Hari ini blogger Darah Tuah menulis mengenai penulisan timbalan editor suratkhabar Sin Chew Jit Poh yang dianggap keterlaluan. Disamping mempunyai banyak contoh perumpamaan yang tidak tepat, timbalan editor tersebut sanggup mengecam kumpulan yang mewakili berjuta-juta ahli sebagai mengigau dan pendek akal.
SIN CHEW JIT POH MEMPERSENDA 76 NGO MELAYU MENGIGAU DAN BERKHAYAL BERAMAI-RAMAISila baca sambungannya di SINI. Artikel asal Sin Chew juga boleh di dapati di dalam artikel tersebut. Apabila Utusan Malaysia bercerita mengenai Melayu, ada yang membantah. Jika Sin Chew melakukan perkara yang sama, tiada siapa antara pembaca setia mereka yang terkinja-kinja membantah penulisan tersebut.
1. Pada 27 Februari lalu, 76 buah NGO Melayu telah berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur untuk bersatu/bergabung bagi mempertahankan hak-hak kaumnya yang semakin terhakis dan terancam.
2. Pada 2 Mac pula, Tay Ting Yan, Timbalan Editor SCJP, telah mengkritik dengan sinis usaha suci tersebut. Kritikannya bersandarkan fakta yang separa benar dan diputar-belitkan pula:• Membandingkan kaum Melayu umpama orang kulit putih di Amerika dan kaum Han di China manakala orang Cina di negara ini pula umpama Red Indian di Amerika dan orang Tibet dan Uighur di China;
• Prakarsa 76 buah NGO Melayu itu adalah satu khayalan (Quixotic), umpama tindakan khayalan Don Quixote.
3. Fakta Tay adalah benar dari segi kedudukan bilangan majoriti / minoriti penduduk yang dibandingkan itu – Melayu / kulit putih / Han adalah golongan majoriti di negara masing-masing manakala kaum Cina / Red Indian / Tibet / Uighur adalah kumpulan minoriti di negara yang sama. SEMUA orang tahu hakikat ini.
4. Apa yang tidak benar ialah dari segi kedudukan ekonomi kaum / golongan yang dibandingkan itu. Kedudukan ekonomi kaum Melayu (majoriti) sama kedudukannya dengan ekonomi Red Indian / Tibet / Uighur (minoroti) iaitu berada di tahap yang lebih rendah dari orang Cina (minoriti) dan orang kulit putih / Han (majoriti). Hakikat ini juga diketahui oleh SEMUA orang.
5. Untuk berlaku adil dan tepat dari segi fakta, Tay sewajarnya membandingkan komposisi penduduk dan kedudukan ekonomi di Malaysia dengan negara-negara seperti Fiji dan Afrika Selatan, Uganda dan Rhodesia. Ianya sebanding di mana kaum minoriti / pendatang menguasai ekonomi negara-negara berkenaan.
6. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang sedemikian terhimpit itu dan ditambah pula oleh hak dan kuasa yang semakin terhakis serta terus diburu dengan pelbagai ancaman maka adalah naïf dan dangkal sekali untuk menyamakan usaha 76 buah NGO tersebut hendak membela serta mempertahankan hak kaum mereka sendiri (satu hakikat yang benar) dengan perbuatan bodoh Don Quixote itu.
SUMBER : DARI KACA MATA MELAYU
4 ulasan:
Nak lihat tindakan yang bakal diambil oleh KDN terhadap akhbar ini. Akhbar Cina siap mengugut kerajaan jika tidak mengiktiraf sijil sekolah Cina. Apa KDN akan buat? Apa Hishammudin akan buat? menangis? minta maaf?
Di Selangor dulu Melayu bawa kepala lembu di bawa ke mahkamah. di dakwa, di tuduh menghina Kaum lain. sekarang Kaum lain menghina melayu, bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali. Apa tindakan yang akan diambil?? Sama-sama kita tunggu dan lihat
"Saya bagi amaran keras kepada semua akhbar-akbar ini jangan sesekali mempermainkan isu perkauman yang boleh memporak perandakan negara..sekiranya maseh berdegil ..saya akan mengambil tindakan keras"..begitu lah kata-kata yang diucapkan oleh menteri yang menjaga KDN....dah tau dah...
Salam bro, apakah Hisahamuddin dan KDN hanya sekadar memberio amaran ? .... jadi-jadilah berperangai begitu, ulat sudah naik ke mata....
KDN jangan teragak-agak lagi.... mereka semakin biadap!!
Catat Ulasan