Popular Today

Khamis, Jun 18, 2009

Kerajaan Perpaduan konspirasi Nik Aziz jatuhkan Nasha

2 Komen!!!
Isu kerajaan perpaduan yang hangat dalam Pas ketika ini sehingga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan jika mahu meneruskan agenda itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas parti tidak lama lagi.

Nik Aziz berkata, selaku Mursyidul Am Pas, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan mempengerusikan mesyuarat yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi Pas termasuk Nasharudin. “Saya sendiri akan menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin Pas lain yang akan saya tentukan kemudian.

“Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Rasanya Nik Aziz disana akan memberi Nasharudin borang UMNO bagi mengesahkan Nasha keluar dari PAS... kita faham bahawa sebolehnya pertemuan ini akan diadakan sebelum PRK Manek Urai..

Ini adalah usaha sebahagian usaha PAS untuk mengekang perpecahan dalaman parti itu. Sebagaimana diketahui Parti yang retak menanti belah ini sebenarnya bukan berpecah akibat isu kerajaan perpaduan tetapi sebenarnya berpunca pertentangan antara kumpulan Erdogan dan Kumpulan Ulama inilah sebenarnya isu utama yang berlarutan dan di'baju'kan dengan isu kerajaan perpaduan demi menjatuh us nasha yang dibenci oleh Husam.

Adakah ini mungkin strategi Husam dan Puak Erdogan untuk mendapatkan jawatan Timbalan Presiden secara konspirasi. Jika diimbau kembali isu kerajaan perpduan muncul dari dalam PAS dan bukanlah UMNO lebih tepat lagi ialah dari puak erdogan. Dengan beberapa provokasi ianya menjadi beberapa berita sensasi oleh media perdana dan media baru. Kerajaan perpaduan hanya kambing hitam bagi mengaikan Us Nasha, Hj Hadi dan UMNO. Kini Hj Hadi masih berdiam diri, kenapa hj Hadi membiarkan isu ini begitu lama tanpa penjelasan?

Banyak sebenarnya persoalan yang berlaku dalam permasalahan PAS. Namun apa yang kita lihat ialah watak-watak utama seperti Nik Aziz, Husam, Hj Hadi dan Nasha selain Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim Al-Juburi. Ke manakah watak-watak ini akan membawa drama ini...

Tiada jambatan ketiga!

0 Komen!!!
Sebenarnya mudah jika pembesar negara atau negeri mengikut kata Sultan, sebagaimana kata Datuk Seri Najib Tun Razak jambatan ketiga menghubungkan Malaysia dan Singapura di Johor masih di peringkat cadangan dan bersedia mengadakan perbincangan dengan Sultan Johor terhadap cadangan tersebut selain kerajaan terlebih dahulu akan membuat kajian sama ada projek itu menguntungkan atau sebaliknya.

Terdahulu Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail bertitah baginda tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. Pendirian jelas dari Sultan Johor perlu diterjemahkan oleh pemimpin kerajaan.

Isu Jambatan Ketiga muncul dari idea Singapura dan bukannya dari Malaysia. Maksudnya Singapuralah yang beria-ia memberi cadangan tentang Jambatan ketiga kerana sebelum itu Datuk Anifah Aman menyebut Isu projek pembinaan jambatan bengkok tidak dimasukkan dalam agenda pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong dalam rangka lawatan kerja beliau ke Singapura.

Bagaimanapun Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, perbincangan mengenai perkara itu bergantung kepada sama ada terdapat keperluan untuk ia dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Begitulah mudahnya jika kita mengikut konsep keluhuran perlembagaan, kesetiaan kepada raja dan negara. Bukannya seperti Nizar yang ajak rakyat memberontak menentang raja dan mengingkari titah sultan..

Ada yang mengatakan tak boleh nak compare nizar dgn mb johor, kes berbeza dan situasi berbeza… yang pasti kes johor Najib yang kena BANG, tapi kes perak Sultan tak murka pun kat nizar, yg gaduh hanya penyokong BN dan PR

Jawapannya ialah Sultan Perak atau Raja Muda Perak banyak tegur dalam ucapannya.. tentang melayu, tentang pengkhianat, tentang gerakan nak jatuhkan Sultan Melayu… dan banyak lagi… tak jelaskah lagi… sultan perak murka pada Nizar.

Tidakkah berbeza tindakan BN dan PR!..

Dendam PAS Kelantan - Manek Urai tanpa poster Hadi

0 Komen!!!
Tidak pernah satu parti pun yang bertanding dalam pilihanraya kecil yang bertnding tanpa poster presiden parti tersebut. Menyampah betul PAS Kelantan kepada muka Hj Hadi. Perkhabaran Pilihanraya kecil lain, DUN Manek Urai menyaksikan kelainannya apabila poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dinaikkan sebagai strategi kempen.

Jentera pilihanraya PAS Kelantan berhasrat menonjolkan poster calon bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar sebagai sebahagian strategi "melokalisasi" kempen tersebut. Islatilah lokalisasi menunjukkan keegoan PAS Kelantan dan tidak menghargai bantuan dai Jentera PAS luar dari Kelantan.

Ketiadaan poster Abdul Hadi - yang selalunya dinaikkan bersama Nik Aziz - menimbulkan spekulasi bahawa dua tokoh atasan PAS ini tidak lagi sealiran, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan. Sebenarnya apa yang PAS Kelantan buat adalah pengesahan secara halus keretakan hubungan Nik Aziz dan Hj Hadi. Ini juga selaras dengan kehendak kelab Penyokong PAS Kelantan yang tidak mahu penyokong kerajaan perpaduan berkempen di Manek Urai..

Mufti Perak racist?

3 Komen!!!
Aku rasa mesti ada yang akan tuduh mufti Perak sebagai racist. Maklumlah siapa sahaja yang menyebut tentang Melayu dan Islam supaya bersatu akan dianggap racist dan bertentangan dengan istilah ketuanan rakyat!.

Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoiti itu kelihatan terlalu lemah. Tengok sahajalah esok, ada tak yang memberi respon. Namun inilah hakikatnya. Jika tokoh ulama atau tn guru lebih men'tuan'kan perpecahan Melayu dari perpaduan, jadi bagaimana dengan tn murid-tn murid yang ikut yang tn guru-tn guru.

Budaya hari ini, kata mufti tidak lagi diikut kerana tidak semazhab dan separti dengan mereka. Mereka hanya mengikut kata Tn Guru mereka sahaja yang dianggap mursyidul am. Begitulah kasihannya umat Islam di negara ini, tidak tahu di manakah pedoman dan panduan. Sehingga jika mufti tidak sehaluan dengan tn guru parti tersebut mufti pun boleh dikeji dan dihina bahkan dimaki.. Apa agaknya taraf mufti bagi PAS ni.. Mufti ialah istilah yang sangat mulia di dalam Islam... namun apa yang terjadi adalah sebaliknya... mufti ke , nabi ke, rasul ke... jika tak sehaluan dengan tn guru ini pasti akan ditentang.... senangkan..

Mufti Perak berpendapat membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.

‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Hormatilah mufti bukan kerana kepentingan politik kepartian tetapi kemuliaan mufti di sisi Islam..

Jentera PAS PRK Manek Urai - retak menanti belah

1 Komen!!!
Hanya masa sahaja yang menentukan sejauh mana keberkesanan jentera PAS di Manek Urai. Terdapat perkhabaran Jentera PAS retak di Manek Urai? sebagaimana di lapor Malaysiakini.

Ini semua kesan yang cukup kuat di Muktamar Pas dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan dan pertembungan antara kumpulan erodgan dan ulama'.

Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini semalam, Dewan Pemuda PAS di enam negeri termasuk Terengganu – negeri presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea tersebut – akan memboikot kempen di Manek Urai

Takkanlah pokok bergoyang jika angin tidak bertiup, sebenarnya mood dalam Pas kini amat lesu akibat pertelagahan sesama mereka. Apatah lagi akibat mulut cabul N.Ajis yang belum tentu disokong oleh semua ahli PAS. Apa pun PRK Manek Urai ini ialah medan penentu kepada PAS, perpecahan tetap akan berlaku jika PAS menang apatah lagi jika PAS kelantan kalah.

Jika di Menak Urai PAS menang, PAS Kelantan akan naik tocang bersama kumpulan Erdogan, jika kalah Kumpulan Ulama' akan disalahkan kerana berkempen di Manek Urai...

Rabu, Jun 17, 2009

Anwaq ketaq lutut dah!

2 Komen!!!
Ketaq lutut dah tu... Anwar aljuburi nampaknya semakin takut untuk menghadapi hari liwat beliau.. Laporan Akhbar hari ini Anwar minta buang pertuduhan liwat....

Anwar mohon buang tuduhan liwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang bakal dihadapinya mulai awal bulan depan.

Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pihak pendakwaan menyediakan kepadanya dokumen-dokumen berkaitan kes liwatnya sebelum perbicaraan bagi memudahkannya membela diri.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kalau hang betui-betui tak buat... Kalau hang pa hebat sangat hang pa nak buat apa tengok dokumen dan bukti yang berkaitan... hang pa buat apa nak takut... awatnya hang pa takut sangat!.. ini hang pa memang buat jahat... memang la hang pa ketaq lutut....

ni hang pa nak lari mana lagi.. pejabat kedutaan mana lagi hang pa nak pegi? . ada lagi ke tuduhan mahu membunuh beliau...

Namun rakyat tahu skrip Anwar... bersedia sahajalah dengan lakonan Anwar bertaraf sampah tu.. sekali sekala cakap loghat utara!

Isu royalti minyak Kelantan hanya modal kempen sahaja!

6 Komen!!!
Aku rasa Husam ni mengarut lagi lah... ni pun spesis dengan Nik Aziz dah nyanyuk dah... Husam kata "Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004."

Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Aku nak tanya Husamlah... aku bukan memperlekehkan kerajaan PAS Kelantan cuma nak tanya kat mana agaknya loji minyak mentah kat Kelantan nih... berapa tong yang disedut keluar?.. berapa keuntungan yang petronas dapat di kelantan? Harga minyak turun ni tak beri kesan ke terhadap hrga royalti? Apa yang aku tahu ianya setakat cadangan sahaja... tu pun entah sumber dari manapun aku tak tau?

Memang betullah kata saifudin ianya hanya modal PAS untuk jadikan bahan kempen pilihanraya sahaja. Itupun ada persoalan yang tidak ditanya, kenapa baru sekarang timbul isu royalti minyak. Oops terlupa artikel tentang royalti minyak pun pernah timbul tetapi... masa nak pilihanraya umum yang lalu... kebetulan?.. atau memang dah tiada modal lain untuk mencari isu..

Maklumlah isu kerajaan perpaduan, kumpulan erodgan dan pemilihan PAS... sangat menyakitkan hati penyokong PAS... jadi kenalah cari isu lain...

Tindakan melulu Nik Aziz disanggah lagi pemimpin PAS

3 Komen!!!
Terlajak perahu boleh berundur, tetapi terlajak kata badan binasa inilah pepatah yang biasa kita dengar... Apa yang Azizan kata mengesahkan Nik Aziz ni memang dah nyanyuk dan cakap tanpa berfikir lagi...

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapatkan maklumat lebih jelas daripada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung idea penubuhan kerajaan perpaduan sebelum membuat kenyataan melulu.

Azizan berkata, adalah tidak wajar Nik Abdul Aziz membuat kenyataan melulu dan meminta Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa meletak jawatan jika masih menyokong idea mewujudkan kerajaan perpaduan.

Katanya, tindakan pemimpin parti itu yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada parti itu.

Kita sebenarnya kasihan melihat Nik Aziz, Beliau ialah mangsa orang yang sekelilingnya dan penasihat-penasihat beliau. Beliau hanya menjadi alat Husam dan Anwar, kesian kat orang tua ni. Kalau dilihat Husam sebenarnya tiada sudah kekuatan hanya bersandar kepapda tubuh uzur Nik Aziz ni. Nik Aziz sepatutnya berehat, dengan teguran sebegini di kalangan pemimpin PAS sendiri nampaknya ada yang tidak bersetuju dengan cara Nik Aziz ni. Kedah tak semestinya sependapat dengan Kelantan dan begitulah sebaliknya.. Setiap sekeping duit syiling mestilah ada dua muka, muka depan dan muka belakang! itulah lumrah kehidupan..

Kongsi Link Anda