Tertarik dengan blog bongkar sauh, beliau menulis Anwar meminta supaya Fairus diberi cuti. Lim Guan Eng luluskan. Acap benar umum bercakap mengenai prestasi Tim Ketua Menteri ini. Isunya ialahkecekapan. Kalau kurang cekap, ramai lagi orang yang lebih cekap.
Mengapa dikekalkan juga orang yang kurang cekap itu?
Berita Harian Online memaparkan gambar sebahagian orang, kononnya penyokong Hindraf yang dikatakan membantah pemilihan S Manikumar sebagai calon PKR dalam PRK Bukit Selambau.
Tidak dapat dipastikan adakah Manikumar calon terbaik berbanding calon yang lain.
Bagaimanapun, pengumuman Anwar itu disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.
Menurut saksi, penyokong tersebut - kira-kira 20 orang - adalah dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon K Masilamani.
"Mereka tidak gembira dengan pemilihan Manikumar kerana beliau tidak dikenali dan bukan anak jati (Bukit Selambau), tetapi dilahirkan di Alor Star," kata seorang pemimpin PKR tempatan.
Sebelum pengumuman dibuat, Masilamani yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, adalah antara tiga nama calon yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan.
Dua orang lagi ialah ahli PKR Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy dan ahli jawatankuasa bahagian yang sama, S Sritharan.
Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.
1 ulasan:
Hindraf sudah hot kah? Wah, this is a first time.
Catat Ulasan