengok la tanah untuk anak bangsa...kat kag berembag..kat kerpan...kat rpt bujal kemaman....banyak lagi...anak bangsa melayu dihalau dari tanah sendiri macam anjing.....sapa perintah waktu tu...pas ke UMNO?pkr ke UMNO? dap ke UMNO?
kelantan 100% melayu...orang melayu perintah kenapa tak bantu???hoi barua sudah la jangan la taksub sangat..tu ambik balik pulau batu putih dari singapura....nanti ko aspirasi bila wilayah Iskandariah dah siap..boleh la beli rumah kat situ..tak mahal pun setakat 1/2 juta hingga 3 juta aje sebuah...ajak la ramai-ramai orang melayu pi beli....takut nanti habis cina sinapura booking habis.ko kan orang johor

3.pronsip jus soli..siapa benarkan orang cina dan india dapat kerakyatan?????UMNO lah hoi....dapat ke pergi masjid sama-sma...tahun 2004-mac 2008 semua masjid kat selangor kena rantai..tiada majlis ilmu...tiada tazkirah......siapapunya angkara...umno la sapa lagi....

4.Buat barua umno tanya la kekawan satu parti...tanya mca...tanya mic mereka mau ke ketuanan melayu tu..tanya la chua soi leck...tanya la 9 orang menteri mca dan mic yang secara terbuka meminta supaya kuasa mahkamah syariah dikurangkan kuasanya....siapa punya angkara?????umno lagi

5.DEB...hoi mangkuk lain kali belajar banyak sikit...lepas tu baru posting dalam blog baru la nampak bijak.....deb..serampang 2 mata..basmi kemiskinan dan harta negara 30% buat bumiputera....sekarang deb dah gagal...tengok negeri paling iskin di malaysia..bansa melayu paling ramai trengganu......30% ekuiti negara? pi tanya khairy macam mana boleh beli saham ecm Libra 9 juta....dapat pinjaman..bank mana bagi?....tanya la scomi? tanya la semua ketua bahagian umno ...jkkk dapat duit untuk diri sendir ke untuk anak bangsa.......tu duit rasuah (politi wang???)beratus ribu untuk pemilhan umno...untuk anak bangsa ke? pilih pemimpin untuk anak bangsa melalui siapa yang paling banyak duit??? bangang sungguh la.....puak-puak umno nie...

5 Buat sedingin salju...lain kali gunalah mata hati ..jangan putar belit isu......itu tahun 1993...tahun 1983 lagi umno dah mula menderhaka....pi tanya shahidan kasim..ahli parlimen waktu tu...apa dia cakap kat sultan melayu...habis semua sultan melayu ditelanjangkan.....ko nie buta sejarah betul...lain kali suruh la orang lain beli buku sejarah bebanyak sikit...dulu ko tanya tajol rosli apa ayah dia buat kat sultan Perak.....ko nie memang buta sejarah...tanya Anuar musa..bwak sepupu sultan kelantan epas tu tabalkan sultan kelantan baru(sultan haram la) di padang bola di bawah poko ketapang...tanya anuar musa apa dia buata waktu tu..ke ko tu tak bukak buku sejarah...yalah sejarah penderhakaan umno kepada orang melayu dan sultan melayu buat apa nak hebohkan.....jadi malayan union=umno= rasuah......tanyala perwakilan putera,puteri,wanita...pemuda..kan tengku Rethauddin dah cakap.....potong semua bahagian yang sudah rosak..barulah penyakit kencing manis(rasuah umno) akan pulih.....

jadi lain kali alu nak menulis...atau bagi komen jangan la bangang sangat.....sedingin salju.....pi tanya bekas ketua menteri pulau pinang...berapa tanah rizab melayu kat penang sekarang.......tanya kenapa tiada orang melayu berniaga di pulau .....ada mamak nasi kandar..boleh la.....tanya kenapa umn bukit bendera koyak gambar dia......

Tai berkata...

Buat hang yang bodoh sombong serta ngok bercampur tongong, janganlah pakai alasan dan cerita lapok ni. Dah malas dah nak tulis cerita 1993. Dengan si bodoh=sombong=dungu ni, tak payah kiralah.

Tanpa Nama berkata...

SEDINGIN SALJU MEMANG TONGONG DAN BENGONG CAMPOQ PULAK DGN BUNGA RAYAU,MIE TERBAH BALAM LUBANG LUBANG TAIK LAGI LAGILAH TERSERLAH KEBANGSATAN(UNITED MUSHRIKIN/MUNAFIQIN NATIONAL ORGANISATION)

Rata-rata rakyat Malaysia tidak akan lupa dua peristiwa besar yang melibatkan Raja Melayu di Malaysia ini. Pertama kes Pindaan Perlembagaan Malaysia oleh Kerajaan Umno/Bn pimpinan Dr. Mahathir Mohammad. Kedua kes penubuhan 'kerajaan haram Umno/Bn' di Perak oleh Najib Razak.

Disamping itu kes Perlantikan 'Raja Baru' di Kelantan satu masa dulu oleh kumpulan Anwar Musa. Kes Razali Jawi di Perak, Kes Rahim Bakar di Pahang. Kes Idris Jusuh di Terengganu. Kes Shahidan Kassim di Perlis.

Semua kes-kes ini seolah-olah mahu membawa rakyat membencii Raja yang wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Berbagai usaha kelihatan dilahirkan. Samada secara langsung dan tidak langsung oleh pihak-pihak tertentu. Yang jelasnya oleh pemimpin Umno. Semua kes ini membabitkan pemimpin Umno.

Pindaan Perlembagaan mengikis kuasa Raja Melayu diterajui oleh Dr. Mahathir. Penubuhan 'Kerajaan Haram Umno/Bn Perak' diterajui oleh Najib. Raja Baru di Kelantan diterajui oleh Anwar Musa. Kes Razali Jawi dengan Rahim Bakar juga melibatkan kehandalan pemimpin Umno/Bn. Begitu juga kes Idris Jusuh dan Shahidan Kassim memperlihatkan kekuasaan Umno yang semakin rakus!

Apakah Dr. Mahathir bagaikan tidak puashati dengan pindaan perlembagaan yang mengikis kuasa Raja-Raja Melayu yang dilakukan semasa pemerintahannya? Apakah peristiwa di Perak, Terengganu, Perlis merupakan kesinambungan agenda Pindaan Perlembagaan ?


Ketika krisis Pindaaan Perlembagaan berlaku antara pihak istana dengan Umno/Bn, rata-rata rakyat yang bernaung di bawah Umno sama ada pemimpin di semua peringkat dan ahli-ahli yang buta tuli menampakkan sokongan kepada Dr. Mahathir ketika itu, ianya sacara langsung mencambahkan benih kebencian kepada Raja oleh ahli-ahli Umno.

Dr. Mahathir bersara tetapi egenda membencii Raja bagaikan ada kesinambungannya. Sedikit demi sedikit baki rakyat Umno/Bn yang masih menyayangi dan mentaati Raja diasak dengan peristiwa Idris Jusuh di Terengganu, Shahidan Kassim di Perlis.

Maka rakyat semakin bertambah membenci Raja kalau tidak dizahir pun tetapi dalam hati.

Lantas itu dalam Kongres yang baru berlalu Parti Keadilan Rakyat, Presidennya Dato Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya menyatakan bahawa PKR akan berusaha untuk memulihkan dan memperkukuhkan kekuasaan Raja-Raja Melayu yang kuasanya pernah dikikis oleh pemimpin Umno satu masa dulu.

Ucapan beliau itu mendapat sambutan dari rakyat. Rakyat memberikan reaksi yang baik dengan ucapan itu. Rakyat dari semua bangsa di Malaysia ini. Sivarasa selaku Naib Presiden PKR dalam ucapannya pada malam itu telah membentangkan dasar Perlembagaan PKR yang memperjuangkan dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia termasuklah mempertahankan kekuasaan Raja-Raja Melayu.

Rakyat yang menyokong PKR dan Pakatan Rakyat rata-rata memberikan sokongan kepada pemulihan kekuasaan Raja-Raja Melayu sebagai tunggak negara. Ini mempengaruhi juga berapa banyak orang-orang Umno terutamanya di kampung-kampung yang masih mentaati Raja dari bibir hingga ke hati perut.

Apakah bimbang dengan sokongan tersebut akan menghapuskan kesinambungan agenda membenci Raja itu, maka Najib yang menjadi pemimpin Umno dan negara didikan Dr. Mahathir cuba memecahkannya dengan ikut pintu belakasng.

Kalau Dr. Mahathir membawa Umno secara berdepan dalam krisis dengan Raja, kini Najib pula menyambungnya untuk membawa rakyat yang menyopkong Pakatan Rakyat membenci Raja secara ikut belakang.

Dengan merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mempergunakan Raja, maka usaha Najib untuk meneruskan agenda membenci Raja yang dimulakan oleh Umno dulu, mengharapkan agar ianya menular kepada rakyat yang berada dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pimpinan Pakatan Rakyat cekap membaca usaha jahat pemimpin Umno/Bn ini. Kerana itu rakyat disarankan supaya memahami sebenarnya keadaan yang berlaku di Perak. Kerana itu PR meminta supaya DUN Perak dibubarkan oleh Baginda Sultan dan kembalikan semula mandat itu kepada rakyat.

Najib dan pemimpinUmno yang lain mahu terus bertahan dengan 'Kerajaan Haram' nya itu agar rakyat terus membenci Baginda Sultan dan seterusnya Raja-Raja Melayu yang lain.

Selain dari canaian politik yanmg rakus untuk merampas beberapa negeri dari Pakatan Rakyat, Umno juga dirasakan mempunyai satu niat yang tersembunyi terhadap kekuasaan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu rakyat jangan terperangkap dengan kerja jahat pemimpin Umno ini. Rakyat harus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang hari semakin hari diterima untuk mentadbiri secara bersih, telus negara ini walaupun diwujudkan beberapa peristiwa buruk oleh pemimpin Umno/Bn untuk memburukkkan Pakatan Rakyat.

Melahirkan beberapa peristwa buruk terhadap Pakatan Rakyat semata-mata bertujuan untuk para pemimpin Umno/Bn menutup lubang-lubang buruk laku penglibatan mereka seperti antara yang besar ialah rasuah, penyelewengan kuasa dengan mengarahkan kepala-kepala agensi kerajaan terutamnanya SPRM, Polis, Pejabat Peguam Negara, Mahkamah, SPR dan beberapa lagi mengikut arah telunjuk mereka.

Rakyat harus bertanya; Siapakah si dalang itu? Sampai bilakah usaha si dalang itu berhenti dari meneruskan agenda menghapuskan ketaatan rakyat kepada Raja? Jawapannya ialah dengan menenggelamkan bahtera 'buruk' Umno/Bn melalui Pakatan Rakyat barulah pertelagahan antara rakyat dengan Raja tidak berlaku!

Tanpa Nama berkata...

Isu Dato' Seri Ir. Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak dieksploitasi sepenuhnya oleh UMNO dan seluruh media pencacainya . Sehingga saya sendiri naik muak untuk mendengar berita terutama Buletin Utama TV 3 .

Sebulan dua ni saya sekeluarga telah beralih ke Astro Awani dan sesekali ke berita Bernama .

Melihat kepada paparan berita di TV 3 yang habis - habisan mengeksploitasi isu derhaka , cukup jijik dan jelas niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang keterlaluan dan tidak benar .



Memejamkan mata pada isu penderhakaan yang sebenar lalu menuding orang lain yang derhaka . Inilah yang disebut oleh pepatah arab :

ضربني و بكى شتمني و اشتكى

"Dia pukul aku dia yang menangis dan
dia menghina aku dia yang buat report"

Inilah sikap UMNO dalam isu ini . Juga tidak ubah bagaimana seperti cerita perompak yang terperangkap dalam kepongan orang ramai , lalu ia menyorokkan barangan yang dirompak lalu dia turut sama buat - buat sibuk mencari perompak dan berteriak di mana perompak ? di mana perompak ? wal hal dialah perompak .

Hari ini UMNO berteriak penderhaka ! tangkap penderhaka ! ambil tindakan ke atas penderhaka ! seolah mereka hero yang mempertahankan institusi raja - raja Melayu .

Awas ! , melalui pepatah arab di atas dan cerita rakyat yang popular itu , kita boleh menangkap penderhaka yang sebenar . Mudah untuk mengenali mereka melalui tindakan mereka yang keterlaluan .

UMNO seperti cacing kepanasan dalam isu derhaka ini . Mereka lantang dengan teriakan agar penderhakaan di ambil tindakan kononnya merekalah hero dan pahlawan yang mempertahankan raja , sebenarnya ia adalah satu langkah dan sebagai usaha "hero usang" untuk menudung jenayah lama mereka .

Siapa yang boleh melupakan tindakan Tun Mahathir yang telah menelanjangkan institusi raja - raja Melayu sebelum ini . Soal Mahathir mahu membuang imuniti Raja - Raja itu satu hal , yang lebih parah selepas imuniti dipakai ke atas dirinya sehingga ia menjadi Perdana Menteri Kuku Besi yang begitu lama memerintah Malaysia , dia juga telah menelanjangkan maruah dan aib raja - raja melalui media .

Siapa yang telah lupa peristiwa ini ? saya percaya Sultan Johor dan Sultan Pahang tentu sahaja masih ingat apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selaku Presiden UMNO , Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri pada waktu itu .

Siapa yang telah lupa kepada UMNO Kelantan yang menabalkan sultan di pohon kayu kerana tidak bersetuju dengan Sultan Ismail Yahya Petra di Kelantan . Mereka juga mendedahkan kelemahan dan mendedahkan keaiban sultan di tahap yang memalukan lewat media milik mereka .

Begitu juga pengikut fanatik UMNO Terengganu yang menggelar Sultan Mizan kini Yang Di Pertuan Agong sebagai Binatang dalam konflik perlantikan MB di Terengganu selepas pilihanraya umum yang lalu .

Siapa yang lupa segala peristiwa ini ?

Sebab itulah UMNO seperti cacing kepanasan . Berteriak ke sana ke sini , melalak dalam media tak habis - habis sampai hari ini kononnya mereka nak menangkap penderhaka . Siapa yang menderhaka ?

Tiada sepatah keluar perkataan dari Dato' Seri Nizar yang menghina Sultan Perak . Adapun permohonan "sembah derhaka" itu adalah rutin bahasa istana apabila ada perkataan atau permohonan yang berbeza dengan pihak istana . Saya percaya Mufti Perak Dato' Seri Harussani juga biasa menggunbakan perkataan itu .

UMNO tiba - tiba jahil dengan bahasa Istana dan menjadikan itu sebagai bahan jenaka bodoh mereka sepanjang musim ini .

Zaman Tok Nadok mungkin UMNO boleh menguasai pemikiran rakyat dengan propaganda media mereka . Tetapi ini zaman IT , di mana rakyat boleh access maklumat di mana - mana dan mereka banyak pilihan untuk menerima maklumat alternatif .


Saya yakin rakyat tidak mudah terpedaya . Lihat sahaja lah dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sebelum ini . Kalau lihat kepada propaganda media mereka khasnya TV 3 , seolah - olah hanya UMNO dan BN yang bertanding di Kuala Terengganu dan mereka boleh menang besar .


Tetapi apabila keputusan pilihanraya diumumkan , ternyata rakyat jelas tidak terpengaruh dengan dakyah atau propaganda jelek UMNO dan BN .


Sebenarnya , lagi kuat UMNO serang guna TV 3 ni , rakyat semakin mual dan loya seolah - olah tidak ada cerita lain dan terlalu ketara sikap berat sebelah mereka . Hanya kenyataan Pak Lah , Tok Najib , Hishamudin , pas tu balik Pak Lah semula , kemudian Tok Najib dan Najib dan Najib pas tu Rosmah keluar sekejap dengan rupa garangnya , pas tu Muhyidin sesekali , pas tu Najib semula ..... aaaaah , nak termuntah !

Tanpa Nama berkata...

buat umno bangang dan kifli teman rasa mike dah kena penyakit kronik bang nuar dan teman rasa mike ne umur mungkin dalam pertengahan mungkin keja gan kerjaan jugak kot ataupun tengah belajar eeem kat tempat kerjaan lah tu kerajaan mane yea oooo umno kalau tak takan mike banyak masa layari blog tapi kalau mike berniaga mungkin kecil-kecilan juga kot ataupun harap bisness dpd kerajaan PR ataupun kalau mike keja kilang mana ada masa nak memcaci dalam blog ne.Ne ada satu virus yang bang nuar suka buat sekarang ne kembalikan hak "RAKYAT''elo yang mengundi PR kat Perak ne hanya 200,000 lebih jea yang lebih 400,000 sokong BN manacamana nak kata KEMBALIKAN HAK RAKYAT,nnah sekarang memang betul depa dah kembalikan HAK RAKYAT PADA BN...ala korang tu memang sokong PAS(pasti ada syurga)mike-mike ne lepas ne boleh pangkah pas balik boleh hilang DOSA lepas mefitnah ataupun mike berdua suka negara republik seperti PKR(parti komuniskan Rakyat)suka buat DEMO jalanan.Teman orang Perak dah meluat tengok gelagat PR kat Perak ne.

bungaraya berkata...

Aku bukan apa. Cuma sekadar bersedih melihat gelagat tukang komen diatas. Masalahnya rasa hormatku kepada Kifli telah hilang dari diriku. Kenpa mesti terikut-iktu dengan Kame, UMNO Bangang dan lain-lain yang melintarkan kata-kata nista. Seronok yee. Tapi yang jelas anda semua "bergaduh" kerana sesuatu yang sebenarnya tiada siapa yang akan menang. Yang kalah melayu itu sendiri. Sehingga kini masing-masing cuba mengata orang lain yang bersalah, padahal siri sendiri yang sebenarnya yang sangat salah dan lagi satu, amat memalukan. Cina dan India ketawa pelihat sikap dan perangai golongan spt kita semua. Berhentilah drp bersikap begini.

Tanpa Nama berkata...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Tanpa Nama berkata...

Lagu ini saya tujukan khas buat Pakatan Riot dengan ucapan "renung-renungkan masa depan mu..." :

Every breath you take
Every move you make
Every bond you break
Every step you take
I'll be watching you

Every single day
Every word you say
Every game you play
Every night you stay
I'll be watching you

Oh, can't you see
You belong to me
How my poor heart aches
With every step you take

Every move you make
Every vow you break
Every smile you fake
Every claim you stake
Ill be watching you

Since youve gone I been lost without a trace
I dream at night I can only see your face
I look around but its you I cant replace
I feel so cold and I long for your embrace
I keep crying baby, baby, please...

Oh, cant you see
You belong to me
How my poor heart aches
With every breath you take

Every move you make
Every vow you break
Every smile you fake
Every claim you stake
Ill be watching you

Every move you make
Every step you take
Ill be watching you

Ill be watching you
Ill be watching you
Ill be watching you
Ill be watching you...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
satu hari, apabila Malaysia ni dah jadi hak orang lain, masa tu orang melayu dah tak ada kuasa, Sultan dah tak ada kuasa, orang lain akan bertepuk. anak anak zaman millenium yang sentiasa dahaga perubahan dah tak punya jati diri, tanah kita pada nama, anak anak masih kegembiraan menyebut Tanah Melayu, tapi dah jadi milik orang. sia sia lah nenek moyang kita perjuangkan selama ini. Tunku dah hilang dari lipatan sejarah, Razak jadi igauan ngeri, Felda, Felcra dah takda maknanya... masa itu orang tak berbicara lagi tentang melayu, orang tak berbicara lagi tentang bumiputera, orangtak berbicara lagi tentang milik kita, hanya yang ada, milik mereka. waktu itu, engkau datanglah padaku, pada kami, pada "kita"... tapi tiada siapa dapat membantu... engkau, engkau - aku, aku.aku dan kami tak dapek den nak nolong laie ha... cukup lah, sedarlah, tengoklah kiri kanan, siapa yang kita berkawan? siapa yang kita nak minta pertolongan nanti? jangan tengok ibu jari kaki sendiri, tengok depan, masa depan, esok lusa, kawan, rakan taulan yang bakal membantu kita, anak cucu kita dihari muka. ketika itu, kita boleh runtuhkan muzium melaka, kita koyakrabakkan poster, replika. ketika itu, "Melayu Sudah Hilang Didunia", tiada maknanya lagi poster Hang Tuah memegang keris. ingat wahai anak bangsa, ingat dan beristigfar, kita buat pakatan, kita bina barisan, Melayu Islam, kalau kita bersatu, kita kuat. ingat lah sejarah Arab, mengapa Islam boleh dikalahkan Yahudi, sedangkan Islam lebih ramai... semoga Allah bagi petunjuk pada kita semua...

Tanpa Nama berkata...

cukuplah... orang melayu mesti kena bersatu dari skg. jangan jadi cerita "malang pak kaduk, ayamnya menang kampung tergadai" sekarang ni dah nampak bunga bunga cinta yang kita akan kehilangan kampung. bukan racist tapi hak kita dah ler sikit, kalau bagi pulak hak yang sikit ni kpd org lain, apa lagi yang tinggal untuk kita? aku pun pembangkang juga, tapi aku tak suka dengar ceramah, sebab tu aku lebih berfikiran terbuka"...

Tanpa Nama berkata...

blog bodoh. perkauman

Tanpa Nama berkata...

engkau tu yang bodoh, orang suruh belajar sejarah ko lari kelas, kan dah fail.

Tanpa Nama berkata...

racist??.... ye memang aku racist.... kalo dapat memperjuangkan hak orang melayu yang kebanyakan orang islam... aku sanggup jadi racist... sangup dikutuk racist......... buat apa hanya kononye tak nak jadi racist.... kalo satu hari nanti orang melayu, islam di malaysia ditindas.........

Tai berkata...

Depa kena ingat, melayu ialah tuan tanah, islam agama rasmi Malaysia atau tanah melayu.

Kongsi Link Anda