Popular Today

Rabu, Ogos 03, 2011

Edisi buku jinggay : Intitusi pendidikan semakin hancur di bawah PKR Selangor

2 Komen!!!
Apa sudah jadi institusi pendidikan di Selangor.. Cacar marba... Kelam kabut.. Huru hara.. Ini semua gara- gara tindakan campur tangan politik melampau...

Ada yanga melihat Naib Chanselor sebagai pak turut sahaja... Ini yang mahu dibuat oleh kerajaan PKR Selangor...

*****Ini dibuktikan dengan perletakan jawatan Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Rosti yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata, beliau tidak akan menjadi "pak turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar.

Difahamkan tindakan Rosti itu sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel berkenaan atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Rosti yang dicadangkan meletak jawatan dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu difahamkan tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Menurut sumber Utusan Malaysia, ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bagaimanapun, sehingga petang ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Unisel dan pejabat Menteri Besar berhubung peletakan jawatan Rosti.

Sent from my iPad

Selasa, Ogos 02, 2011

Edisi PAS boneka DAPigs : Kedah darul Maksiat!!!

0 Komen!!!
Edisi PAS boneka DAPigs : Kedah darul Maksiat!!!

Membangun bersama maksiat inilah slogan baru yang kini dilaungkan oleh Pasberg di Kedah.. Sebagaimana yang rakyat maklum slogan ini sangat bersesuain dengan negara kebajikan Pasberg setelah mereka menolak negara Islam..

*****Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

"Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

"Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?" katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

"Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas," katanya.

Menurut Mukhriz, kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

"Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

"Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?" katanya.

Menurut Mukhriz, rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

*sumber : Utusan Malaysia


Sent from my iPad

Khamis, Julai 28, 2011

Panas : Pakatan tahu Anwar memang bersalah!!!

0 Komen!!!
Panas : Pakatan tahu Anwar memang bersalah!!!

Belum apa- apa nampaknya pakatan dah nak cari pengganti untuk Anwar Aljuburi

Pakatan pembangkang nampaknya telah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang yang baru sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwatnya ketika ini..

Apakah maknanya semua ini.. Kali ini pakatan aljuburi mengetahui bahawa mungkin sangkut kerana bukti Anwar meliwat memang tidak boleh disanggah lagi..

Aljuburi sebenarnya semakin terdesak.. Hasrat anwar nak libatkan Najib dan Rosmah memang dah boleh dibaca.. Tapi apa tujuannya... Hanya politik semata-mata..

Apa yang penting ialah rakyat cuma nak tahu.. Tak kiralah Najib ke, rosmah ke, hj Hadi ke, Lim Kit Siang, Obama ke Yang mahu anwar libatkan.. Cuma yang rakyat nak tahu adakah Aljuburi benar- benar meliwat si Saiful!!! Tu yang penting!!!

tak kiralah siapa yang Anwar mahu libatkan yang penting ialah... Anwar meliwat atau tidak?

tak kiralah siapa yang Anwar mahu libatkan yang penting ialah... Anwar meliwat atau tidak?

tak kiralah siapa yang Anwar mahu libatkan yang penting ialah... Anwar meliwat atau tidak?

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, maklumat itu diperolehinya daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam PKR pagi ini.


Sent from my iPad

Rabu, Julai 27, 2011

Macam pisang panas!!!! 85000 tiket habis dijual dalam tempoh 2 hari

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Tickets for the showdown between the Malaysian Tigers and Singaporean Lions have been snapped up.

All 85,000 tickets were sold on Wednesday for the second leg of the Asian Zone World Cup second round qualifying match at the National Stadium in Bukit Jalil to be held on Thursday.

Singapore has a 5-3 lead going into the game.

The line for the tickets started at 7am. The counters opened at 9am but all the tickets were sold out by 11am.

About 5,000 people were could not get tickets and the 60 policemen there helped disperse the disappointed crowd..

Sumber: the star

Selasa, Julai 26, 2011

Syabas.. Pasberg terima ijazah kedoktoran dalam menipu rakyat!!!

1 Komen!!!
KUALA LUMPUR 25 Julai - Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.

"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.

"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.

Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan.

Ditanya mengenai tindakan Mohamad menukar pendirian itu bererti dia mempercayai bukti dari rakaman video, sekali gus berbeza pandangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya menganggap video sekadar besi, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu campur dalam soal itu.

"Soal antara Mat Sabu dan Hadi Awang saya tidak mahu campur, itu urusan parti berkenaan. Apa yang penting, saya minta masyarakat menilai siapa yang bercakap benar dalam isu ini dan berilah sokongan kepada parti yang terbukti memerintah dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mempunyai rakaman video mengenai pelbagai bentuk lakonan oleh pemimpin politik pembangkang ketika mereka menyertai demonstrasi Bersih dan berjanji akan mendedahkan pada masa yang sesuai.

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah ia bermakna Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai rakaman video tersebut, beliau sekadar berkata: "Saya tidak kata ATM, saya kata kita juga mempunyai video berkenaan, ia diserahkan oleh rakan-rakan dan orang awam."

Ahad, Julai 24, 2011

Dap Rasis terus perlekeh Suruhanjaya Diraja

0 Komen!!!
Kebelakangan ini DAPigs nampaknya terus cuba mengelirukan rakyat berhubung keputusan Suruhanjaya diraja berkaitan kematian Teoh Beng Hock...

Manakan tidak!!! Isu ini diperlukan DAPigs untuk memperkudakan keluarga Teoh Beng Hock bagi meneruskan talian hayat DAPigs.

Sebenarnya isu ini sepatutnya dah lama selesai namun disebabkan DAP yang terus perkudakan keluarga Teoh Beng Hock untuk politikkan kematian Teoh Beng Hock dengan tujuan untuk membodohkan rakyat dengan memberi imej buruk kepada kerajaan...

Apa yang patut diambil perhatiann ialah tindakan Dap terus pertikaikan Keputusan suruhanjaya di Raja menujukkan PARTI CINA RASIS ini mahu perlekehkan Suryhanjaya ini...

Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syed Akhbar Ali berkata, tindakan itu juga boleh dianggap seperti tidak menghormati segala undang-undang yang terdapat di negara ini.

"Saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh terima keputusan tersebut pada hal suruhanjaya itu ditubuhkan atas kehendak orang ramai dan mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan negara.

"Sekiranya mereka terima keputusan bila suka dan tolak keputusan apabila ia tidak berpihak kepada mereka, maka mereka tidak memberi penghormatan kepada penubuhan suruhanjaya diRaja ini!!!


Sent from my iPad

Pasca berSHIT2.0 : Pakatan PASberg susah hati penipuan terkantoi!!!

2 Komen!!!
Nampaknya usaha puak Aljuburi nak terus menipu rakyat terencat kerana segala pembohongan yang dirancang terkantoi..

Sekarang mereka persoalkan kenapa selepas 2 minggu baru keluarkan tayangan video tersebut..

pemimpin PAS katakan "Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,". Sebenarnya kenyataan ini tidak tepat yang dikatakan pemimpin pembangkang ni..

Sebenarnya usaha pemimpin pmbangkang yang mahu burukkan imej polis gagal!!!

Ini membuatkan pemimpin pembangkang menerima kemaluan yang amat besar.. Cara jalan keluar ialah menyalahkan polis dan mengaitkan polis dengan UMNO.. Tapi macam biasa mereka tidak pernah bincang tentang subjek utama.. Tetapi mereka cuma nak libat pihak yang terkeluar dari subjek!!

Lihat sahajalah dakwaan Mat Sabu dahulu yang katakan pajero polis langgar beliau!!!

lepas ni jenuh la nak berbohong lagi demi menutup dusta yg nyata.

1. Tiada bukti mangkuk atas motor yang ditunjuk dlm video tersebut adalah mat sabun.

2. Land rover tadi dah tukar jadi proton waja mcm dalam citer transformers.

3. Mat Sabun tak tau beza antara land rover dgn proton waja.

4. Mat sabun tak tau beza dirempuh dgn terjatuh masa buat illegal u-turn. (poli trafik!!saman le apa lagi??)

heh. PASngok..oi..PASngok..bongoknye la..

Hakikatnya helah Puak pembangkang dah terkantoi!!!!!


Sent from my iPad

Pendedahan Suruhanjaya : Bukti DAPigs terus perkudakan keluarga Beng Hock

0 Komen!!!
Kebenaran dah terserlah.. Suruhanjaya diraja yang berlangsung lebih 50 hari dan memanggil seramai lebih 70 orang saksi termasuk pakar dari dalam dan luar negara telah memutuskan bahawa Teo Beng Hock telah mati kerana bunuh diri kerana mempunyai mentaliti yang lemah..

Ianya dibuktikan dengan kenyataan pakar dari Australia yang dipilih oleh majlis Peguam sendiri!!!

Siapa tu Majlis Peguam... Iaitu pihak yang pro kepada Pakatan... Selain itu rakyat juga jangan terlupa bahawa siapakah yang mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya diRaja.. Ianya didesak oleh pihak Pembangkang sendiri...

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ahli politik terutamanya DAP yang disifatkannya sebagai lidah bercabang di dalam dan di luar mahkamah seharusnya berhenti memperkudakan keluarga Beng Hock demi kelangsungan politik mereka.

"Kepincangan DAP telah mengakibatkan Beng Hock membunuh diri. Kepincangan DAP mengaitkan Beng Hock dalam kes rasuah dan hal-hal bersangkut-paut dengan pemberian kontrak di Selangor. Kenapa pihak lain dipersalahkan dan bukannya DAP?" katanya.

Beliau berkata, DAP sekurang- kurangnya perlu memohon maaf kepada keluarga Beng Hock kerana secara tidak langsung telah menyebabkan kematiannya selain perlu membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada mereka.

Fuad Zarkasyi pula berkata "Pembangkang memang tidak mahu isu itu selesai sebab mereka hidup atas isu. Jika tidak ada isu mereka akan terus berasa bimbang kerana tidak boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

"Dulu pembangkang yang menuntut suruhanjaya ditubuhkan, tetapi apabila ditubuhkan mereka tidak mahu duduk dalam suruhanjaya dan sekarang keputusan sudah ada, mereka tidak percaya pula,''

Nampaknya pembangkang kini semakin ketandusan kerana penipuan demi penipuan mereka semakin terdedah dan dihidu oleh rakyat!!!


Sent from my iPad

Kongsi Link Anda