"Kita tidak boleh membuat keputusan tentang buku ini sehingga timbalan pendakwaraya memberi jawapan," kata Lim.
Popular Today
Ahad, Disember 14, 2014
Keputusan buku Kristian dirampas terserah kepada Peguam Negara, kata polis Johor
"Kita tidak boleh membuat keputusan tentang buku ini sehingga timbalan pendakwaraya memberi jawapan," kata Lim.
Apa yang pelik tentang kemalangan ini?
Madu Erma Fatima Timang Cahaya Mata
DAP upah UTK kawal Persidangan Parti 2014 @ One City
DAP terus kritik Hudud PAS!!
Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan pembukaannya di Subang berkata, mutakhir ini terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama.
Tan tidak menyebut secara khusus berhubung rancangan hudud PAS tetapi menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.
Tiada pemimpin kanan PAS hadir dalam acara di Subang itu dan parti Islam itu hanya menghantar anggota jawatankuasa pusatnya Hatta Ramli.
Ini berbeza dengan PKR yang diwakili oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalan beliau Azmin Ali, yang juga menteri besar Selangor.
Ps; apa pulak kata PAS.. jangan diam jek PAS macam tak de teloq.. kikiki
PR terus putar belit laporan #RCIsabah
Nmpknya PR terus menghasut rakyat supaya tidak mempercayai Suruhanjaya Penyiasatan Mengenai Pendatang Asing Sabah dan laporan dapatan RCI.
Inilah permainan kotor PR yg mahu merosakkan pemikiran rakyat.. hakikatnya mereka hanya mampu menyalahkan sahaja.. namun sehingga tempoh siasatan RCI berakhir PR tidak juga menyerahkan bukti!!
Pemimpinnya PR dari semenanjung tidak henti 2 berkunjung ke Sabah untuk menyebarkan fitnah.
Jadi kenapa PR masih bising?? Kerana politik sempit mereka.. Mereka mahu terus menipu rakyat dengan dakwaan2 palsu tanpa bukti..
1. Kenapa Laporan RCI tidak sah kerana tidak ditanda tangani oleh panel2 yang terlibat dalam RCI?
Jwpn: segala prosedur dan tandatangan yg diperlukan telah selesai dilakukan. Penerbitan laporan tidak terjejas walau tiada tandatangan pd naskhah penerbitan
2. Tiada syarikat percetakan dinyatakan dalam buku laporan RCI?
Jwpn: Penerbitan laporan tidak memerlukan nama pencetak. Ia tidak menjejaskan sbrng isi kandungan dan tindakan masa depan
3. Kenapa kesemua lebih 5000 bahan bukti ketika prosiding berlangsuang tidak disenaraikan/disertakan dalam buku laporan RCI?
Jwpn: Apa yg KSN sebut ialah 5,000 mukasurat. Bukan 5,000 bahan bukti. Penerbitan Laporan tentu sekali merupakan isi penting bagi tujuan penyediaan laporan kpd orang awam. Tidak ada apa yg nak disorok krn s'jaya berfungsi dgn bebas tanpa campurtangan kerajaan. Malah kerajaan tidak mengetahui isi kandungan laporan sehinggalah slps ia selesai dicetak oleh s'jaya
4. Kenapa PM tidak bentang di Parlimen?
Jwpn: Pembentangan di Parlimen tidak memberi sebarang implikasi kpd dapatan S'jaya. Apa yg penting apa yg telah dirumuskan oleh s'jaya mengikut ToR akan diambil tindakan susulan oleh kerajaan.
5. Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas selesaikan RCI. Bukti, PM lebih pandang berat isu IS berbanding membahaskan dapatan RCI di Parlimen?
Jwpn: Penubuhan jawatankuasa yg akan dibentuk adalah halatuju jelas yg konstruktif.
6. Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh PBS hanya retorik kerana tiada kuasa penyelesaian dan penguatkuasaan?
Jwpn: Ia bukaan retorik krn segala syor dan pandangan penambahbaikan yg membina akan diangkat menerusi JK Tetap ke Kabinet.
7. Kenapa tidak libatkan semua pihak termasuk NGO dan pembangkang dan mereka yang lantang menyuarakan ISU RCI?
Jwpn : Kerajaan pasti membuka ruang platform yg inklusif kpd semua pihak berkepentingan menerusi struktur yg bakal dibentuk.
8. Daftar semula dan perkenalkan IC Sabah selaras dengan apa yang terkandung dalam perkara 20 (Kuasa Imigresen)?
Jwpn : segala syor dan cadangan akan diteliti dan dikenal pasti oleh JK berkaitan sblm diangkat utuk kelulusan Kabinet
Isnin, Disember 08, 2014
STAGG membuatkan Guan Eng semakin panas punggung
Orang ramai pasti masih teringat dengan ucapan Perwakilan Pulau Pinang yang didakwa banyak melakukan jenayah judi haram..
Nampaknya pihak polis telah melakukan kerja awal untuk menangani kes ini.. pastinya perkara ini tidak akan disukai oleh tokey judi haram.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menubuhkan pasukan elitnya yang ketiga iaitu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG).
Pasukan elit berkenaan dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Sebelum ini PDRM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Penubuhan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting).
Ahmad Zahid dalam sidang media berkata, STAGG akan memberi tumpuan dalam penangkapan ketua-ketua sindiket berkaitan maksiat, judi dan pertubuhan kongsi gelap.
"Saya setuju dengan pandangan media dan orang ramai bahawa penangkapan 'ikan jerung' (ketua-ketua sidiket) harus dilakukan kerana selama ini masyarakat melihat operasi hanya dijalankan terhadap golongan 'ikan bilis'.
"Saya yakin PDRM melalui ketiga-tiga pasukan elit ini akan dapat mengangkap 'ikan jerung' dan mengheret mereka ke mahkamah dengan mengunakan tindakan undang-undang ada," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata, bagi tujuan penubuhan STAGG Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan 220 perjawatan baru dengan 61 berpangkat pegawai, 139 anggota berpangkat rendah dan 20 pegawai awam.
"Pasukan STAGG ini akan diketuai oleh pegawai berpangkat Deputi Komisioner (DCP) dan dibantu oleh seorang Senior Asisten Komisioner (SAC).
"Perlantikan 20 pegawai awam pula adalah penting bagi tujuan tektikal. Anggota STAGG ini akan menerima elaun khas" jelas Ahmad Zahid.
Turut hadir pada majlis pelacaran adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.-UTUSAN
Pasport blogger lucah sah ditarik..
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, kedua-dua individu ini sudah tidak boleh "ditoleransi" lagi.
"Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.







