Popular Today

Sabtu, Mei 17, 2014

Anwar akui PKR parti samseng..

0 Komen!!!
Pemilihan kali ini lemah, ada campur tangan gangster - Anwar Ibrahim
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Gambar fail)

PETALING JAYA:Kepincangan pemilihan PKR 2014 berlaku akibat campur tangan pihak luar termasuk gangster, kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. (rujuk sini)

Anwar juga mengakui pemilihan parti kali ini mempunyai kelemahan dan sistem pengundian yang dijalankan PKR perlu dilihat kembali.

"Saya akui terdapat kelemahan dalam pemilihan kali ini dan sistem pengundian yang digunakan perlu dilihat kembali untuk ditambah baik.

"Pimpinan PKR amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku, terutama sewaktu proses pengundian di Selangor.
Persoalannya bagaimana Gangster pun boleh campurtangan??

Bukankah pengundi sesuatu parti hanya melibatkan ahli mereka?

Ini secara tidak langsung menunjukkan mereka yang terlibat dalam PKR ialah kumpulan gengster!!

sebab itu tidak terperanjat jika kita melihat kegiatan samseng berlaku dalam pemilihan PKR seperti bergaduh, membohong, pengundi hantu dan sebagainya.. 


Jumaat, Mei 16, 2014

Najib mahu saman Malaysiakini

0 Komen!!!
Najib-300x225KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Malaysiakini berikutan penyiaran dua artikel berkenaan pandangan pembaca tentang kemelut di Terengganu.
Portal Malaysiakini melaporkan, notis tuntutan diserahkan semalam oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili UMNO dan Najib, yang mendakwa dua artikel terbabit mengandungi kata-kata fitnah dan berniat jahat.
Najib dan UMNO turut menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada portal berkenaan serta menarik balik artikel terbabit
Malaysiakini juga dituntut membayar ganti rugi untuk kos kerosakan reputasi yang buruk selain memohon maaf dalam tempoh 48 jam, lapor Bernama.

sumber : KLpost

Artis Malaysia : peminat melampau atau artis tidak sensestif??

0 Komen!!!
GARA-GARA KONGSI GAMBAR NELYDIA SEDANG TIDUR, QI RAZALI DIKRITIK PEMINAT?


Bila sudah bergelar selebriti, segala yang dilakukan pasti akan jadi perhatian banyak pihak. Seperti kebiasaan, mereka juga insan biasa seperti kita. Mahu berkongsi detik suka duka dalam laman sosial mereka. Cuma kadang-kadang apa yang mereka kongsikan disalah ertikan oleh segelintir peminat.
Terbaru, Instagram pelakon Qi Razali menjadi sasaran kritikan peminat. Ia gara-gara Qi berkongsi gambar Nelydia Senrose sedang tidur bersama seorang kanak-kanak lelaki dan Qi menyelitkan kapsyen, ‘Awwww…what a sight…Ciri2 keibuan… :)’.
Sekali pandang, rasanya tak ada apa yang salah dengan gambar berkenaan. Cuma terdapat pula segelintir pengikut Qi yang melihat ianya sebagai satu kesalahan dan menganggap tidak manis untuk dia berkongsi gambar sedemikian.
instagram-qi-razali
Ada juga yang beranggapan, Nelydia berbaring di atas perut seseorang dipercayai Qi. Wah, tajam sungguh pemerhatian peminat-peminat. Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati Qi untuk segera mengahwini Nelydia bagi mengelakkan fitnah.
komen-peminat-1
komen-peminat-2
Namun demikian, Nelydia kemudiannya membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan peminat hanya memperbesarkan isu berkenaan sedangkan tiada apa yang berlaku.
komen-peminat-3
Selain komen negatif, ada ramai juga peminat mereka yang menganggap gambar berkenaan sebagai sesuatu yang ‘sweet’ dan tidak sabar ingin melihat anak-anak Qi dan Nelydia sendiri suatu hari nanti.
Sumber asal: OHBULAN

Sukarnya menjadi artis di Malaysia..

2 Komen!!!

Belum reda dengan isu pakai skirt pendek, Fauziah Gous kembali dengan aksi terkangkang untuk tatapan peminat beliau..

Gambar tersebut dimuat naik dalam laman instagramnya sendiri dan dikongsi dengan ribuan peminatnya..

Tak tahulah apa yang best sangat dengan gambar terkangkang tersebut.. Mungkin ianya sekadar seni, atau sekadar nak cari publisiti..


Namun sebagai wanita melayu yang diajar tentang kesopanan, tak wajar rasanya Fauziah Gous bergambar macam tu.. Nampak kasar sangat pulak bila tengok anak dara melayu terkangkang macam tu kan..

Nak bergambar tu boleh saja.. Banyak lagi pose lain boleh digayakan.. Tak bermakna terkangkang macam tu orang akan suka.. Tak pasal-pasal kena kutuk dalam laman sosial nanti.. ~UtaraNews.com

Khamis, Mei 15, 2014

Anwar tergamam dengan KJ

0 Komen!!!

Media sosial meletus dengan ejekan berhubung gambar yang menunjukkan Menteri Besar baru Terengganu Datuk Ahmad RazifAbdul Rahman mencium tangan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Gambar itu dirakam semasa satu perjumpaan di kediaman rasmi
perdana menteri di Putrajaya semalam untuk menyelesaikan krisis politik di Terengganu.

Pada halamanFacebook Malaysiakini,terdapat sekitar 500 komen mengenai gambar tersebut, dan dikongsi oleh 700 yang lain. Dan ini hanya di edisi bahasa Inggerisportal berita tersebut sahaja.

Kebanyakan pengulas mengkritik Ahmad Razif dan menganggapnya sebagai perbuatan "mengampu".

Turut serta ialah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimyang tweet semula gambar itu dengan tulisan "Hidup Feudalisme Umno".

Ini mendorong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membalas dengan gambar lain, yang menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur mencium tangan Anwar.

Gambar itu yang dipercayai diperolehi dari sebuah portal berita, telah menarik banyak reaksi.

Pengguna Twitter Keem Mazni memuji Khairy dengan berkata: "Hahaha! Good one KJ! Suka Cakap tapi lupa diri."

Seorang lagi pengguna, Ahsraf Roslan berkata: "Wah! Khairy simpan gambar Anwar dalam hp? Thats good!.

Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud

2 Komen!!!
Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud
Pelawak Harith Iskander

KUALA LUMPUR: Kecoh Khamis minggu lalu apabila pelawak dan pelakon iaitu Harith Iskander dikritik hebat selepas memuat naik status mempersendakan hukum Hudud di laman Twitter miliknya.

Ketika dihubungi pihak Astro Gempak, Harith menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan hukum Islam itu lebih-lebih lagi status tersebut disalah ertikan ramai pihak.

“Ya ramai yang marah dengan saya kerana status tersebut. Saya mohon maaf jika status tersebut mengguris hati sesetengah pihak. Sejujurnya saya tidak berniat untuk mempermainkan agama sendiri.

“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana ianya hanya perkara kecil. Mungkin apa yang cuba saya sampaikan disalah ertikan sesetengah pihak,” jelas Harith ketika dihubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu Harith menafikan status tersebut ditujukan kepada individu tertentu.

“Sejujurnya status tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau individu tertentu. Mungkin pandangan saya berbeza dengan orang lain.

“Macam saya cakap apa yang saya sampaikan mungkin apa yang orang lain baca disalah ertikan.

“Apa yang saya dapat lihat ramai yang marah dah bertindak terus tidak lagi jadi pengikut akaun Twitter saya.

“Saya tidak terkilan jika perkara tersebut berlaku kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian,” tambah Harith lagi mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

Dikehendaki!! Muka-muka samseng PR semasa perhimpunan anti-GST

1 Komen!!!

Polis hari ini mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul wartawan semasa perhimpunan anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur 1 Mei lalu.

Pasukan itu menyiarkan gambar berkenaan di Facebook sejak petang ini bagi membolehkan orang ramai mengecam suspek terbabit untuk membantu siasatannya.

"Pihak polis mengambil kesempatan untuk menyeru mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka yang terdapat di dalam gambar untuk memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini," kenyataan itu dipetik.

Menurut polis, mereka bertindak selepas menerima aduan dari seorang wartawan akhbar bisnes Focus Malaysia pada malam hari kejadian.

Pengadu mendakwa dalam kejadian jam 5 petang ini, kira-kira 20 hingga 30 pemuda berpakaian hitam melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media di Dataran Merdeka.

Kumpulan yang sama kemudian menyerang dengan menendang dan menumbuk pengadu dan dua lagi petugas media dari akhbarOriental Daily dan The Malaysian Reserve.

"Akibat serangan ini pengadu telah mengalami ketakutan dan kesakitan serta takut menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.

Menurut polis, kesalahan tersebut dikategorikan sebagai "merusuh" dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau didenda, atau dipenjara selama dua tahun dan didenda.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi ASP Ananthan Rajoo dari Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099.

Seorang pemuda berhati mulia..

0 Komen!!!

 Hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Kongsi Link Anda