Popular Today

Khamis, Mac 26, 2009

EDISI KHAS P.059 BUKIT GANTANG

KAMI BENCI PENDERHAKA!!!

4 ulasan:

Tai berkata...

Ok, kalau benci penderhaka, kerja mesti kuat. Pemuda setia kawan dan gagah berani, kuat kerja. Gempur!

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,
Beberapa bloggers BPN agaknya terlalu kecewa dgn kemenangan KJ semlm sehingga ada yg berpaling tadah. Apa komen & nasihat sdra kpd mereka?

AnakWarisan berkata...

Siapa penderhaka!Umno lucut kekebalan sultan Umnolah penyebab sultan boleh didakwa di mahkamah.Apa orang-orang UMNO tak percaya?cubalah tanya pada tun mahathir itu pun kalau tun tak lupa kahkahkah jangan suka cari salah orang lain.

mat_terab berkata...

Kronologi Sejarah Penderhakaan Umno dan Sikap Hipokrit mereka.

1. 31 Jun 1920: Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan berkenaan isu harta secara terbuka (ketika ini UMNO belum lagi ditubuhkan, dan Onn Jaafar mengetuai Umno kemudiannya apabila ditubuhkan, menunujukkan darah perderhakan memang telah lama mengalir dalam tubuh dan jiwa Umno)

2. 1974: Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu, Sultan Idris, yang mengakibatkan Sultan bernazar untuk enggan bercukur jambang melainkan Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan. Akhirnya, campur Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan dan beliau akhirnya akur, tetapi bersyarat. Kemudian barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut dan misainya di Pangkor

3. 1979 : Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno pada waktu itu mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983: Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka, sebilangan raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang pro-Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja yang menentang perlaksanaan pindaan perlembagaan tersebut. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.

5. 7 Julai 1987: Muhammad Muhammad Taib dengan tanpa segan silu sanggup melarikan Tengku Zahariah Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, anak Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan berkahwin di Narathiwat, Thailand. Kemudian mereka bercerai setelah mendapat seorang anakl lelaki (‘pampasan’16 juta ringgit diberikan kepada ‘Ku Yah’ sebagai balasan perceraian) Dan di Selangor juga, sejarah tercetus apabila Sultan Selangor ketika Muhammad Muhammad Taib menjadi Menter Besar, telah mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar kerana tidak sanggup menerima sembah daripada Muhammad Muhammad Taib.

6. 1990: Pertembungan antara UMNO dan Institusi Raja berlaku lagi selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.
Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Pahang pada tahun 1979 bagi tujuan menjatuhkan maruah Sultan.

Antara yang dibangkitkan adalah membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

7. 29 April 1993: Annuar Musa dan Ibrahim Ali mengarak Tengku Ibrahim Indra Petra dari Kuala Lumpur ke Kota Baru, dan di Ketereh mereka menabal Tengku Ibrahim dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Umno turut mengadakan Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas yang mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.

Shahidan Kasim pada sekali lagi pada ketika itu mengeluarkan satu kenyataan biadap dengan mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

8. 1993: Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan pada tahun 1979 dan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

9. 2003: Kerajaan Umno/BN dibawah pimpinan Mahathir memperkenalkan PPSMI yang terang-terangan melanggarkan perlembagaan negara yang menuntut kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dasar ini telah membunuh jutaan anak-anak melayu dan bukan melayu luar bandar yang tidak mampu menyediakan diri untuk menghadapi PPSMI kerana faktor kemiskinan, tiada akses kepada kemudahan pembelajaran (tuisyen dll) serta faktor ‘inferioriti komplex’ terhadap penggunaan bahasa Inggeris.

10. 2008: penyokong-penyokong Umno megangkat sepanduk mengatakan ‘Natang’ (binatang) kepada Tuanku Sultan Mizan kerana tidak ‘menabalkan’ Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, sebaliknya memilih Ahmad Said. Berita mengenainya ditayangkan melalui saluran TV NTV7 namun tiada tindakan diambil.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu


11. 2008: Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempertikai keputusan tuanku Sultan Mizan berkenaan dengan hal yang sama, dengan meyatakan bahawa tindakan Sultan Mizan tidak layak untuk membuat keputusan tersebut kerana tidak mengikut perlembagaan.
“The appointment of anyone but Datuk Seri Idris Jusoh as Terengganu Mentri Besar is unconstitutional, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi” The star,24/3/2008

Dan pada 19 Mac 2008, Peguam Negara mengeluarkan kenyataan meyokong tindakan Abdullah dengan menyatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.

Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.

12. 2008: Umno mengugut untuk melucutkan keahlian Ahmad Said sekiranya beliau terus berdegil untuk menghadap Pemnagku Sultan Terengganu dan mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu, dan juga akan melancarkan undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN yang bakal berlangsung (Menunjukkan mereka tidak menerima perlantikan yang dibuat oleh Istana Terengganu). Mereka juga (seramai 22 ADUN BN) telah memboikot majlis perlantikan tersebut. Malah, mereka mengugut untuk bersama-sama meletakkan jawatan sebagai ADUN agar pilihanraya semula dapat dijalankan.

13. 2008: Abdullah juga telah membantah perlantikan Menteri Besar Perlis seperti yang telah diperkenan oleh Istana Perlis apabila beliau megeluarkan sendiri surat perlantikan Menetri Besar kepada Shahidan Kassim

14. 2008: Kerajaan terengganu pimpinan Ahmad Said telah membeli 14 buah kereta Mercedes yang menelan kos RM3.43 juta dengan alasan kos penyelenggaraan kereta Perdana adalah terlalu tinggi, dan tidak setara dengan kualiti Perdana yang rendah. Walaupun teguran diberi oleh kerajaan Pusat, Ahmad Said tetap dengan pendiriannya untuk terus mengguna pakai kenderaan-kenderaan tersebut. Kes tersebut akhirnya berlalu begitu sahaja.

15. 2009: Standard Chartered telah menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman. Tetapi tiada pula pembelaan dari pihak Umno (menunujukkan mereka secara tidak langsung telah menderhaka kepada bekas Agong tersebut kerana tidak mempertahankannya)

16. 19/2/2009: Utusan Malaysia melaporkan:
“Keputusan Kerajaan Sabah menggunakan kereta Volvo bagi menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan sejak awal tahun ini adalah berpunca daripada kos penyelenggaraan kenderaan tempatan itu yang tinggi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, hanya 12 kereta Volvo digunakan oleh jemaah Menteri Kabinet Sabah manakala pegawai tertinggi kerajaan lain masih lagi menggunakan Proton Perdana.
''Kenderaan itu hanya digunakan menteri dan pembantu menteri negeri manakala semua pegawai kanan termasuk setiausaha tetap kementerian kekal menggunakan Proton Perdana,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Innoprise, di sini hari ini.
Musa berkata, sebab lain kerajaan negeri menggunakan kereta asing itu ialah harganya yang hampir sama dengan Proton Perdana selain kos penyelenggaraan lebih rendah”

Dalam hal ini (begitu juga dengan kes Mercedes Ahmad Said) dapat dilihat bagaimana Umno dan media tunggangan mereka bersikap hipokrit apabila dengan lantang menuduh kerajaan PR di Perak dan Selangor sebagai tidak patriotik kerana menggantikan kereta perdana dengan Toyota Camry dengan alasan yang sama (kos penyelenggaraan perdana yang amat tinggi dan tidak berbaloi dengan kualiti Perdana yang rendah), tetapi tidak bersuara apabila kalangan mereka sendiri yang membeli kereta buatan luar negara.

Kongsi Link Anda