Popular Today

Rabu, Julai 01, 2009

'Khalifa' Lim Guan Eng larikan diri


SEBAHAGIAN penduduk Kampung Buah Pala menunjukkan kain rentang dan sepanduk bantahan terhadap kerajaan negeri di Komtar, Pulau Pinang, semalam.

Inilah khalifah sesat Lim Guan Eng yang diagung-agungkan oleh PAS! Rakyat datang 'khalifah' lari!


Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini.

Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.Mereka turut memegang kain rentang tertulis Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan, sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun.

Selepas hampir 30 minit berbuat demikian, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut. Kenyataan beliau itu tidak mampu meredakan keadaan di pekarangan Komtar yang turut dipantau oleh pihak polis malah situasi menjadi hangat dan tegang apabila penduduk mula mengelilingi Wei Aik.

Inilah sebenarnya bukti bahawa DAP pun tidak mampu selesaikan masalah rakyat..

bukan hendak selesaikan masalah rakyat sahaja tidak mampu.. tetapi hendak berjumpa dengan rakyat pun takut...
..mereka menuduh UMNO pelbagai tohmahan... tetapi apa jadi pada DAP!... semua janji palsu sahaja.

1 ulasan:

pecah-tembelang berkata...

hindraf juga di ipoh menentang Lim Guan Eng!

www.pecah-tembelang.blogspot.com

Kongsi Link Anda