Popular Today

Selasa, Oktober 28, 2008

LAGI DESAKAN MANSUH EKUITI BUMIPUTRA

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

Kata Aspirasi: Nampaknya isyarat untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu semakin jelas ditimbulkan. Selain itu juga, secara tidak langsung kenyataan tersebut menjelaskan bahawa dengan adanya ekuiti bumiputra sesuatu syarikat tidak mampu bersaing. Adakah kegagalan bersaing di sebabkan ekuiti bumiputra atau kegagalan pihak pengurusan itu sendiri. Ramai golongan Melayu yang semakin cerdik pandai untuk yang boleh membantu syarikat tersebut bersaing dengan lebih maju. Ataupun cadangan ini adalah strtaegi tersusun untuk hapuskan penglibatan Bumiputra di kalangan syarikat tersebut.

Kesimpulannya : Ekuiti Melayu adalah termaktub dalam perlembagaan dan perlu dihormati, maka semua pihak menghormatinya dan jangan mempertikaikannya.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda