Popular Today

Sabtu, Oktober 31, 2009

Blogger Rakyat digeruni PAS!

Edisi Malam : Pertama saya telah membaca dalam Harakah sebelum ini perihal UMNO dituduh mengupah blogger oleh Ketua Penerangan PAS bernama Idris Ahmad. Ia disiarkan halaman belakang untuk mendapat perhatian rakyat meskipun ia juga seolah satu andaian yang diragui sahihnya sehingga berita dari mulut bergelar Ustaz itu tidak dijadikan muka hadapan Harakah.

Pun begitu, saya kira ia tidak begitu menarik perhatian sangat walaupun ia menunjukkan bahawa ancaman blogger yang pro UMNO sebagai teras negara Malaysia, terbukti telah memberi 'bekas' kepada 'benteng siber' mereka.

Saya juga tidak berniat untuk mengatakan ia kejayaan geng BPN atau mana mana kumpulan. Kerana ia tidak ada dalam senarai matlamat yang ingin dicapai dalam perjuangan melawan musuh siber ini. Namun ia adalah kejayaan semua samada blogger perseorangan atau berkumpulan.. Berjaya dalam mencuci minda rakyat dari terus percayakan Pakatan Rakyat...

Link dakwaan mereka bahawa UMNO mengupah Blogger itu ada di sini




Mereka juga cuba menanam fitnah ini di sini http://detikdaily.net/v5/ namun tidak berjaya..


Panglima juga berkata "Yang saya lihat kebanyakan blog pro pembangkang kerap dikemaskini... Pelik jika mereka dapat mengadap laptop 24 jam tanpa gaji dan hanya berharap dari pendapatan iklan yang dibayar. Bahkan Penarik Beca turut mengakui beliau sendiri tidak mendapat ganjaran lumayan dari iklan yang dipasang di blog beliau.. Bagi saya, meletakkan no akaun adalah satu taktik untuk menutup persepsi rakyat bahawa mereka jenis yang diberi gaji bulan...

Jelas sekarang, siapa yang diupah untuk berblog dan siapa yang bukan !"


Komen AB : Pandangan mereka salah.... mereka tidak tahu atau sengaja mahu nafikan bahawa yang menjadi pemberi komen bukan sahaja blogger bahkan sudah ramai rakyat Malaysia yang celik IT dan sudah pandai memberikan komen mereka dan tahu menilai mana satu intan permata dan mana satu kaca.... Mereka juga sudah pandai mencipta blog menulis perasaan dan pandangan mereka. Adakah mereka begitu murah untuk dibeli ??

Namun kita faham kerana apa... mereka mahu nafikan rakyat menentang PR... bahkan mereka hanya tonjolkan cerita blogger upahan UMNO... yang ntah dari mana ntah asas tuduhan ini ... iaitu yang menentang mereka bukan rakyat tetapi blogger upahan...

Mungkin boleh mereka timbulkan cerita yang berat sebelah ni... tapi jika mereka tolak hakikat bahawa blogger yang menentang PR bukanlah blogger UMNO semata-mata.. bahkan mereka ini adalah blogger rakyat yang benci dan muak kepada penderhaka dan pencacai DAP Komunis ni...... inilah yang berlaku sekarang..... mereka tidak menjangka langsung serangan media baru yang sangat dahsyat terhadap blogger PR..


dipetik dari : Panglima Perang Cyber

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda