Popular Today

Ahad, Mac 21, 2010

PAS jadi syaitan bisu bila berdepan ANUwar



Jawapan untuk mangkuk2 PAS di Jalan Raja Laut yang memulakan isu APCO adalah senang: Pasal Nik Aziz yang berfahaman Wahabi dari Deobandi India. Wahabi tak suka Islam bersatu padu. Semua Wahabi baik di Saudi Arabia, atau Osama Bin Laden, dan lain2 tempat dan orang sedia jadi puppet Neo-Con Amerika dan Zionis Yahudi asalkan hanya pemahaman sesat mereka saja diterima sebagai Islam
Apa Masalahnya Pun Kalau 1Malaysia Itu Sama Dengan 1Israel?

Oleh Lebah Kota, Malaysia Instinct

Apakah masalahnya? Adakah itu lebih buruk daripada meliwat pembantu peribadi sendiri?

Rasanya jika ada persamaan pun, kemungkinan ia tidak disengajakan.

Pastinya niat 1Malaysia diperkenalkan adalah untuk mewujudkan persefahaman perpaduan yang lebih baik dan suci di kalangan rakyat pelbagai kaum di nagara ini.

Pastinya 1Malaysia dan 1Israel bukannya bertujuan untuk menyatukan kedua negara itu sebagai satu negara pun.


Yang lebih penting ialah dasar konsisten Malaysia selama ini yang tidak mengiktiraf Israel.

Malaysia sehingga kini tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

Malaysia tidak menyokong rejim Zionis dan sokongan padu adalah kepada kewujudan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Soal itu lebih penting daripada mempertikaikan sama ada 1Malaysia itu sama dengan 1Israel atau tidak.

Lagipun, yang rajin duk mempertikaikan soal itu, Anwar Ibrahim pun bukannya baik sangat.


Bagaimana dengan rakan baiknya Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel, Paul Wolfowitz? Bukankah berkawan dengan orang seperti ini lebih merbahaya?

Atau rakan-rakan lain seperti James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS).

Tokoh-tokoh yang menjadi majikan Anwar semuanya berbangsa Yahudi dan berfahaman zionisme,(Richard Haass, Strobe talbott, Martin Indyk) iaitu mahukan kedaulatan Israel terjaga dan berhasrat melemahkan kedaulatan negara-negara Islam (Iraq, Afganistan dan Iran)

Anwar bersekongkol dengan mereka semua ini untuk menjahanamkan Malaysia, agar rakyat kecewa dan menyampah kepada kerajaan BN dan memilih ANwar serta partinya. Itu lagi teruk.

Dan yang terpenting, syarikat APCO yang disabitkan dengan semua ini, menafikan pembabitan mereka dengan 1Israel. Habis cerita...ternyata Anwar penipu sekali lagi.

1 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Salam.

Inilah natijahnya bila melacurkan Islam,al-Quran wal Sunnah untuk kepentingan politik peribadi dan al assaybiah.

Perlu di ingat bahawa terdapat banyak ciri-ciri golongan khawarij pada sifat peribadi dan perlakuan Mursydul AM PAS, justeru itu tidak mustahil beliau cuba membawa penyokong taksubnya menjadi Khawarij. Ulamak terompah ini adalah liabiliti kepada PAS, beliau menjadi punca PAS berpecah dan berbalah sesama sendiri. Malah mutakhir ini aku dapat berita dari teman di kelantan bahawa ulamak terompah ini menabalkan dirinya sebagai Raja Kelantan kerana merasakan dirinya adalah keturunan Raja Jembal Kelantan.Hebat sungguh tu sebab sultan gering di temasik tidak di lawatinya, Al juburi di mahkamah di lawatnya.

http://melayupasirgudang.blogspot.com

Kongsi Link Anda