Anwar semalam mendabik dada ketika mencelah pada perbahasan Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani di Dewan Parlimen apabila mendakwa banyak peruntukan bagi kebajikan untuk anggota keselamatan dilakukan sewaktu beliau berada di dalam kerajaan.
“Sama ada Yang Berhormat (Hulu Terengganu) sedar atau tidak, dalam seluruh sejarah, peruntukan terbesar kepada pegawai dan anggota tentera terutama sudut perumahan adalah diluluskan semasa saya memegang jawatan Menteri Kewangan,” jelas Anwar.
Nampaknya Anuwar tipu rakyat lagi... khasnya anggota tentera... kata membela anggota tentera tetapi Pakatan Rakyat mahu hapuskan hak istimewa anggota tentera iaitu undi Pos.. inilah pemimpin lidah bercabang.
Mendengar celahan Anwar itu, Mohd. Nor hanya berkata:
“Ya kita berterima kasih kerana Ketua Pembangkang telah sediakan jumlah banyak untuk perumahan anggota tentera dan polis (ketika jadi Menteri Kewangan) dahulu.
“Tetapi ingatlah, pada masa itu Ketua Pembangkang boleh melaksanakannya kerana Ketua Pembangkang berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). Kalau di luar kerajaan BN, belum tentu (Ketua Pembangkang) boleh berbuat seperti itu,” katanya.
Menurut Mohd. Nor, sekiranya benar pembangkang begitu prihatin kepada kebajikan anggota tentera mengapa tidak kerajaan negeri pimpinan pembangkang yang ada pada hari ini turut sama melakukan sesuatu untuk tujuan tersebut.
“Kepada wakil Gombak, (Mohamed Azmin Ali-PKR), kami menunggu janji manis kata-kata berhikmah supaya peruntukan yang sama turut diberikan oleh kerajaan pembangkang.<
“Ini supaya buah terus digugur, jangan cakap tak serupa bikin. Cakap berderai-derai, tapi ekor bergelumang najis,” ujarnya.
Popular Today
Jumaat, Oktober 23, 2009
Anuwar alJuburi terus menipu rakyat lagi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
yg molek2 mengaku PR buat tapi ada kuasa tak ada kewangan tak ada aka; tak ada kejujuran tak ada apa yg boleh buat.Syabash YM Mohd Nor
Catat Ulasan