Popular Today
Ahad, Mac 29, 2009
Muslimat PAS mula memberi beras dan duit kepada pengundi?
Nampaknya PAS kali ini sanggup menggunakan apa cara walaupun menggunakan politik wang ataupun rasuah pengundi untuk mendapatkan undi rakyat.Parti yang diwar-warkan bersih rupanya bukanlah bersih sangat. PAS telah memberikan beras dan wang RM 50 kepada setiap pengundi melalui program lawatan rumah ke rumah yang dibuat oleh Muslimat PAS. Penduduk kampung Tebok, Permatang Raja mendakwa PAS menggunakan strategi kotor ini untuk mendapatkan undi mereka.
Guru di Sek. Keb. Padang Gajah Trong dikesan berkempen untuk pembangkang
Baru hari pertama berkempen, tindakan guru berkempen dengan menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim di Sekolah Kebangsaan Padang Gajah telah di kesan oleh ibubapa murid-murid sekolah tersebut. Menurut maklumat, ibu bapa murid-murid mendakwa guru atau usataz mereka menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar sambil meminta ibubapa murid-murid tersebut mengundi calon Pas.
Tindakan guru yang pro pembangkang ini sememangnya menjadi aktivis pembangkang di dalam kawasan sekolah sejak lama lagi. Sebab itu, hari ini mereka lebih cenderung mengajar murid-murid berpolitik di sekolah dari mengajar mata pelajaran yang sepatutnya diajar.
Mereka ini umpama duri dalam daging dalam perkhidmatan kerajaan, kerana tidak bersama dengan matlamat dan aspirasi kerajaan. Mereka ini patut cari kerja lain dan jangan makan gaji bersama kerajaan jika tidak membawa aspirasi kerajaan. Tidak mungkin aspirasi kerajaan akan terlaksana jika guru-guru ini membuat tindakan yang sebaliknya.
Sabtu, Mac 28, 2009
Tarik diri atau dah dapat imbuhan?
Calon Bebas tarik diri bertanding, sokong PKR, Seorang peniaga yang sudah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menarik diri sehari sebelum hari penamaan calon. Mohd Reduan Md Isa, 52, berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lalu, tetapi kemudiannya menukar fikiran selepas berbincang dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Biasanya perangai calon bebas ni mereka sengaja tawarkan diri sebagai provokasi semata-mata... kalau dah dapat imbuhan tu kira selesai lah... sebab calon bebas ni bertanding biasanya ada udang seblik mee...
Dr Mahathir Mengesahkan Beliau Akan Sertai Semula UMNO
Tun Mahathir kembali ke UMNO!
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 di sini hari ini.Beliau memasuki Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Timbalan Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggulung perbahasan pada hari terakhir persidangan.
Tan Sri Mahyudin mengalu-alukan kedatangan Tun Mahathir, secara spontan beliau mengatakan bahawa Tun akan kembali ke pangkuan UMNO...
UMNO kini kembali bersatu....... semoga dengan penyatuan akan kembali kekuatan UMNO dan bangsa Melayu.
Fakta penderhakaan PAS yang disembunyikan
PAS sengaja menyembunyikan fakta penderhakaan tahun 2009 yang sengaja mereka tidak meletakkan dalam pemplet dan risalah Mereka.6 Fakta penderhakaan 2009 ialah Nizar juga dengan jelas menderhaka kepada DYMM Sultan Perak melalui perbuatan, tindakan dan percakapan beliau antaranya:
1. Enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah dititahkan oleh DYMM Sultan Perak.
2. Enggan menyerahkan kereta hak milik Kerajaan Negeri Perak.
3. Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan DYMM Sultan.
4. Orang Melayu pertama yang menyembah MOHON DERHAKA KEPADA SULTAN yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sekalipun. Tindakan biadab ini mencemarkan Kedaulatan Raja-raja Melayu
5. Memalukan Sultan, Kerajaan dan rakyat Perak apabila mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
6. Nizar melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar melalui Perkara 47 (1) iaitu melanggar sumpah semasa dilantik menjadi ADUN dengan menyatakan SESUNGGUHNYA SAYA NIZAR JAMALUDDIN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)