Nampaknya banyak pihak yang kurang senang hati khasnya bukan Melayu apabila terdapat satu gerakan suara Melayu yang mahu memperjuangkan haknya dan memberi kesedaran kepada kepada bangsa Melayu.
Banyak pihak yang suka melihat Melayu berpecah kerana dengan itu mereka boleh berkuasa dan memerintah bangsa Melayu sebagaimana di Singapura.
Lebih parah lagi, perpecahan Melayu berlaku apabila parti Melayu seperti PAS dan PKR yang terus menjadi barua dan boneka DAP sebagai alat untuk memecahbelahkan bangsa Melayu. Parti ini yang berkokok siang dan malam menanam benih hasutan supaya bangsa Melayu tersu berpecah. Melayu yang majoriti kini dipecah belahkan kepada 3 kumpulan besar!!
UMNO pula di lihat terlalu kerajaan sehingga isu-isu yang menyentuh sensitiviti Melayu tidak dapat diperjuangkan secara telus kerana menjaga kepentingan Barisan dan Negara.. JIka UMNO terlalu ekestremis atau terlalu terbuka, UMNO akan ditolak.. jadi UMNO hanya menjadi parti yang dilihat sederhana dalam politiknya.. iaitu menjaga kepentingan semua kaum!!
Namun kini timbul pula NGO yang dinamakan perkasa iaitu pertubuhan yang sangat vokal memperjuangkan hak Melayu.. Namun apabila terdapat suara yang vokal untuk Melayu maka akan ada pihak yang cuba gagalkan suara ini. Maka perkasa telah diserang dari kanan dan kiri.
Terbaru, Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.
Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak. Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.
Dalam reaksinya, Ibrahim menafikan Sultan Selangor ada menyebut hal itu dalam pertemuan dengan baginda.
Pihak-pihak berkenaan dengan disokong secara halus oleh gerakan pembangkang memainkan sentimen kononnya Perkasa ultra-Melayu, rasis, cauvinis dan pelbagai label lagi. Malah dalam blog pemimpin DAP dan portal berita Malaysiakini, ada tulisan yang menyifatkan Perkasa sebagai kelahiran semula syaitan. Strategi mereka adalah untuk melemahkan Perkasa, yang kini mendapat sokongan meluas masyarakat Melayu.
Sememangnya ada golongan yang tidak mahu NGO Melayu yang menjadi sekuat Perkasa. Pada mereka, tidak mengapa jika NGO bukan Melayu hebat tetapi NGO Melayu mesti lemah. Jika NGO bukan Melayu menjadi begitu berpengaruh dan rasis, itu adalah hal biasa yang menjadi tuntutan. Anehnya Perkasa yang baru setahun jagung usianya sudah dilihat sebagai ancaman.
Itu yang menjadikan Perkasa amat istimewa. Maka majlis pada 27 Mac ini akan tetap bermakna buat orang Melayu. Lebih-lebih lagi kehadiran negarawan, Dr. Mahathir Mohamad yang akan merasmikannya menggantikan Sultan Selangor. Lebih 10,000 dijangka menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam acara yang penuh istiadat Melayu.
Perkasa perlu bebas tidak berpihak dan perlu konsisten memperjuangkan hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.. Perkara perlu menjadi chenck and balance kepada UMNO dan semua parti politik supaya jangan tersasar jauh dalam memperjuangkan hak Melayu.
Syabas perkasa.. teruskan perjuangan!!!!
1 ulasan:
The Sun memang condong arah Pembangkang yang mirip anti Islam dan Melayu? Jarang sekali mereka menghentam pembangkang walaupun cara pembnagkang mentadbir negeri jauh lebih teruk dari BN? Semua cerita2 buruk pembangkang jarang dikeluarkan?
Catat Ulasan