Popular Today

Isnin, Disember 21, 2009

Petronas jadi rakan penaja Mercedes GP

0 Komen!!!
21/12/2009 7:04pm

OXFORD, England 21 Dis. - Mercedes GP telah menandatangani persefahaman jangka panjang dengan gergasi petroleum Malaysia, Petronas bagi membolehkan syarikat minyak itu menjadi penaja utama pasukan Formula Satu berkenaan.

Bagaimanapun, perincian kewangan dan tempoh yang ditetapkan masih dirahsiakan dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jenama Silver Arrows dan Petronas bakal dipamerkan pada jentera Mercedes pada penampilan pertama ketika sesi ujian pramusim di Litar Valencia Februari tahun depan. - AP

Ahad, Disember 20, 2009

Dewan Pemuda PAS Kelantan desak Ariffahmi segera letak jawatan

0 Komen!!!
KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan.

Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut.

Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu.

Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.

Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti dan kerajaan dalam membangunkan negeri ini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan cepat kerana ia menjejaskan parti. Apa yang kita buat ini adalah bersandarkan kepada konsep parti menguasai kerajaan bukannya kerajaan menguasai parti.

‘‘Lagi pun Abdul Ariffahmi ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

PMBK sebelum ini mengumumkan Abdul Ariffahmi akan meletakkan jawatan pada Mac depan selepas diarahkan Nik Abdul Aziz yang dinasihatkan berbuat demikian oleh kepimpinan Pas Pusat.

Bagaimanapun Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan keputusan tersebut kerana tempoh tiga bulan itu terlalu lama dan memberi ruang yang banyak kepada musuh untuk menyerang.

Rosli Allani berkata, keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat penuh tersebut menunjukkan ketegasan dewan itu supaya isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

Mengulas mengenai tulisan isteri Abdul Ariffahmi, Nik Amalina di dalam blognya Seri Suri, beliau berkata, tindakan anak perempuan Nik Abdul Aziz itu betul untuk mempertahankan suaminya yang dianggap tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman.

“Memang diakui tulisan yang meminta seorang Exco meletakkan jawatan sedikit sebanyak menjejaskan parti tetapi di sini ada dua isu yang berbeza terutama dalam mempertahankan institusi kekeluargaan.

“Sebagai kawan lama, saya melihat Nik Amalina ada hak untuk mempertahankan suaminya daripada terus dihukum oleh orang ramai tanpa diberikan peluang membuat penjelasan,” katanya. - utusan Malaysia

Khamis, Disember 17, 2009

Edisi Khas : Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !

0 Komen!!!
BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :

* Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information

* Never plagiarise

* Identify and link to sources whenever feasible

* Never publish information they know is inaccurate -
and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt

* Distinguish between advocacy, commentary and factual information

* Admit mistakes and correct them promptly

* Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity

* Explain each blog's mission and invite dialogue with the public
over its content and the bloggers' conduct

* Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas

* Abide by the same high standards to which they hold others

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.

Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.

Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.

Sekian, terima kasih !


Yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

P/S : Harap dapat disebarkan oleh rakan-rakan samada blogger BPN atau bukan !!!

Jumaat, Disember 11, 2009

PAS Sokong DAP pertikaikan dana bina masjid

4 Komen!!!
Sebagaimana dijangka, pasti akan ada pihak dalam PAS yang akan menjadi pak turut kepada DAP.

Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."

Skandal PKFZ: Khamis siri pertama…ramai lagi akan didakwa

0 Komen!!!



Akhirnya…Khamis setelah sekian lama ,saat yang dinantikan sudah bermula bila tiga orang yang disyaki terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), dimana ribuan juta wang rakyat lesap ditahan dan didakwa dimahkamah.Tiga mereka ialah bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C.Phang ,Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee.Mereka ditahan dalam operasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.Yang pasti itu adalah siri pertama. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu satu sidang akhbar pada sebelah petang di pejabatnya Putrajaya lebih ramai individu termasuk 'jerung' akan didakwa di mahkamah berhubung projek PKFZ.Projek yang kontroversial itu melibatkan di kawasan seluas 400 hektar.Dakwaan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah bergema melihat kosnya yang melonjak dari lebih RM2 billion kepada lebih RM4.6 billion. Hu ha yang ada kaitan dengan isu PKFZ telah melalui pelbagai senario.Antara paling hangat ialah tuduh menuduh ‘sumbangan’ RM10 juta antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dengan bos syarikat kontraktor projek berkenaan iaitu Kuala Dimensi yang juga Ahli Parlimen Bintulu,Datuk Seri Tiong King Sing.


Baca seterusnya di Agenda Daily

Khamis, Disember 10, 2009

Amaran Us Nasha : Jangan pertikai dana bina masjid

1 Komen!!!
Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan wakil rakyat Taiping, Nga Kor Ming, yang juga setiausaha DAP Perak, boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham orang ramai.

Nasharudin, yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut. (baca seterusnya di Malaysiakini)

Ulasan Aspirasi : Adakah rakyat perlu bezakan antara pendapat Us Nasha yang mewakili dirinya dan bukan partinya atau ianya pendadapat Parti PAS secara rasmi?...

Jawapannya rakyat memang perlu bezakan antara pendapat us Nasha dan pendapat PAS... sebab tak mungkin PAS akan membelakangi sahabat mereka iaitu DAP...

Rakyat boleh mengatakan bahawa ianya hanyalah lakonan semata-mata dari pemimpin PAS... kita akan menunggu respon pemimpin-pemimpin lain dalam PAS khasnya Nik Aziz untuk mengeluarkan 'fatwa' beliau..

Nik Aziz : Mahfuz memandai-mandai

1 Komen!!!
KOTA BHARU 9 Dis. – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar disifatkan sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan Pas Pusat baru-baru ini.

Oleh itu katanya, Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.

Nik Abdul Aziz berkata, tindakan Mahfuz itu adalah satu kesilapan yang tidak mempunyai strategi dan hanya memberi peluang kepada UMNO untuk ‘berpesta’.

“Ucapan Mahfuz itu betul-betul memberi peluang kepada UMNO untuk berpesta. Itu kesilapan dia kerana ini benda yang sudah disiar dan dibincangkan, kenapa tidak berjumpa saya.

“Kalau benda ini belum siap lagi, dia boleh bercakap tetapi ia sudah selesai dengan pejabat agung (kepimpinan Pas pusat).

“Tetapi dia bercakap dengan umum juga, dia pandai-pandai. Itu tidak ada strategi,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga menantu Nik Abdul Aziz melepaskan jawatannya dengan segera bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan.

Masjid menjadi mangsa politik biadap DAP!!

0 Komen!!!
Isu bina masjid: Kor Ming dibidas

# Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.

# Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.

# Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.

baca seterusnya di Utusan Malaysia

Kongsi Link Anda