Banyak perkara Pas dan Umno mempunyai perbezaan.. namun sekiranya Pas dan Umno setuju dalam beberapa perkara pun sudah sangat baik.
Saya percaya jika penyokong Pas yang masih berpegang kepada ajaran agama dan bukan taksub kepada pemimpin. Pastinya mereka akan bersetuju dengan perkara ini
Ps: Pas mungkin ada berbeza pendapat dengan Umno dalam banysk perkara.. namun sekiranya Pas dapat bersetuju dalam satu atay beberapa perkara dengan Umno pun sudah kira baik.
Sebagai umat Islam.. rasanya dah jelas apa yang mahkamah sebut tentang Anwar Ibrahim. Mungkin ini antara titik persamaan antara Pas dan Umno iaitu menolak pemimpin yang disahkan membuat perkara luar tabii.
Saya percaya jika penyokong Pas yang masih berpegang kepada ajaran agama dan bukan taksub kepada pemimpin. Pastinya mereka akan bersetuju dengan perkara ini
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual. Anwar memfailkan permohonan itu pada Mei tahun lalu, iaitu 10 tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah persekutuan daripada tuduhan meliwat pemandu peribadi keluarganya, Azizan Abu Bakar.
Panel lima hakim mahkamah persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan itu.
Korum berkenaan turut dianggotai Datuk Seri Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.
Ketika membuat keputusan itu, Zulkefli berkata, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyediakan penghakiman bertulis tersebut telah mendapati bukti yang mencukupi sebelum menyediakan penghakimannya.
Menurutnya, hakim-hakim mahkamah persekutuan ketika itu sebulat suara membuat keputusan bahawa salah laku homoseksual itu berlaku namun hanya terdapat keraguan bilakah ianya berlaku.
Menurut Zulkefli, mahkamah itu mempunyai kuasa budi bicara di bawah peraturan 137 Undang-undang Mahkamah Persekutuan (RFC) yang perlu dilaksanakan secara berhati-hati dalam kes-kes luar biasa yang mana satu ketidakadilan ketara mungkin berlaku.
“Azizan tidak berbohong, sebaliknya mungkin terlupa kerana kejadian itu berlaku beberapa tahun sebelum, tidak seperti kebanyakan kes seksual, dan dia (Azizan) tidak membuat laporan polis segera.
“Kita tidak akan pergi sehingga peringkat ini untuk menyatakan kenyataan Azizan adalah tidak boleh diterima atau dipercayai, namun kami menyatakan bahawa beberapa kenyataan itu adalah diragukan dan tidak konsisten, maka kita perlu mencari bukti yang nyata,” katanya.
Beliau berkata, Azizan mengakui kejadian itu. Walaupun ragu bila waktunya berlaku, dia merupakan mangsa kejadian.
Anwar memohon untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan terdahulu berhubung kes liwat pertamanya atas alasan perenggan itu merosakkan reputasi dan secara berterusan digunakan untuk merujuk dirinya sebagai pelaku homoseksual.
Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, semasa hujahannya pada 2 Disember tahun lalu menyatakan perenggan itu diterbitkan secara meluas dan digunakan oleh pihak tertentu sebagai justifikasi bagi mengutuk anak guamnya sebagai pengamal seks songsang.
Sementara itu, semasa hujahan balas, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, berhujah bahawa permohonan semakan ditolak atas alasan mahkamah hanya boleh menyemak keputusan terdahulu sedangkan Anwar memohon memadam satu perenggan dalam penghakiman yang telah memihak kepadanya.
Anwar dibebaskan oleh mahkamah persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.
Mahkamah persekutuan itu membatalkan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.
Ps: Pas mungkin ada berbeza pendapat dengan Umno dalam banysk perkara.. namun sekiranya Pas dapat bersetuju dalam satu atay beberapa perkara dengan Umno pun sudah kira baik.
Sebagai umat Islam.. rasanya dah jelas apa yang mahkamah sebut tentang Anwar Ibrahim. Mungkin ini antara titik persamaan antara Pas dan Umno iaitu menolak pemimpin yang disahkan membuat perkara luar tabii.
2 ulasan:
Aku pelik bila penyokong PAS tolak segala bukti mengenai perilaku Anuwar....Mahkamah dah bukti, Saiful dah bersumpah (2x), Dato Eskay dah bersumpah laknat jika menipu....jam Omega Tak tunjuk..tipu kelentong, kantoi..tuduhan Najib bunuh Altantuya tanpa bukti nak pulah dipercayai...Moga Allah beri Hidayah buat mereka semua. Apakah hukum kalau kita masih lagi menyokong mereka yang Kaki tipu, liwat,zina ( video Chinadoll ) ?
PAS perlukan Anuwar untk bagi impak maksimum pd UMNO. Anuwar pula adalah jambatan bengkok antara hubungan PAS dan DAP yg PAS sendiri tahu Tahaluf As Syiyasi tidak akan berlaku tanpa Anuwar. Bagi DAP dan kufar, Anuwar adalah pemangkin dlam mempersoalkan apa yg tidak pernah dipersoalkan selama ini
Manakala Anuwar pula bijak memanupulasi ketidakcerdikan PAS..
Catat Ulasan