Popular Today

Selasa, April 08, 2014

Kenapa Kit Siang pula mengamuk?

KUALA LUMPUR, 8 APRIL : Tindakan beberapa NGO dan juga bekas pemimpin DAP mendedahkan tentang tentera maya DAP yang digelar Red Bean Army atau lebih dikenali sebagai RBA telah menimbulkan kemarahan pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang dalam satu kenyataan kepada media menyifatkan pihak yang mendedahkan tentang RBA ini adalah pihak yang gemar membuat spekulasi gila dan cuba memburukkan imej parti DAP.

Kit Siang turut membidas kenyataan tersebut dan menuduh pihak UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi dalang dalam melahirkan tentera maya yang 'paling gila di dunia' untuk menyerang parti DAP dan juga Pakatan rakyat secara berterusan tanpa henti.

“Hanya orang gila saja yang akan percaya dan menerima tuduhan mengarut itu.“DAP tidak mempunyai ‘RBA’ dan kami tidak membayar satu sen pun untuk mana-mana ‘cybertrooper’,” tegas Kit Siang kepada wartawan.

Kemarahan Kit Siang ini tidak dapat dibendung lagi selepas beberapa NGO telah mendedahkan tentang operasi jahat RBA.NGO tersebut adalah Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Ihsan Muslim Malaysia serta Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP).Pendedahan tersebut diketuai oleh Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah.

Tambah Kit Siang lagi, DAP tidak mampu untuk membiayai tentera maya seperti yang didakwa oleh NGO tersebut kerana tidak mungkin mereka mampu untuk mengeluarkan wang bulanan sebanyak RM2.4 juta atau RM115.2 juta setahun untuk membiayai RBA yang menurut NGO tersebut dianggotai oleh 800 ‘cybertrooper’ dan dibayar RM3,000 setiap seorang.

“Sungguh mengejutkan, individu yang mendakwa dirinya memimpin NGO boleh menjadi hilang akal dan gila sehingga sanggup percaya bahawa DAP bukan saja mempunyai 800 ‘cybertrooper’ RBA", tegas Kit Siang lagi.

RBA sebelum ini telah mula menjadi bualan hangat selepas didedahkan oleh  Shen Yen Aun tentang modus operandi jahat gerakan itu yang memburukkan kerajaan secara tersusun dan menabur fitnah secara membuta tuli demi menarik sokongan terhadap parti DAP.-UtaraNews.com

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cacing kepanasanlah tu....tak dapat di bendung lagi.... tu yg mengamuk.

Tanpa Nama berkata...

HELLO MR LIM....SIAPA MAHU MENGAKU BERAK TENGAH JALAN (WHO WANTS TO ADMIT SHITTING ON THE ROAD?). SIAPA MAKAN CABAI DIA TERASA (BUKAN TERASSA KOK MA) PEDAS!!!!!

Asal Bukan DAP (ABDAP) berkata...

kan aku dah cakap... DAP yang mengwujudkan RBA kemudian mengatakan UMNO yang tubuhkan semata-mata menjahanamkan DAP. Pandai tak Anjing Lim Kit Siang Kencing Berdiri...

Kongsi Link Anda