Popular Today
Isnin, Oktober 19, 2009
Cuti umum sempena 16 September sebagai Hari Malaysia
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia di seluruh negara mulai tahun depan.
Mengumumkannya pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, Perdana Menteri berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting.
"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.
Hari Malaysia diraikan setiap tahun untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia membaitkan penyertaan Sabah dan Sarawak 16 September 1963.
Sumber: Utusan Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Cantik. Dan isikanlah aktiviti berterusan menyambungkan 31 Ogos sampai 16 Sept. Simbolis yang hebat. Binakanlah dengan wawasan yang jati.
semarakkan semangat 1 Malaysia kepada semua warganegara bumi bertuah ini....
Catat Ulasan