Popular Today

Isnin, November 16, 2015

Banjir kilat melanda Bandaraya Johor Bahru

4 Komen!!!

Hujan lebat yang melanda Bandaraya Johor Bahru pada jam 12.00 tengahari hari ni telah mengakibatkan banjir Kilat di sekitar bandar Johor Bahru khasnya di JBCC dan City Square.

Hanya dalam tempoh kira-kira sejam kemudian, Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan. 

Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.












UMNO Bahagian Kluang dan Yayasan Majlis Perbandaran Kluang raikan 300 pelajar berlainan upaya

0 Komen!!!


Kluang (15 Nov 2015) - UMNO Bahagian Kluang dan Yayasan Majlis Perbandaran Kluang semalam meraikan 300 orang pelajar berlainan upaya dari 13 buah sekolah sekitar Parlimen Kluang dan Sembrong.



YB Md Jais Sarday, ADUN Mahkota telah meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan perskolah kepada pelajar-pelajar tersebut. Program tahunan ini yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian kluang mendapat sokongan ibu bapa yang memeriahkan majlis tersebut.


Di kesempatan ini juga, Yb Md Jais sarday mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan ucapan tahniah kepada semua yang telah menjayakannya. turut hadir dalam majlis ini YDP Majlis Perbandaran Kluang Tn.Hj.Ismail bin Abu.- AB









Ahad, November 15, 2015

JOHOR WATER FORUM 2015 - Arah Tuju Masa Depan Kelestarian Sumber Air Johor

2 Komen!!!



Forum sehari ini diadakan bertujuan membentuk hala tuju industri air negeri Johor ke arah lebih mapan dan berdaya maju seiring dengan perkembangan pesat pembangunan di negeri Johor. Dalam masa yang sama juga forum ini turut memberi pendedahan tentang peluang-peluang yang ada dalam industri air di negeri ini. Selain daripada itu, Johor Water Forum 2015 juga merupakan medan memperkukuh koordinasi jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta dalam menghadapi cabaran pengurusan sumber air pada masa hadapan.

Johor Water Forum 2015 mengumpulkan pembuat dasar, para profesional, dan ahli akademik serta delegasi antarabangsa bagi bersama-sama membincangkan dan mencapai resolusi bagi berhadapan dengan cabaran masa hadapan isu air di negeri Johor.

Adunan pengalaman tempatan dan antarabangsa dalam Johor Water Forum 2015 ini dijangka akan mencorakkan perubahan baharu dalam industri air di Johor ke arah kelestarian dan kemapanan bagi memenuhi permintaan semasa dan akan datang.

Bekas AJK Bahagian Kluang tidak dilupakan

0 Komen!!!
Pantang ada sedikit masa lapang, pastiynya YB Md Jais Sarday akan meluangkan masa menjenguk sahabat lama dalam UMNO Bahagian Kluang.

Selepas beliau membuat tinjauan di sekitar kawasan, Yb sempat singgah ziarah Abang Razali Abdullah, bekas AJK UMNO Bahagian Kluang yang sakit di rumahnya. Dia adalah pemilik Zaa Tukang Jahit, di belakang Coronation.

Selain menabur jasa melalui UMNO, dia juga bekas anggota tentera yang pernah berjuang di perbatasan.. banyak jasanya untuk bangsa dan nusa.. kita doakan mudah2an cepat sembuh..

YB sempat berseloroh, "zaman2 bujang dulu 'meeting point' kami di kedainya.. pesannya dengan selamba masa tu; 'korang berdua ni sorang belajar jauh kat sana, sorang kat sini, jangan sampai tak jadi'.."




YDP Majlis Perbandaran Kluang memantau kawasan kerap banjir di Kg Sembrong

0 Komen!!!
UMNO bahagian Kluang sentiasa prihatin keperluan rakyat khasnya apabila datang musim banjir. Segala persiapan sedang dibuat bagi memastikan rakyat dapat kebajikan dan bantuan sepatutnya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang mengucapkan terima kasih kpd YDP Majlis Perbandaran Klg, JPS Klg, JPMM Mahkota serta rakan2 lain yg dapat turun padang bg menyelesaikan masalah banjir di Kg Semberong, Kluang.





Khamis, Julai 09, 2015

Hudud : PAS dakwa DAP sengaja buat tidak faham

5 Komen!!!


KOTA BHARU - DAP hari ini diselar kerana disifatkan sengaja buat-buat tidak faham mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bukan Islam sepatutnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud kerana ia tidak melibatkan mereka dan hukuman hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja.
 
"Sepatutnya tak timbul dia (DAP bantah) sebab kita pinda mengikut kehendak dia (undang-undang tidak terpakai kepada bukan Islam), sepatutnya dialah yang paling setuju.
 
"Alih-alih dia pula yang lawan. Jadi bukan mereka tak faham, (tapi) mereka buat-buat tak faham," katanya pada Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di sini, malam tadi.
 
Persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 18 Jun lepas masih belum membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan kerana memberi laluan kepada agenda dan urusan kerajaan lain.
 
Mohd Nassuruddin berkata dalam rundingan yang dilakukan bersama DAP dan PKR sebelum ini, Pas telahpun menyatakan hasrat parti untuk memperkasakan syariat Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan negara.
 
"Dalam Perlembagaan negara disebut dalam Perkara 3 iaitu Islam bagi agama Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan. (Selain itu) Perkara 11 juga sebut setiap orang berhak mengamalkan kepercayaan masing-masing.
 
"Hudud ini kepercayaan agama Islam dan jelas disebut dalam al-Quran (termasuk hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah)," katanya.
 
Katanya, Pas sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara ini dan sentiasa memberi penjelasan lanjut kepada mana-mana pihak yang mahukan pencerahan berhubung hukum hudud berkenaan.
 
"Jadi saya pun tak faham kenapa mereka tak faham, saya pun tak reti kenapa mereka tak reti. Tapi saya reti kenapa mereka buat tak reti. Kita terbuka dan memang sentiasa beri penjelasan ... bukan kita tak bagi," katanya.
 
RUU itu dicadangkan susulan keputusan Dun Kelantan yang sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas bagi pelaksanaan hudud di negeri itu. - Bernama 8 Julai 2015

Rabu, Julai 08, 2015

PAS kata tajuk berita Malaysiakini "Jahat Sensasi"

3 Komen!!!


PENAFIAN TAJUK BERITA PORTAL BERITA MALAYSIKINI.

Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan ?

Saya dengan ini menafikan sekerasnya tajuk jahat sensasi yang di cipta oleh Malaysiakini : "Like Anwar, there must be four witnesses for Najib".

Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga.. Saksi yang adil".

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan samada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.
Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS.
7 Julai 2015

link 

Kongsi Link Anda