Popular Today

Jumaat, Januari 22, 2010

Hj Hadi bersetuju : Guna kalimah Allah sebagai terjemahan “God” tidak tepat

1 Komen!!!
Menarik, Muzakarah yang disertai tujuh ilmuwan Islam termasuk Hj hadi Awang, Presiden PAS anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat. (baca di sini)

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

"Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tujuh pakar itu ialah Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron; dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad. - (Baca di sini)

Kita mengetahui penggunaan kalimah Allah ini adalah tujuan politik semata-mata untuk menarim perhatian domestik dan antarabangsa. Perhatian domestik ialah tertumpu di dalam negara yang mehu menyentuh sentimen kaum bukan Islam serta dan Islam bagi menimbulkan keresahan di kalangan rakyat seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati dan lebih malang lagi apabila rakyat bertindak lebih kasar iaitu dengan serangan terhadap rumjah ibadat Islam dan bukan Islam.

Bagi sasaran antarabangsa ialah bagi merosakkan nama baik Malaysia di peringkat antara bangsa, seterusnya menggangu kestabilan ekonomi kerana menakutkan pelabur untuk melabur di negara ini.

Namun kita melihat langkah pro aktif kerajaan untuk menangani isu tersebut dengan mengadakan lawatan PM dan TPM di luar negara yang dilihat sebagai strategik seperti arab saudi, UAE, India, London dan sebagainya secara langsung memang dilihat dari sudut ekonomi tetapi dari sudut politik juga memberi kesan positif bagi menaik pelabur.

Kalimah Allah ini hanyalah permainan Pakatan Rakyat, namun apa yang peliknya ialah yang mahu menjadi juara Isu ini adalah orang Melayu iaitu Khalid samat, Pandangan beliau telah melampau arahan Sultan Selangor iaitu supaya Kalimah Allah hanya digunakan untuk umat Islam.. persoalannya kenapa?.. adakah khalid telah masuk kristian? sehingga dia sanggup mempertahankan pandangan beliau dan terkini beliau mahu enakmen mengenai kalimah Allah diubah..

Sedangkan DAP hanya berdiam diri melihat melayu bergaduh sesama sendiri... HJerald hanyalah alat Politik Pakatan Rakyat untuk membakar sentimen umat Islam dan meraih simpati undi bukan Islam.

Rakyat kena jelas ini bukanlah berkaitan agama pun tetapi ianya bertujuan untuk politik sempit Pakatan yang sanggup melacurkan 'Kalimah Allah' demi mendapatkan undi semata-mata walupun terpaksa jual agama!! Nauzubillah min zalik..

PKR semakin dibenci orang

0 Komen!!!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, trend hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berlaku kerana ramai anggotanya telah menyedari pemimpin mereka berjuang atas landasan sia-sia.

Beliau berkata, berdasarkan pelbagai maklumat yang telah diterimanya, ramai anggota parti itu kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tidak bagaimana dalam Barisan Nasional, seperti Umno dan rakan-rakan BN lain, mereka tahu bahawa kepimpinan PKR lebih banyak main politik tetapi tidak berupaya untuk memajukan negara atau menunjukkan kesunggguhan untuk majukan rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri, di sini.

Beliau diminta mengulas peletakan jawatan 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PKR cabang Kuala Selangor yang diketuai Khalid kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.

Muhyiddin berkata, bahawa sewaktu PKR ditubuhkan, ramai menganggotainya kerana sebab-sebab tertentu seperti terpengaruh atau terpedaya dengan kepimpinan parti itu.

"Saya jangka ramai lagi akan keluar menjelang pilihan raya akan datang,"katanya.-Bernama

Khamis, Januari 21, 2010

Khalid Bishop : 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman'

2 Komen!!!
Selepas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk kristian, kini Khalid Bishop berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dan perlu dibincangkan semula.

Beliau mempersoalkan kenapa enekman tersebut tidak dikaji kembali sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap. kerana pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi.Beliau juga mengatakan enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh berubah.(baca di sini)

Khalid Gagap sekali lagi membelakang titah Sultan Selangor yang berpegang kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam.

Nampaknya cara orang politik ini bercakap lebih dari mufti dan majlis Fatwa bercakap. Siapakah Khalid untuk bercakap mengenai kalimah Allah ini apakah Authorithy yang dia ni ada.

Rakyat perlu faham kenapa Si Khalid Bishop ini bersungguh-sungguh supaya kalimah Allah boleh digunakan untuk agama kristian. Semua ini kerana politik, dan media pula asyik memainkan isu ini demi sensasi dan memain sentimen agama.semua yang dilontar sebagai isu oleh pembangkang adalah tujuan politik semata-mata.

Kali Ini si Khalid menggangu pula enakmen agama Islam di negeri2. Apakah maknanya ini, maknanya adalah jika kalilah Allah boleh digunakan akan datang murtad juga akan dibenarkan.

Ini adalah berkaitan akidah umat Islam dan inilah tanggungjawab untuk pihak berkuasa agama mempertahankan sampai bila-bila.

Apakah makna siKhalid cakap kini kefahaman umat Islam semakin baik, atas apa dia berpegang, apakah usaha PAS untuk memantapkan agama Islam, sebaliknya tindakan PAS terhadap agama Islam menyebabkan umat Islam lebih keliru dan sesat.

Adakah kita tidak melihat contoh Indonesia, dimana umat Islamnya bercelaru antara pelaksanaan agama... tidak cukupkah lagi hendak mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu bertanggungjawab atas kematian pelajar

0 Komen!!!
Teguran tidak diendahkan, EXCO kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang perlu betanggungjawab.
Nasihat tersebut telah disampaikan oleh Persatuan Perahu Naga Pulau Pinang (PDBA) kepada kerajaan Pulau Pinang supaya tidak menganjurkan latihan atau perlumbaan perahu naga di kawasan laut terbuka kerana ianya berbahaya tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Sudahlah nasihat tidak diikut, kerajaan negeri juga telah memotong subsidi kelab sekolah yang menyertai perlumbaan perahu naga daripada RM2,000 kepada RM1,000.

Presidennya, Lim Chew Hock, berkata nasihat itu pernah disampaikan oleh beliau kepada Ahli Exco Kerajaan Negeri, Danny Law Heng Kiang, tetapi tidak diendahkan, malah pandangan persatuan tidak diambil peduli.

"Nasihat dan cadangan itu ditolak dengan alasan saya bukan ahli jawatankuasa Penang International Dragon Boat Festival dan tidak berhak memberi apa-apa cadangan ataupun nasihat kepada penganjur," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Bukan itu sahaja laut terbuka tidak sesuai dijadikan tempat latihan mahupun pertandingan perlumbaan perahu naga kerana ia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan mempunyai pelbagai risiko seperti ombak besar, arus deras, pasang surut air dan keadaan cuaca semasa.

Ahad lalu, seorang guru dan lima pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling lemas apabila perahu naga yang dinaiki terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum di sini. Mereka adalah antara 18 pendayung kelab sekolah itu yang akan menyertai Lumba Perahu Antarabangsa Pulau Pinang pada Julai ini. Seramai 12 pelajar lain berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan dibantu bot berhampiran tempat kejadian.

Bukan setakat itu, Kerajaan negeri sekarang juga telah mengurangkan subsidi kepada kelab sekolah yang menyertai perlumbaan perahu naga daripada RM2,000 kepada RM1,000 sahaja dan disebabkan pengurangan peruntukan itu, ia menyukarkan kelab sekolah untuk berlatih di pusat kegiatan air yang dikenakan bayaran.

Sekarang kita tahu siapa yang bersalah dalam hal ini, iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang gagal menjaga keselamatan rakyat sehingga tindakannya yang membenarkan latihan boleh dibuat di laut terbuka menyebabkan kemalangan dan seterusnya menyebabkan kematian walaupun nasihat telah diberikan.

Sumber : Berita Harian

Naib Presiden PAS yang dungu

1 Komen!!!
Tengah orang ramai menceritakan mengenai Cah Keting dalam PAS khasnya di kalangan pemimpin mereka, terdapat pula seorang Naib Presiden Pas yang dungu iaitu Datuk Mahfuz Omar mendakwa beliau langsung tidak mengetahui tentang isu amalan 'cah keting' atau cantas-mencantas dalam Pas yang kini menimbulkan polemik di kalangan pemimpin parti itu. Malah beliau juga mendakwa tidak mengetahui pendedahan mengenai amalan itu dibuat sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nampak sangat dungu beliau ni, tak payahlah nak berlakon bodoh macam PAS ni tengah tenang, sedangkan sedang bergelumang dengan taik di dalam. Iagat rakyat bodoh sangat ke nak menilai.

Sedangkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut mengesahkan wujudnya amalan itu bukan sahaja dalam Pas Kelantan bahkan di negeri-negeri lain. Kemudia juga diakui oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan pula berkata, penularan 'cah keting' itu berpunca daripada kewujudan pemimpin yang tamak dan mempunyai agenda peribadi.

Tapi macam mana PAS boleh dapat naib presiden dungu macam ni, kalau bab orang cepat dia tahu, tapai bila sampai bab PAS, tak tahu pula.. dengan zaman teknologi x payah lah nak belagak bodoh kalau tak dia yang dilihat bodoh.

Patut pun anak masuk pusat serenti (baca di sini), jenis bapak tak ambil tahu... entah-enagtah anak masuk pusat serenti pun dia tak tahu... Lebih Mahfuz ni balik jaga anak, jangan sampai anak hisap dadah lagi... tak payah nak sibuksibuk jaga negara.

S/u Kerja Exco Selangor pun balun rasuah juga ke?

0 Komen!!!
Ingatkan PKR ni parti suci, bersih, tapi rupanya parti 'taik' juga.. dalam melaungkan rasuah tetapi mereka di belakang belasah rasuah juga, sebelum ini terdapat juga kes rasuah di kalangan EXCO Selangor sehingga timbulnay kes Teoh Beng Hock yang pembangkang mendakwa ianya dibunuh SPRM, selepas ni ada siapa pula yang akan mati...

Kes Teoh Beng Hock ialah kes kontroversi yang ditimbulkan pembangkang, memang tidk logik SPRM nak bunuh Teoh kerana beliau memgang rahsia besar penyelewengann DAP termasuk rasuah dan menjalankan aktiviti samseng. Takkanlah saksi utama begini hendak dibunuh. Jika hendak diambil faktor politik, ini juga strategi politik bodoh yang merugikan BN..

Namun kita mengetahui tujuan pembangkang membuat tuduhan kepada SPRM hanya hendak menutup kes penyelewengan di kalangan mereka dan juga mendapatkan sokongan kaum Cina dengan memainkan sentimen perkauman. Sedangkan pada masa yang sama terdapat Seorang Melayu lelaki telah mati akibat jatuh bangunan kerajaan tetapi tidak pun mendapat perhataian pembangkang. Jadi pembelaan mereka hanyalah berdasar diskriminasi dan tujuan politik semata-mata.

Setiausaha kerja seorang Exco Selangor dan setiausaha sulit seorang ahli politik adalah antara 34 orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima sogokan serta rasuah seks berhubung kes mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri.

Penahanan besar-besaran itu dibuat dalam beberapa siri operasi kelmarin dan semalam hasil risikan, intipan, pemantauan dan pemerhatian sejak April tahun lalu berikutan 410 maklumat awam yang diterima SPRM

Beliau berkata, sindiket mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri itu dikatakan membabitkan sogokan lebih RM280,000, selain rasuah seks.

Shukri enggan mendedahkan lima negeri terbabit, tetapi difahamkan kes berkenaan berlaku di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Operasi masih berjalan dan SPRM menjangka akan ada lagi beberapa tangkapan dan saya berharap orang ramai memberi kerjasama.

"Saya tidak ada jumlah (akan ditahan) tetapi dijangka ramai lagilah... ada kemungkinan (pangkat) tinggi lagi, tunggu, sabar dan lihat," katanya pada sidang media di sini, semalam. - Berita Harian

Kata AB : SPRM menegaskan akan membuat tangkapan lebih banyak lagi termasuk mereka berjawatan tinggi... kita tunggulah sahajalah lepas ni...

Tapi semalam Malaysiakini ada melaporkan PKR buat kecoh semasa operasi penahanan terhadap Setiausaha Kerja salah seorang EXCO Selangor.

Namun rakyat mengetahui, amalan rasuah ni memang dah menjadi nanah dalam PKR... cuma mereka rahsiakan sahaja.. kita juga mengetahui malan rasuah ini bukan setakakat wang bahkan seks, bukan seks biasa bahkan seks luar tabii dah dibuat oleh pemimpin AGung Mereka ANuwar Aljuburi,PUNAHsihat ekonomi Selangor.

Apatah lagi ANuwar juga mengakui bahawa ahli PKR dan Yb mereka tidak berkualiti sebab itu ada yang letak jawatan dan disingkirkan dari PKR...

Melayu semakin menolak Pakatan Rakyat Perak

2 Komen!!!
Berdasarkan bancian Sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat Perak semakin merosot. Ini bermkna sokongan khasnya kaum Melayu semakin berkurang kepada PR penderhaka.

Nizar yang dianggap lembu DAP mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman berpunca daripada isu seperti beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu. Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sepatutnya semua Orang menolak pengkhianat dan penderhaka ini, Perbuatan biaDAP nya terhadap Sultan serta tindakan memberontak dan mengingkarai perintah Sultan amat dikesali. Perbuatannya yang pro DAP dengan membelakangkan kepentingan Melayu secara melampau dengan memberi tanah selama 999 tahun adalah contoh terbaik. Dan ini semua semata-mata tindakan populis untuk mendapatkan undi bukan Melayu dengan menjual kepentingan bangsa Melayu secara melampau.

Inilah perbuatan PAS dan Pakatan Rakyat yang melukakan hati bangsa Melayu yang sepetutnya di pertahankan oleh semua parti Melayu. Tetapi PAS menjadi boneka dan lembu DAP sehingga sanggup menjual prinsip perjuangan mereka.. perjuangan Islam PAS telah dilacurkan oleh mereka sendiri.

Rabu, Januari 20, 2010

PKR Kuala Selangor semakin 'nak mati'

5 Komen!!!
Tamparan terhadap ANUwar ALjuburi PUNAHsihat kewangan Selangor yang bakal menghadapi pembicaraan kes liwatnya dan Khalid 'tauke babi' apabila PKR cabang Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim dianggap "lumpuh" setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau. Dengan itu tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman. (baca di sini)

Malah menurut timbalan ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar endakwa Abdul Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan "penuh kecelaruan" tanpa asas tadbir urus yang kukuh. Arshad berkata, sejak 14 bulan lalu tiada sebarang mesyuarat dan gerak kerja dan aktiviti parti. Bukan setakat itu sahaja, terdapat ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti.

Sebagaimana biasa, jawapan sebagaimana skrip iaitu menuduh UMNO sedangkan telah berapa ramai yang keluar dari PKR dengan alasan yang sama iaitu tidak mempercayai kepimpinan Khalid gagap.

Cuba banyangkan sebagai ketua Cabang tetapi tiada mesyuarat yang dijalankan..apa jenis ketua macam ni.. nak buat rakyat pilih pemimpin yang makan gaji buta macam ni yang menghabiskan duir rakyat untuk membayar gaji beliau sedangka tiada aktiviti yang dijalankan. Jika MB PKR pun macam ni apatah lagi anak buah khalid gagap dua kali lima.

Namun inilah akibatnya jika rakyat hanya melihat dari rupa... indah khabra dari rupa, ingatkan elok tetapi penuh kudis dan kurap di dalam... apalah bangangnya PKR kuala Selagor dapat ketua macam ni...

Kongsi Link Anda