Popular Today
Khamis, Mei 29, 2014
PEMIMPIN PKR BIADAP!! HINA ALMARHUM SULTAN PERAK DALAM TWITTER
Kuala Kangsar, 29 Mei - Disaat rakyat seluruh negara berdukacita dengan kemangkatan baginda Sultan Perak, Pemimpin PKR, Dr Badrulamin Baharom pula didalam laman sosial Twitternya menyifatkan Almarhum Sultan Perak akan dikenang oleh rakyat sebagai orang yang membantu Umno/BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.
Tindakan menghina secara terang-terangan terhadap Sultan dan sentiasa beranggapan pentadbiran serta pemerintahan yang sedia ada perlu dihapuskan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa pemimpin PKR ini sanggup menderhaka demi mencapai matlamat didalam dunia politik kotor mereka.
Tindakan beliau ini juga jelas menunjukkann bahawa kebencian terhadap pemerintahan beraja, kejelikan terhadap apa-apa sahaja sistem selain sistem komunis dan sosialis di negara ini begitu terserlah. Beliau yang sepatutnya menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub didalam prinsip kedua Rukun Negara perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya agar ia dapat menjadi tauladan dikemudian hari.
Sementara itu, tindakan penghinaan terhadap Sultan ini juga telah mengundang kemarahan rakyat kepada pemimpin PKR tersebut dan mahu pihak yang berwajib menyiasat dengan segera perkara ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebiadapan pemimpin PKR tersebut walaupun beliau dikenali sebagai Ustaz dalam parti berkenaan.
Tindakan beliau ini juga telah mencemarkan imej agama Islam yang mengajar umatnya supaya taat dan menghormati Raja serta imej gelaran Ustaz yang bermaksud mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam yang dihormati oleh masyarakat sebelum ini.
Johor Sultan wants special team to appeal Batu Puteh Island decision

Sultan Ibrahim of Johor says he wants the state government to coordinate the weekends for all sectors in the state for Fridays and Saturdays as has been gazetted. — Bernama pic
Sultan of Johor Sultan Ibrahim today instructed the Johor state government to set up a special team to consider making an appeal against the decision by the International Court of Justice (ICJ) on Pulau Batu Puteh.
Sultan Ibrahim said the move was in accordance with his late father Almarhum Sultan Iskandar’s instruction that the island belonged to Johor and that it must remain as part of the state of Johor.
The Sultan made the statement when opening the second session of the 13th Johor State Legislative Assembly at Bukit Timbalan today.
Sultan Ibrahim also wanted the state government to coordinate the weekends for all sectors in the state for Fridays and Saturdays as had been gazzetted.
He said he had received complaints from parents working in the private sector that they did not get to spend time with their children because they had to work on Fridays.
The Sultan also instructed that local contractors benefit from the implementation of the Pengerang Petroleum Complex near Kota Tinggi.
He said the development would have a huge impact on the Johor economy and should benefit the people of Johor.
While expressing gratitude that Johor had been developing well, Sultan Ibrahim reminded all elected representatives to prioritise the people’s interest over that of their own.
“I wish to remind state representatives to shoulder their responsibilities without any preference for race, religion or political beliefs.”
sumber : Rakyat Post
"Dia terlalu muda untuk bersama saya..." kata Abby Abadi
Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .
"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.
"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.
Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.
Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.
Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.
Ustaz Kazim menyesal tolak jadi MT UMNO
Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.
Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.
Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.
“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.
Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.
“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.
“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.
“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.
Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.
Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?
Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.
“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.-29/5/2014
SUMBER; AGENDA DAILY
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Selamat Dimakamkan
KUALA KANGSAR: Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada jam 6.25 petang tadi.
Sebelum itu, jenazah Almarhum diusung menggunakan Siraja Diraja dari Istana Iskandariah kira-kira jam 4 petang.
Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Jenazah Almarhum tiba di pekarangan Masjid Ubudiah pada jam 4.25 petang diiringi Pasukan Istiadat Angkatan Tentera dan alunan nafiri sebelum disembahyangkan.
Turut mengiringi, Sultan Perak yang baru diisytiharkan, Sultan Nazrin Shah dan anggota kerabat diraja serta pembesar negeri.
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah disembahyangkan pada jam 5.10 petang.
Talkin dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
SUAMI ABBY ABADI LAKUKAN DUA KALI LAFAZ CERAI
Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.
Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.
Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.
Mereka bernikah di Selatan Thailand. Berita penuh akan dilaporkan kemudian.
MStar
AMBIL GAMBAR 'SELFIE' DI LOKASI KEJADIAN KES #RO-GOL 38 LELAKI, WARTAWAN KOSMO DIKECAM!
Tindakan seorang wartawan Kosmo mengambil gambar selfie di rumah kosong yang dikatakan tempat berlakunya kejadian kes 2 gadis di#per-kosa 38 lelaki di Kelantan menjadi bahan bualan di laman sosial.
Tindakannya itu dikecam orang ramai kerana didakwakan sebagai tidak sensitif.
Kecewa dengan respon negatif yang diterima dari masyarakat mengenai tindakannya itu, Julia Ismail dalam statusnya di laman Facebook:
"Sebabkan gambar selfie kt lokasi..tetiba i jadi pemes..kalau tak suka jangan la tgk..pejam mata je...banyak lagi gambar selfie ntah apa2 kat luar sana tu..knp la selfie i gak korang nk hencap..."
Menurut Julia lagi, gambar selfie itu satu-satunya cara untuk membuktikan beliau berada di tempat kejadian. Barangkali sebagai bukti kepada bos yang dia buat kerja? Siapa tahu?
Tidak kurang juga, ada yang menghantar mesej kepada Julia apakah dia mangsa kes #ro-gol berkenaan.
Ekoran dari tersebarnya gambar selfie yang dianggap agak pelik itu, Julia menerima banyak permintaan untuk menjadi rakan mayanya di Facebook. Yang peliknya, rata-rata yang ingin menjadi rakannya itu majoritinya dari golongan lelaki-lelaki bujang. - My Media Hub
p/s: Tiada salah pun ambil selfie di tempat kejadian.. tempat je. bukannya ada gambar mangsa kejadian atau suspek di dalam gambar.
p/s: Tiada salah pun ambil selfie di tempat kejadian.. tempat je. bukannya ada gambar mangsa kejadian atau suspek di dalam gambar.
sumber : MediaHub Online
Langgan:
Catatan (Atom)
.png)






