Popular Today

Jumaat, Julai 17, 2009

9 mati dalam letupan akibat bom di dua hotel di Jakarta

17/07/2009 12:36pm



JAKARTA 17 Julai - Menteri Penyelaras Keselamatan Indonesia, Widodo AS berkata, sebanyak sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di sini pagi ini.

Katanya, kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45 pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.

“Ini jenis mempunyai ledakan tinggi,” katanya kepada pemberita di depan Hotel JW Marriott tersebut, yang turut diiringi Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, Ketua Badan Inteligen Nasional, Syamsir Siregar dan Gabenor Fauzi Bowo.

Widodo yang dipetik media massa tempatan berkata, letupan pertama terjadi di lobi Hotel Marriott dan disusuli letupan kedua di restoran di Ritz Carlton.

Menurutnya, enam orang mati di tempat kejadian di JW Marriott, dua orang di Ritz Carlton dan seorang di Hospital Medistra.

Beliau bagaimanapun belum mahu mengaitkan kejadian dengan sebarang aktiviti pengganas dan sebaliknya mahu ia disiasat dengan terperinci terlebih dahulu. - Bernama

kata aspirasi : Kadangkala kita lupa keamananan negara kita kerana ada pihak yang melindunginya. Kita lebih memikirkan politik sempit kita lebih daripada kita meikirkan kemananan dan kestabilan negara. ISA ialah satu makanisme yang perlu dinegara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama dapat hidup aman dan makmur. Jangan sampai negara kita bergaduh sesama sendiri pasti sesuatu yang dhsyat akan berlaku sebagaimana di Indonesia dan Bosnia suatau masa dahulu. Api Perkauman jangan dimainkan... jika terlanjur padah akan menerima... cegah sebelum parah... itulah kegunaan ISA..

2 ulasan:

red rooster berkata...

Salam,
Secara peribadi, saya juga tetap berpendapat bahawa untuk menjamin keselamatan semua rakyat (tidak kira apa jua fahaman dan ideologi yg mereka anuti), ISA perlu kekal.
Tq.

Aspirasi berkata...

Betul to bro....

Bukan mudah kekalkan keamanan negara .. apatah lagiada manusia dajal seperti Pakatan Rakyat ini yang sering mengapikan api perkauman.. dan tidak puas hati antara kaum...

tanpa isa keselamatan rakyat tidak terjamin...

Kongsi Link Anda