Popular Today

Khamis, September 10, 2009

Rabu, September 09, 2009

Tuan Guru Petrol : Untuk Islam tak mahu, untuk petroleum mahu.

5 Komen!!!

Malam semalam Nik Aziz tolak muzakarah perpaduan demi akidah dan masa depan Islam yang kini dihina oleh pelbagai pihak. Tapi muzakarah demi petroleum Nik Aziz mahukan pula. Pas kini menolak Islam lebih pentingkan petroleum.

Agaknya kalau UMNO ajak bincang untuk tubuh negara Islam dan undang-undang hudud agaknya Pas akan tolak juga. Islam bukan lagi dasar pas.

Sebelum itu, Najib dilaporkan sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja.

Sebagai tindakbalas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.

"Rundingan buat apa, ini cerita lama, nak berunding apa lagi. Tak perlu runding apa, kalau runding beri royalti saya setujulah.

"Itu memang hak Kelantan cuma nak tentu bila ahli Parlimen kita pergi Kuala Lumpur bolehlah runding," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun tetap dengan pendirian beliau bahawa dasar kebangsaan yang digunakan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat perlu diganti dengan dasar Islam seperti yang diterapkan oleh parti Pas di Kelantan.

Namun apa yang dipelikkan dasar Islam PAS ialah perbincangan untuk perpaduan Islam tidak boleh, Islam boleh dihina, PAS tidak pun mengeluar kenyataan persetujuan kartika Dewi patut disebat secara rasmi, PAS juga boleh menentukan sesorang masuk syurga dan neraka, Islam suku politik suku iaitu Islam ikut telunjuk DAP, Islam yang membenarkan gejala Zina kerana menyokong Elizabeth Wong dan banyak lagi penyelewengan terhadap Islam.

Adakah Pas mengikut ajaran Islam yang sebenar?..

Selasa, September 08, 2009

ANUwar pengkhianat - Pakatan Rakyat tidak akan mengamalkan kouta bumi dan bukan Bumi

2 Komen!!!
Pada 6 September lalu Anuwar AlJuburi dan para pembesarnya telah membuat lawatan di negeri Johor iaitu di Daerah Segamat. Sekali lagi ANUwar pengkhianat Melayu berkata bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mengamalkan kouta bumi dan bukan Bumi.... Satu bukti lagi Melayu akan berkubur di tanah air sendiri... jika ada kouta Melayu ketinggalan.. bagaimana pula jika Melayu tidak diberi kouta.

Adakah bangsa Melayu akan memberi pisau kepada bangsa llain untuk menyembelih dan menikam bangsa Melayu sendiri. Kini terdapat pengkhianat Melayu yang memberi pisau kepada kaum lain untuk menyembelih Melayu di negara mereka sendiri,

ANUwar kini aktif berkempen untuk mendapat sokongan kaum Cina untuk menjadi Perdana Menteri akan datang. Kerana hanya kaum Cina sahaja dilihat sebagai jalan untuk Anuwar menjadi PM. Adakah Melayu sebagai majoriti di negara ini sanggup melihat negara ini diserahkan kepada Kaum lain seperti di Pulau Pinang dan Selangor?. Kenapa kaum majoriti ini hanya berpeluk tubuh melihat hak mereka ditarik satu persatu. Jika Cina mempunyai kekuatan ekonomi tetapi jangan lupa orang Melayulah yang membeli barangan mereka. Jika orang Melayu boikot membeli barangan yang dijual oleh orang Cina pasti mereka akan merasai kesan terhadap ekonomi mereka.

Mantan MB Kelantan meninggal dunia

0 Komen!!!

Sep 8, 09 1:25pm
Mantan menteri besar Kelantan Tan Sri Mohamed Yaacob, 85, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur pukul 5.50 pagi ini akibat kanser paru-paru sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu Jumaat lepas.

Anak ketiganya, Dr Idora Mohamed ketika dihubungi Bernama berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad dan lima orang anaknya.

Jenazah allahyarham kini ditempatkan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor hari ini.

Tinjauan Bernama ke rumah allahyarham di Taman Uda Murni di Kota Bharu juga mendapati rumah itu kosong dan tiada sesiapapun berada di rumah berkenaan.

Allahyarham menceburi bidang politik sejak tahun 1950 dengan menyertai Umno dan bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dengan memenangi kerusi parlimen Tanah Merah.

Beliau pernah memegang jawatan menteri kabinet sebelum dilantik sebagai menteri besar Kelantan pada 1978 dan kekal dalam jawatan itu sehingga PAS menewaskan Umno untuk membentuk kerajaan negeri baru pada 1990.

Allahyarham yang dilahirkan di Palekbang, Tumpat itu juga pernah dilantik sebagai yang dipertua Dewan Negara pada 1996.

Sebelum itu, allahyarham pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kerajaan termasuk sebagai setiausaha sulit kepada Almarhum Sultan Kelantan, majistret, timbalan pendakwa raya dan penasihat undang-undang di Terengganu dan Johor. BERNAMA

8.9 juta - hadiah hari raya untuk penduduk Manik Urai

0 Komen!!!



Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan menyampaikan bantuan di MRSM Kuala Krai, semalam.



KUALA KRAI 7 Sept. - Biarpun tewas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Barisan Nasional (BN) tetap menunaikan janji untuk membantu penduduk di situ dengan peruntukan awal sebanyak RM8.9 juta menerusi tiga projek utama.

Projek tersebut ialah pembinaan jambatan dua lorong menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru bernilai RM8 juta, penambaikan Masjid Temalir (RM600,000) dan pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor dengan kos RM300,000.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sebagai menghargai kesediaan pengundi untuk membawa perubahan ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini petang ini.

Perdana Menteri berkata, ia sebagai tanda terima kasih dan membuktikan bahawa BN ikhlas menepati janji untuk membantu rakyat di kawasan berkenaan yang dianggap sudah membawa kemenangan walaupun tewas dengan majoriti amat tipis di kawasan kubu kuat Pas itu.

''Oleh kerana pemimpin UMNO di sini termasuk Ketua UMNO Bahagian memintanya maka saya sahkan projek membina jambatan ini akan dilaksanakan dengan anggaran sebanyak RM8 juta sebagai penghargaan kepada mereka dan menunaikan janji pilihan raya.

''Saya anggap ini sebagai menghargai sokongan pengundi di Manek Urai yang sebenarnya mahukan perubahan, mudah-mudahan yang sikit itu (majoriti) akan menjadi kenyataan sikit masa lagi," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Kira-kira 4,000 rakyat Kuala Krai menghadiri majlis itu.

Pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai lalu, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tewas dengan majoriti 63 undi kepada calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah.

Kekalahan tipis itu mengejutkan semua pihak kerana kawasan itu dikatakan kubu kuat Pas memandangkan pada pilihan raya umum lalu, calon Pas, Allahyarham Ismail Yaakob menang dengan majoriti, 1,352 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian Ismail akibat pelbagai komplikasi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Kerajaan Pusat dan BN akan terus membela nasib rakyat Kelantan dan Malaysia seluruhnya.

Beliau menegaskan, ia berdasarkan kepada hala tuju untuk memperjuangkan Islam, menjadikan ummah yang progresif dan berjaya di samping keadilan untuk semua kaum.

Sumber : utusan

Isnin, September 07, 2009

Isu Kuil - Pakatan rakyat atau pakatan gagal?

4 Komen!!!
"BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun"
-A. Kohilan Pillay,Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

"BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam"
-Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

"Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi"
-Profesor Dr. Ahmad Atory Hassan, Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia



Sumber: Utusan Malaysia

Jumaat, September 04, 2009

BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang

3 Komen!!!
04/09/2009 7:59pm

MARAN 4 Sept. - Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Noor hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti itu untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.

``Kita telah membuat keputusan daripada segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan, kita akan bertanding.

``Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Proogram Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini hari ini. -

Sumber: Utusan

Al Fatihah : ADUN Bagan Pinang Azman Mohammad Noor Meninggal Dunia

0 Komen!!!
SEREMBAN, 4 Sept (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohammad Noor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2 petang Jumaat.

Fakta pilihanraya DUN Bagan Pinang

Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum tahun 2008: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Pilihanraya Kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kongsi Link Anda