PKR ni macam dah jadi 'company' Anwar Aljuburi dan family.. manakan tidak, semua yang duduk dalam PKR semuanya anak beranak dan keluarga.. Cuba tengok gambar di sebelah tu, biasanya kalau sidang media parti politik, yang duduk di depan tu ialah Presiden, timbalan presiden dan naib.. ini tidak!!! semua anak beranak..
Anwar Aljuburi akan terus meletakkan anak beranaknya dan kaum keluarganya dalam PKR.. dalam pemilihan PKR 2010 ini, bakal menyaksikan ANwar Ibrahim dan Wan Azizah akan bertanding jawatan presiden, kroni beliau, Azmin Ali pula akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan terkini ialah Anak Aljuburi, Nurul Izzah pula akan bertanding jawatan NAib Presiden [rujuk sini]..
Ianya adalah petunjuk bagaimana keluarga Aljuburi sangat obses dengan kuasa dan kini Anwar dan keluarga bakal memerintah PKR.. dalam satu rumah ada Presiden, ketua umum dan juga naib presiden...
Alasannya mudah iaitu, iaitu kehendak akar umbi, keputusan tersebut dicapai selepas melihat pencalonan yang menggalakkan yang diterimanya minggu lalu...
Namun ramai juga orang PKR yang bimbang melihat trend keluarga Anwar dalam kepimpinan tertinggi PKR... ianya sangat kontras apa yang berlaku ketika Tun Mahathir jadi presiden UMNO, tiada seorangpun yang terdiri dari anak beliau bertanding dalam jawatan teringgi UMNO, tapi Anwar berbeza, memang sikapnya suka meletakkan kroni dan keluarganya... dan ini adalah bukti secara terang-terangan amalan kroni dan nepotisme dalam PKR.
Ada juga yang melihat penglibatan Nurul Izzah adalah tidak sihat kerana beliau dilihat tidak jauh beza peranan beliau seperti Khairy Jamaludin di zaman Pak Lah yang menyebabkan kejatuhan UMNO.. bila anak beranak dalam kepimpinan tertinggi, keputusan mestilah ada unsur kroni dan nepotisme..
Namun ada yang melihat, ini adalah cara Nurul Izzah untuk bunuh Fauziah Salleh yang turut bertanding jawatan yang sama. Fauziah dianggap calon orang lama bahkan berkaliber oleh ramai orang PKR berbanding Nurul Izzah yang dianggap muka baru dalam PKR dan kurang bergelumang dalam dunia politik. Apatah yang ditandinginya ialah jawatan Naib Presiden..sesuatu yang besar dan penuh tanggungjawab.
Ramai melihat perpecahan pasti akan berlaku khasnya dalam sokongan kaum hawa yang terpaksa memilih antara 2 calon tersebut atau akhirnya semua terlepas. dalam masa yang sama perwakilan juga mengharapkan Nurul Izzah bertanding tidak akan menggunakan pengaruh ayahanda dan bondanya, tetapi di dalam politik persepsi orang ramai sukar untuk dielakkan. Sebelum ini pun pihak musuh menuduh bahawa PKR adalah sebuah parti yang dikuasai oleh `keluarga DS Anwar'. Bayangkan jika YB Nurul Izzah benar-benar bertanding dan memenangi jawatan tersebut.
Akhirnya Allah telah menunjukkan kebenaran.. siapa sebenarnya Anwar.. jika dulu dia menuduh UMNO kroni dan nepotisme tetapi... anwar umpama meludah ke langit.. dan terpaksa menjilat ludahnya sendiri...
4 ulasan:
Masihkah kita ingat....
Sewaktu DSM menjadi PM dan Al-Juburi sebagai timbalan.....dalam satu persidangan UMNO..siapakah balaci Al-Juburi yang memperkenalkan istilah kronisme dan nepotisme sebagai senjata yang tertuju kepada PM?.....siapa ya....hehehhehehe
Meludah ke langit terkena muka sendiri, itulah kias ibarat yang wajar di tujukan kepada PKR....kronisme dan nepotisme sangat jelas dalam parti anak beranak nie sama saja macam DAP.
Dari standing list Pemilihan agong PKR membuktikan bahawa parti ini hanya untuk kepentingan peribadi.
Parti Kencing Rakyat ini memang parti trinity, ada bapak ketua umum, ada emak presiden dan anak bertanding naib presiden. Patutlah sokong sangat IFC kesamarataan agama dan kalimah Allah bolih di gunakan olih penganut kristian, mungkin sebab konsep trinity selari dengan fahaman dan agenda parti kencing rakyat.
Puak pembangkang terutamanya nuar berahim sepatutnya kena cermin diri sendiri jgn asyik nak kutuk orang saje, dulu kata Tun M kronisme, nepotisme dan macam-macam lagi...sekarang tengok sape lagi teruk yg mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Aku memang tak pernah percaya pada puak pembangkang sejak dulu lagi sebab mereka cakap tak serupa bikin.
Kesian hamPas kena jadi boneka DAP dan PKR....kesian kesian.
Catat Ulasan