Saya tak fikir blogger-blogger tersebut yang salah. Dah orang jemput nak bagi cerita baik punya, depa datang la.
Kalau aku sekalipun, katakan tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin panggil ke rumah dia nak cerita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat Melayu, berlari aku pergi. Kalau selipar aku putuih masa tu, kaki ayam pun aku pi.
Itu natural. Dan tentulah amat natural juga kalau blogger-blogger Umno itu memenuhi jemputan pertemuan tersebut.
Kerja aku ialah nak pelingkup Umno. Kalau ada orang Umno panggil aku nak bagi bahan mentah untuk nak pelingkup Umno, bodoh sunnguh la aku ni kalau aku tak sambut panggilan itu. Begitu juga dengan blogger-blogger Umno itu, kerja depa ialah nak pelingkup Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan kesedapan kuasa Umno - guna pi gelembong perpaduan Melayu ka, perpaduan Islam ka, apa ka; dah gelembong, gelembong pi la apa pun.
Dah kerja depa nak pelingkup PR, bodoh terlampau la depa tu kalau depa tak sambar peluang yang dihidang kepada mereka.
Blogger-blogger Umno yang memenuhi jemputan pertemuan di rumah Hassan itu tak salah. Malah, depa cerdik.
Apa, hampa ingat Nasharudin dan Hassan bodoh dan tidak cerdik? Jangan dok bodo la. Depa pun cerdik oi! They were serving their purpose, macam mana nak kata depa bodoh?!!
Sumber : (baca di sini)
2 ulasan:
he he he. betul betul betul
pinjam. nak paparkan diblog saya
Catat Ulasan