“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. "
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."
Bertempat di dewan solat Masjid Wilayah di sini, jam 6.15 petang ------------------------------------------------------
Menggeletar rasanya mendengar sumpah Mohd Saiful Bukhari terhadap dakwaan Liwat Anwar Ibrahim...
Sesetengah orang menganggap beliau sebagai budak muda yang berani mempertahankan kebenaran walaupun menghadapi DSAI...
Perasaan berdebar beliau jelas kelihatan semasa bersumpah...
Sebagai Muslim atau orang Islam sumpah dan laknat atas nama Allah SWT bukanlah perkara sembarangan dan boleh dipermainkan... Kita beriman terhadap Allah dan hari Akhirat sebagaimana yang terdapat dalam rukun Iman..
Ianya bukan isu politik tetapi isu hukum agama dan kebenaran.. Jadi hadapilah kebenaran..
'Jika datang kebenaran maka terhapuslah kebatilan'
Transkrip kenyataan Saiful
SELEPAS bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kemudian mengadakan sidang akhbar di Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Wartawan Utusan Malaysia, UMAVATHI RAMAYAH dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS yang membuat liputan di hotel itu mendapati Mohd. Saiful kelihatan tenang sepanjang sidang akhbar tersebut.
Pada sidang akhbar itu, Mohd. Saiful, 23, yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, membacakan kenyataan berikut:
"Saya rasakan sudah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak zahir dan batin.
Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah SWT di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur petang tadi mengikut cara dituntut oleh agama Islam seperti mana yang telah dinasihatkan dan tunjuk ajar oleh para ulama dan mufti.
Saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Angkat sumpah ini dilakukan oleh saya sendiri yang datang dari lubuk hati yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu serta sebagai seorang rakyat Malaysia.
Saya juga amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah SWT ini. Jika ia tidak benar atau merupakan satu ciptaan saya atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa mala petaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selama-lamanya oleh Allah SWT.
Saya membuat angkat sumpah dengan nama Allah ini bagi membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar, dan kerana itu saya amat berani bersumpah.
Ini jalan terbaik saya mendapatkan keadilan di dunia dan di akhirat bagi mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya Allah SWT tempat saya mengadu.
Saya lakukan hanya kerana Allah SWT, saya bersumpah di dalam rumah Allah SWT yang mulia tadi, bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tidak memilih untuk berdolak dalik dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat dalam isu dakwaan liwat saya ini seperti dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam, dengan melakukannya di masjid dan disaksikan oleh para ulama, mufti dan juga disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar."
Selepas membaca kenyataan itu, Mohd. Saiful menjawab beberapa soalan daripada pemberita.
Kenapa saudara menghilangkan diri?
MOHD. SAIFUL: Saya bukan menghilangkan diri. Saya hanya berdiam diri kerana saya ingin mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah dan ditohmah dengan macam-macam terutama sekali daripada Datuk Seri Anwar.
Kenapa saudara pilih hari ini untuk bersumpah?
Kerana saya telah lama berniat hendak buat (sumpah) ini, tetapi ia perlu kekuatan mental dan rohani. Ini kerana bersumpah bukan sesuatu yang mudah atau dibuat suka-suka. Akibatnya, ia boleh dilaknat oleh Allah.
Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan dan saya memilih hari ini (untuk bersumpah).
Apakah perasaan saudara selepas bersumpah?
Alhamdulillah. Saya rasa lega. Buat pertama kali, saya juga dapat memberanikan diri berdepan dengan para wartawan.
Adakah saudara diliwat suka sama suka?
Tidak sama sekali. Ini dilakukan tanpa kerelaan saya. Saya tegaskan di sini, bahawa perkara ini (diliwat) berlaku tanpa kerelaan.
Adakah saudara pilih hari ini sebab esok penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh?
Ini bukan perkara politik. Ini adalah dakwaan kes peribadi antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya.
Adakah saudara ada buat pemeriksaan di Hospital Pusrawi sebelum ini?
Saya akan beri keterangan (mengenainya) di mahkamah.
Kenapa saudara pergi ke Pusrawi?
Saya akan bagi keterangan di mahkamah. Saya bukan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau tahu melaksanakan 'perbicaraan melalui media'. Jadi saya akan beri keterangan dan bagi kerjasama di mahkamah nanti.
Adakah Anwar orang pertama meliwat saudara?
Ini (dengan Anwar) kali pertama.
Kenapa saudara buat sidang akhbar menjelang penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, esok?
Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, kita pun tak tahu Anwar akan bertanding (pilihan raya kecil). Saya buat laporan polis pada 28 Jun. Saya pun tidak tahu bila dia hendak bertanding. Saya memerlukan kekuatan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan hari ini. Hari ini hari Jumaat, hari yang dirahmati Allah.
Anwar memberitahu dia mempunyai lima orang saksi yang bersama-samanya ketika berjumpa saudara di kondominium?
Itu dia punya keterangan, tapi kita tengoklah di mahkamah nanti.
Adakah saudara membuat laporan polis? Adakah anda menyimpan salinan laporan itu?
Ya saya buat laporan itu. Di sini saya hendak tegaskan, saya buat laporan polis pukul 5.30 petang (28 Jun 2008). Pada pukul 6.30 petang, dah terpapar di SMS dan laman web. Saya sendiri tulis laporan (polis) itu. Saya tidak tahu macam mana benda ini terjadi.
Mengapakah saudara pergi berjumpa dengan Datuk Seri Najib (Tun Razak)?
Yang itu saya akan bagi keterangan di mahkamah.
Kalau Anwar hendak bersumpah juga bagaimana?
Saya sudah lakukan tanggungjawab saya (sebagai orang Islam). Jika beliau hendak lakukan, itu terpulang kepada beliau kerana ia bukan menentukan salah atau tidak, (itu) kita tentukan di mahkamah nanti.
(Pada akhir sidang akhbar itu, Mohd. Saiful menunjukkan rakaman video beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.)
4 ulasan:
Anwar kata ni politik kotor UMNO..
Rakyat cuma hendak tengok adakah dia akan berani bersumpah!...
Atau masih hendak mengelak
Apakah negara ini akan dipimpin oleh peliwat?...
Celakalah negara ini.... apa hendak jadi....
oi,korang yang dari BN ni memang fucker la...perangai macam cilabai...sedap2 nak tuduh DSAi, hangpa dah kompem ke DSAI buat suma tu...
kalu nak harap dengan sesumpah si PsyFool tu tak strong langsung.
PsyFool tu berani bersumpah mungkin keluarga dia diancam oleh 'seseorang'.kalau nyawa kita atau keluarga kita terancam, boleh bersumpah.
contoh macam arak, kita diharamkan minum arak, tapi jika ada orang letak pistol kat kepala, maka kita dibolehkan untuk minum.Itu pun hangpa tak leh terlintas ka?
Ini konspirasi taik la....Lapok dah.
maaaacam sial la
Catat Ulasan