Popular Today

Selasa, Mac 06, 2012

Dangkalnya pemikiran presiden PAS

0 Komen!!!

Patutlah PAS terus menjadi boneka DAP dan PKR.. apabila presidennya mempunyai pemikiran yang dangkal yang jelas berasaskan emosi lebih daripada akal.

Presiden PAS masih mengulangi hujah yang sama (klik sini) kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO berbaning DAP yang Rasis dan Sekular serta liberal..  iaitu UMNO Kebangsaan.. UMNO Tolak islam.. UMNO Jahiliyah.. UMNO Zalim.. UMNO Penjajah.. UMNO Sekular.. UMNO tak konsisten.. UMNO serah kawasan majorti Melayu pada MCA..

Rasanya Presiden PAS terlupa siapa yang haramkan kerjasama dengan bukan Islam dulu..siapa yang kata x perlu kawan dengan bukan Islam..

"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.............. .... Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."
Sekarang siapa yang peluk cium dengan Kafir Harbi DAP.. siapa yang menentang negara Islam.. siapa yang akan kekalkan negara ini negara sekular.. tentu DAP...

Siapa sebenarnya tidak konsisten.. UMNO jelas dari dahulu telah melaksanakan hubungan antara kaum lebih awal dari PAS.. bukan setahun dua.. bahkan berpuluh tahun lamanya... Walaubagaimanapun UMNO masih menjadi tonggak kepada BN..

Bagaimana pula dengan PAS.. akibat PAS berkawan dengan DAP kuasa PAS semakin lama semakin berkurang.. pada 2004 Pas bertaning di 84 kerusi Parlimen... dan ianya berkurangan pada tahun 2008 dengan hanya 67 kerusi sahaja PAS bertanding.. iaitu berkurangan sebanyak 17 kerusi.. dan kerusi PAS bertanding akan semakin berkurangan bila PAS johor mengumumkan kurang satu kerusi  PAS bertanding di Johor..

Inilah penipuan terbesar PAS kepada umat Islam yang mengatakan PAS akan terus laksanakan hudud dan negara Islam.. sedangkan dari segi jumlah kerusi PAS tidak mungkin mampu untuk laksanakan Islam.. bukan laksana bahkan bersuara pun tidak mampu..

Hakikatnya PAS tidak mungkin ganti UMNO.. dari segi kerusi PAS pun dah kalah.. PAS juga tidak mungkin kepalai Pakatan.. PAS hanaya boneka.. boneka.. dan boneka

Dakwaan UMNO zalim.. berapa banyak kerajaan BN pecat kakitangan awam yang sokong PAS.. berapa banyak anak penyokong PAS yang dapat bantuan biasiswa.. berapa ramai penyokong PAS dapat bantuan JKM dan macam-macam lagi..

Mengenai kerusi pula.. inilah konsep kongsi kuasa yang sebenar.. jelas dengan pembahagian.. UMNO menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam yang hormat pada Islam.. bukan seperti PAS.. sejarah Abu Talib ialah bukan Islam yang setia pada Islam bukan sebaliknya..

Banyak lagi yang dicerita oleh PAS ni.. namun x de beza dengan amanatnya yang dulu...

Hakikatnya PAS masih dalam kotak pemikiran dahulu.. bahkan lebih malang apabila kaki, tangan dan mulut mereka diikat dan disumbat menyebabkan mereka terus menjadi boneka yang baik kepada Pakatan biaDAP dan PKR..


Terima Kasih BN...

1 Komen!!!
Peluang BN kepada anak Melayu!!!

Jangan salahkan orang : Nik Aziz yang perlekeh Islam

1 Komen!!!
Memang cara PAS dan sekutunya yang asyik menuding jari kepada orang lain.. Ianya cara mudah untuk melepaskan diri dengan menyalahkan orang lain.

Nik Aziz menuduh BN lekeh Islam kerana kerajaan kelantan amal pentadbiran cara Islam.. hakikatnya Nik Aziz yang perbodohkan diri sendiri..

Laungan membangun bersama Islam hanyalah slogan politik semata-mata.. kerana hakikatnya PAS kini  membangun bersama DAP.. apapun yang PAS buat mesti di bawah telunjuk DAP dan PKR...

Bagaimana Nik Aziz kata membangun bersama Islam dalam masa yang sama Nik Aziz boleh membiarkan Aljuburi menyokong keselamatan Israel.. sebab itu, Islam diperlekehkan kerana tindakan pemimpin PAS sendiri.

Lihat sahaja PAS Kelantan dari segi membangunnya bersama Islam.. berapa banyak masjid yang PAS buat sepanjang memerintah Kelantan.. berapa banyak tempat maksiat, pusat pelacuran.. Kelantan juga menjadi juara HIV paling tinggi di Malaysia 3 kali berturut.. inilah sebenarnya anugerah yang patut diberikan kepada Kelantan!!!

Lihatlah cara Nik Aziz nak pegang jawatan MB sampai mati.. caranya mudah dengan jadikan Islam sebagai alasan.. Islam tak salah, yang salah Nik Aziz yang nak pegang jawatan sampai mati.. dah tak de pemimpin muda agaknya kat Kelantan ni.. Cukup-cukuplah Nik Aziz umur dah lebih 80 tahun... cukup dah firaun tu.. kecuali Nik Aziz nak jadi Maha Firaun zaman baru!!

Selasa, Februari 28, 2012

Syabas DS Najib : akses penuh SPRM terhadap harta pak menteri

0 Komen!!!


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka.

Maklumat tersebut yang sebelum ini hanya boleh diakses oleh Perdana Menteri akan diserahkan kepada SPRM bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka kepada umum, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel penasihat SPRM membuat saranan itu bahawa mereka akan diberi salinan pengisytiharan harta anggota pentadbiran keluarga termasuk ahli keluarga mereka.

"Saya bersetuju dengan saranan panel penasihat bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen pengisytiharan harta semua anggota pentadbiran Persekutuan," kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di sini, hari ini.

Najib berkata, kerajaan telah sekian lama meminta semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk keluarga terdekat untuk mengisytiharkan harta mereka kepada beliau menerusi dokumen pengisytiharan.

"Setiap pertambahan atau pelupusan harta mesti diisytiharkan secara berkanun," katanya.

Ketika menghasilkan kertas cadangan itu baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berharap agar kerajaan negeri mematuhi perintah itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengalu-alukan saranan itu dan berkata pasukannya akan bertemu dengan beberapa pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan pelaksanaan tersebut.

Katanya, mereka akan meminta salinan dokumen pengisytiharan yang kini berada di tangan Perdana Menteri.

Abu Kassim berkata, perhatian utama SPRM bukanlah jumlah aset sebelum mereka menyandang jawatan dalam kerajaan, tetapi yang penting ada atau tidak pertambahan yang mendadak sehingga boleh menimbulkan keraguan sepanjang memegang jawatan kerajaan.

Isnin, Februari 27, 2012

Krisis Pas Kedah semakin kronik akui S/U PAS

0 Komen!!!
Pas akan hantar pasukan untuk kendali masalah dalaman PAS Kedah..

Hakikatnya bau busuk tak boleh disembunyi.. Kalau dahulu Pas nafikan.. Tetapi hakikatnya memang PAS Kedah mempunyai masalah dalaman..

Apabila S/U Agong Pas kata nak hantar pasukan selesaikan masalah PAS kedah membuktikan ianya adalah masalah serius..

Tun Mahathir bidas Anwar kerana bermuka-muka mengenai isu Israel

0 Komen!!!
1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Anwar merupakan percubaan untuk mengalih perhatian terhadap pendiriannya iaitu, “Saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” (I support all efforts to protect the security of the State of Israel) kepada soal pengiktirafan negara itu.

2. Israel telah mengambil sikap bahawa untuk keselamatan negara, ia akan mengganas lebih daripada pengganas (out terrorise the terrorists). Sebab itu kita lihat tindakan Israel apabila menuduh pihak Palestin melaku keganasan kepadanya, ialah dengan serangan yang keterlaluan.

3. Demikian kerana kononnya Israel diserang oleh puak Palestin, Israel melancar serangan yang dahsyat supaya penduduk Jenin sebuah bandar kecil Palestin terbunuh beramai-ramai dan bangunan-bangunan diroboh semasa penduduk-penduduk masih ada dalam ruman dan bangunan. Penduduk Jenin yang terdiri daripada orang awam, lelaki, perempuan, tua dan muda termasuk kanak-kanak di bunuh. Ini adalah balasan Israel untuk kepentingan sekuritinya.

4. Demikian juga di Gaza. Demi sekuriti bagi Israel, tenteranya telah melanggar masuk Gaza, membunuh lebih daripada seribu orang Palestin, menghancurkan hospital, sekolah dan ruman-rumah kediaman. Bekalan air dan api di hancurkan.

5. Kemudian walaupun atas desakan masyarakat antarabangsa tentera Israel berundur, tetapi sekatan diadakan supaya tidak ada bekalan makan dan ubat-ubatan yang dapat masuk Gaza. Bangunan-bangunan yang telah roboh akibat bedilan tentera Israel tidak dapat dibaiki kerana bahan-bahan binaan dihalang oleh Israel daripada dibawa masuk Gaza.

6. Penduduk yang rumah mereka telah dimusnah terpaksa tinggal dalam khemah atau rumah yang tidak berbumbung atau dinding. Di musim sejuk mereka menggigil kesejukan. Yang tua dan anak kecil boleh mati kerana kesejukkan.

7. Walaupun sudah undur dari Gaza bedilan roket dan meriam diadakan hampir setiap hari.

8. Apabila Malaysia dan Turki membawa barangan makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan dengan kapal, tentera Israel menyerang kapal MV Marmara di perairan antarabangsa dan membunuh sembilan orang Turki yang tidak bersenjata.

9. Sekatan yang dibuat oleh Israel tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa. Sudah tentu serangan dan pembunuhan orang awam yang sedang mengerjakan kerja kebajikan adalah salah dari segi undang- undang antarabangsa. Namun Israel tidak sedikit pun mengaku bersalah dan Amerika menyokong Israel dengan pendirian dan perbuatannya.

10. Kenapakah semua ini dilakukan. Israel mendakwa bahawa mereka sedang mempertahan keselamatan atau sekuriti negara mereka.

11. Israel memasuk dalam tahanan beribu rakyat Palestin tanpa sebab dan tanpa bicara. Tujuannya ialah supaya jika seorang dari askar Israel ditawan oleh rakyat Palestin, maka Israel akan menebus rakyatnya dengan melepaskan 500 orang tahanan.

12. Israel tidak memperdulikan garisan sempadan yang ditentukan oleh masyarakat antarabangsa. Sebaliknya Israel menawan lebih banyak wilayah Palestin dan dengan angkuhnya mendiri perumahan bagi rakyatnya di wilayah Palestin. Jalan dibina dalam kawasan Palestin yang orang Palestin tidak dibenar menggunanya.

Baca selanjutnya di blog chedet

Badrul Amin diarah bercuti sebulan

0 Komen!!!


KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri orang di Pahang semalam.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, cuti rehat berkenaan bertujuan membolehkan Badrulamin melakukan kerja-kerja membersihkan nama beliau.

“Kerajaan negeri berharap cuti tersebut akan digunakan untuk menumpu perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Sumber : utusan Malaysia

Ahad, Februari 26, 2012

Tayangan blockbuster : Badrul Lynas the Movie

0 Komen!!!
Hahaha.. Hijau jangan tak hijau...

Hijau biji mata tengok kote Badrul Amin stim!!!!

Gambar : blog MPP

Tanyangan perdana pada 25 Februari 2012

Masa : 2.00 pagi

Tempat : Hotel Swiss Garden, Kuantan, Pahang

Pelakon tambahan : suami mangsa, pegawai penguatkuasa JAIP dan pihak media yang terlibat..

Kongsi Link Anda