Kalau dahulu, Idris Jala mengatakan Malaysia akan muflis 2019 jika tidak melaksanaan perbelanjaan secara berkhemah dan berkesan iaitu dengan tempoh 19 tahun.
Namun jika pembangkang memenangi Pru-13, Malaysia akan muflis pada 2013 iaitu seratus hari selepas Pakatan Muflis memerintah negara.
Cuba lihat sahaja dengan gula-gula 100 hari Pakatan Muflis seperti yang disebut:
1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
* apakah makna tranformasi Pakatan Muflis.. cuba lihat CAT.. Selcat dan Jawatankuasa pemilihan Pusat PKR (JPP).. semua ini atas nama politik.. sudahlah tidak telus, semakin banyak pula menipu rakyat.. sesiapa yang menentang mereka pula akan segera dihukum.. adakah ini reformasi yang dicakapkan.. adakah rakyat harap reformasi sebagaimana alam pemilihan PKR dan DAP..
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
*Perkara ini tidak akan dimansuhkan, kerana mereka ini berdendam dengan BN.. selepas ni ramai pemimpin BN akan masuk dalam ISA.
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
*Apabila DS Najib mula mengumumkan bahawa tol Plus tidak akan naik selama 5 tahun.. maka dengan segera LIM GUAN ENG menuduh.. bajet 2011 sebagai pilihanraya.. tindakan kerajaan menggunakan KWSP sebagai menggunakan wang rakyat dan akan menyebabkan muflis.. tapi lihat siapa yang bercakap sekarang.. dengan tidak menaikkan kadar tol pun, perbelanjaan sudah menelan RM 23 bilion untuk pengambilalihan.. jika nak jadi tol free dengan hutang pembangunan sedia ada pastinya kerajaan akan bayar hutang berlipat kali ganda.. kerana hutang syarikat PLUS akan diambil alihn kerajaan.. tidakkah ini menambah beban kewangan kerajaan.. selain kerajaan juga perlu kelurakan duit untuk membuat penyelenggaran jalan yang berkualiti..
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
* kita mengetahui pemberian subsidi kepada swasta tujuannya adalah untuk rakyat mendapat perkhidmatan dengan lebih baik dan dengan harga yang murah.. Apa pun akhirnya kerajaan juga perlu keluarkan kos bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
*Kenapa perlu perlu dinaikkan gaji guru sahaja.. bagaimana dengan kakitangan awam yang lain.. tidakkah mereka ini juga membantu.. ataupun Pakatan Muflis tidak mengiktiraf kakitangan yang lain selain guru.
Jumlah guru lebih kurang 400,000 orang guru diberikan imbuhan bulanan sebanyak RM500, ini bermakna kerajaan pembangkang perlu membelanjakan RM200 juta sebulan dan jika diukur setahun ia membabitkan kos RM2.4 bilion... setahun.. baru guru sahaja..
tetapi ada baki 800,000 lagi kakitangan awam yang lain yang tidak diiktiraf oleh Pakatan Muflis.. kita faham Pakatan Muflis mahu berin insentif kepada guru kerana guru-guru yang menyokong pembangkang... mereka lebih banyak berpolitik dari mengajar murid.
''Dia kata ada duit jadi kita bacalah (andaikan) tapi implikasinya kalau naik gaji guru tapi tak naik gaji pegawai kerajaan lain yang berjumlah 1.2 juta orang, macam mana?
800,000 kakitangan awam jika diberi sebulan rm 500, keseluruhan perbelanjaan sebulan sebanyak rm 40 bilion.. baru sebulan.. jika setahun 480 bilion..
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
* Dengan Kedah dan Pulau Pinang dah naikkan harga air serta menaikkan elaun untuk lembaga pengarah syarikat air di negeri Pakatan... sebenarnya mereka ini tidak berminatpun sebenarnya nak memulangkan kembali syarikat air ini kepada rakyat.. apatah lagi pemimpin pakatan muflis diberi elaun lembaga pengarah.. jika benar mereka hendak memulangkan semula air kepada rakyat sepatutnya mereka dah tunjukkan usaha untuk mengambil alih syarikat air..
Di selangor pun bukanlah beri air secara percuma
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar...
* Perkara yang dibuat ini sedang dibuat oleh kerajaan BN.. kira macam meniru jelah..
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
* lihat sahajalah ladang rakyat Kelantan siapa yang uruskan.. nak cakap banyak pun tak guna.. habis tanah difaraid kepada pemimpin PAS Kelantan..
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
* Kita lihat sahajalah perbelanjaan yang mahu dibuat sekarang dengan subsidi mahu ditambah, PLUS mahu diambil alih.. elaun untuk kakitangan awam dan pelbagai lagi.. jadi nak 'cekau' duit kat mana.. inilah dia.. dia nak perah duit minyak.. semuanya akan disalukan untuk subsidi.. perlu diingat keadaan ekonomi bukan selalunya baik.. harga minyak naik dan turun.. ini akan menjadi tempat deposit duit mereka untuk difaraidkan..
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
* Apa keperluan suruhanjaya diraja ini.. mahu menghalau balik atau bagaimana.. perlu dilihat kepada mekanisme.. pusat tahanan PATI tak cukup, proses untuk hantar rakyat ke negara asal bukan senang.. apatah lagi jika tiada dokumen.. seperti anak-anak mereka yang lahir semasa mereka berada di negara ini... ianya melibatkan dua negara. dan bukan mudah nak diuruskan. Ini juga memerlukan kos yang banyak..
Jumlah subsidi negara meningkat kepada RM24.5 bilion tahun lalu, merangkumi 15.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan berbanding RM10.1 bilion pada 2006... jika dengan subsidi lagi yang akan dibagi.. angka 74 bilion pasti tercapai...
Bayangkan dengan hutang negara sekarang dan perbelanjaan yang akan dilakukan oleh Pakatan Muflis... negara tidak perlu 2019 untuk muflis.. sudah memadai jika Pakatan Muflis perintah Malaysia 100 hari.. lingkup negara ini..
3 ulasan:
Tuan, 100% saya bersetuju.
Penulis congak macam mana? Kira pun tak betul..bukan 480 bilion tapi 4.8 bilion
Kami akan sokong kalau itu yang menguntungkan kami, kalau tak mau kami sokong pr, harap bn istihar rm 500 pada hari guru nanti sebagai insentif guru.
Catat Ulasan